Tidak semua orang memiliki minat yang sama ke atas sesuatu bunyi-bunyian atau irama muzik yang tertentu.

Ini kerana setiap muzik juga mampu merungkai personaliti dalaman anda selain ia menunjukkan siapa diri anda yang sebenar.

Sehubungan itu menerusi entri, Maskulin ingin berkongsi beberapa dapatan kajian tentang sifat seseorang itu yang dikatakan berkait rapat dengan muzik :

1. Metalika

Muzik metalika lebih bingit dan liriknya lebih ganas berbanding muzik rock. Muzik metalika digambarkan lebih dark dan serius dalam menyampaikan mesejnya secara keras. Jika anda gemar mendengar lagu daripada Black Sabbath atau Megadeth misalnya, ia memberi maksud anda seseorang yang tetap pendirian dan ikhlas untuk jadi diri sendiri.

IKLAN

2. Klasik

Peminat muzik klasik biasanya tergolong dalam kelompok manusia yang kreatif, berkeyakinan namun memiliki sifat introvert (pemalu dan suka berseorangan). Muzik klasik membuatkan anda berkhayal dengan dunia anda sendiri. Fakta lain turut membuktikan peminat muzik klasik adalah sangat bijak. Menurut sebuah kajian yang dijalankan, peminat Beethoven umumnya mencapai skor tinggi dalam ujian SAT berbanding mereka yang menggemari muzik lain.

3. Hip-Hop

Penggemar muzik hip-hop lazimnya seorang periang dan aktif. Selain itu, anda dikatakan mempunyai kemahiran untuk seimbangkan masa dengan baik dan multi-tasking. Anda juga dilihat sebagai extrovert kerana pandai mengekspresikan diri dan sentiasa berkeyakinan tinggi. Sama seperti kelajuan percakapan dalam muzik hip-hop, betul ke otak anda juga bergerak pantas?!

IKLAN

4. Pop

Kurang kreatif namun tersangatlah mudah mesra dengan orang lain. Senang kata mereka ini peramah tetapi dari sudut lain, adalah individu yang perisau. Oleh itu, mereka sering menggunakan muzik-muzik pop yang bersifat rancak untuk melegakan perasaan bimbang seterusnya kembali hasilkan mood gembira dalam diri.

IKLAN

5. Rock

Peminat muzik rock memang mudah didekati tetapi agak pentingkan diri sendiri. Muzik rock terbahagi kepada kategori misalnya peminat rock klasik disifatkan sebagai sangat berhati-hati kerana mereka banyak mengaitkan lagu-lagu dengan kisah hidup mereka. Peminat muzik Rock Indieadalah kreatif dan terbuka menerima keadaan semasa namun mempunyai masalah dengan etika diri. Peminat Rock Punk? Anda dikatakan sebagai manusia berhati kering yang sering tertekan. Betul ke?

6. Jazz dan RnB

Biasanya individu yang gemarkan genre muzik ini berfikiran krtitis dan sangat kreatif. Mereka suka menggunakan muzik sebagai medium untuk menggerakkan otak selain membayangkan sesuatu lalu mengolah visual tersebut menjadi realiti.

Jadi dalam 6 kategori muzik ini, anda suka yang mana? Kongsikan bersama Maskulin!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI