Sukan tempur moden mixed martial arts (MMA) kini menjadi salah satu daripada sukan yang cukup popular terutamanya di kalangan lelaki. Sifatnya yang menampilkan petarung dari pelbagai jenis latar belakang kepakaran seni bela diri menjadikan ia sebagai satu kegilaan terbaru.
Nama-nama hebat seperti Khabib Nurmagomedov, Conor McGregor, Anderson Silva, Fedor Emelianenko dan ramai lagi begitu dekat di bibir peminat sukan tarung.
Di rantau Asia Tenggara dan Asia Pasifik khususnya, pertandingan di bawah One Championship telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan. Ia bukan sahaja menampilkan aksi kepakaran seni bela diri seperti kickboxing malah turut menampilkan atlet dengan latar belakang Muay Thai.
Di negara kita pengaruh sukan ini kian mekar berkembang. Apatah lagi dengan tularnya atlet remaja negara kita baru-baru ini tular menumpaskan lawannya dari Thailand hanya dalam masa 16 saat sahaja.
Remaja berusia 16 tahun, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar memaparkan aksi debut yang sangat memukau pada 24 Februari lalu di One Championship selepas menumpaskan Padetsuk Fairtex yang dua tahun lebih tua.
BERNAMA melaporkan bahawa dia berjaya menumpaskan lawannya dengan cangkuk kiri, kombo kanan atas tangan lalu menyebabkan lawannya terus rebah dan tewas dengan knocked out (KO). Kemenangan itu juga membawa durian runtuh buat remaja ini dengan membawa pulang hadiah bernilai RM44.500.
“Alhamdullilah, terima kasih ONE Championship atas peluang ini, terima kasih Chatri Sityodtong atas bonus USD10,000, dan terima kasih kepada semua yang menyokong saya sejak hari pertama,” tulis remaja itu di Instagram.
Siapakah petarung muda yang hebat bernama Muhammad Johan Ghazali Zulfikar ini? Ikuti beberapa fakta tentang dirinya di bawah.
1. Mempunyai darah kacukan Melayu & Amerika Syarikat
2. Merupakan petarung dari Sarawak
3. Turut dikenali dengan nama gelaran Jojo
4. Dia merupakan petarung dari pasukan Rentap Muaythai Gym
5. Johan turut mempunyai abang, Elias dan adik, Mikail yang turut aktif sebagai atlet Muay Thai.
6. Sebelum pertarungan ini, Johan berlatih secara intensif sebulan setengah.
7. Mendapat didikan dari jurulatih berpengakaman, Addy Singpayak.
8. Abangnya, Elias merupakan idolanya yang pernah meraih kemenangan antarabangsa di Abu Dhabi.
9. Memiliki ketinggian 170cm
10. Berlatih 8 jam setiap hari iaitu empat jam mulai 6 pagi dan pada sebelah petang mulai 4 petang.
Semoga karier Johan Ghazali akan terus berkembang mekar di masa akan datang. Teruskan harumkan nama Malaysia!