Rasanya sudah lama kita semua selaku rakyat Malaysia khususnya peminat sukan badminton tidak berasa teruja menonton perlawanan badminton.
Semalan satu lagi sejarah sukan badminto telah tercipta. Nama Lee Zii Jia terpahat dalam lipatan sejarah sebagai antara pemain unggul negara kita yang berjaya menjaddi juara perseorangan All England Open Badminton Championship.
Menjuarari kejohanan yang dianggap sebagai antara paling berprestij tersebut merupakan satu pencapaian luar biasa bagi anak muda berusia 22 tahun tersebut. Mahkota kejuaraannya dikecap selepas menumpaskan lawan yang bukan calang-calang dari Denmark, Viktor Axelson yang juga pemain di ranking nombor 2 dunia.
Pertarungan sengit yang berlangsung dalam 3 set tersebut disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia. Kejayaan ini pastinya lebih manis untuk Lee Zii Jia yang bakal menyambut hari lahirnya pada 29 Mac ini.
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga sebelum ini telah meramalkan bahawa Lee Zii Jia bakal menjadi pertaruhan utama untuk memenangi pingat di Sukan Olimpik jika meneruskan prestasinya seperti semalam.
Jom kita kenali pemain yang bakal membawa panji Jalur Gemilang berkibar lebih megah di persada sukan badminton negara ini.
– Berasal dari Alor Star, Kedah
– Ketinggian – 185cm
– Kini berada pada ranking pemain ke-10 dunia
– Pernah memenangi pingat emas di Sukan SEA 2019
– Ibu bapanya merupakan guru dan juga bekas pemain bola keranjang
– Minatnya dalam sukan badminton sejak usia 5 tahun
– Mendapat pendidikan awal di SJKC Keat Hwa, Alor Star dan Sekolah Sukan Bukit Jalil
– Pernah tular dengan skil backhand ketika berdepan pemain nombor 1 dunia, Kento Momota
Tahniah Lee Zii Jia, juara All England 2021!
Jangan lupa follow IG MASKULIN!