Sebelum membeli perfume atau minyak wangi apakah perkara yang anda paling titik beratkan?
MASKULIN dapat mengagak harga pasti memainkan peranan sangat penting. Dengan keadaan ekonomi tidak menentu sekarang pastinya anda mahu menjadi seorang pengguna dan pembeli yang bijak.
Namun untuk perfume terdapat beberapa faktor lain yang tidak kurang pentingnya sama seperti harga. Antara faktor paling penting ialah kesesuaian minyak wangi mengikut jenis bau badan dan juga kegunaannya untuk majlis tertentu.
Tidak guna anda menggunakan perfume yang harganya hampir RM1,000 sebtol jika ia tidak sesuai dengan bau badan anda. Bukan sahaja merugikan wang ringgit malah ia membuatkan personaliti anda pada orang lain tampak bercelaru.
Oleh itu sangat penting untuk anda tahu apakah perbezaan dan karakter bagi setiap bauan yang dikeluarkan oleh perfume. Kali ini MASKULIN ingin membantu anda semua mengenali jenis-jenis bauan yang sesuai untuk anda pilih untuk diri sendiri.
FAHAMI JENIS BAU DAN KARAKTERNYA
FRESH ATAU MENYEGARKAN
Antara bauan yang sinonim dengan karakter segar ialah Giorgio Armani Acqua di Gio. Sesuai untuk anda yang tak melakukan aktiviti terlalu lasak dan lebih banyak habiskan mada dalam pejabat.
FLORAL
Ya, lelaki juga boleh guna minyak wangi berbau bungaan. Tapi tidak semua jenis bau bunga yang sesuai. Buat lelaki bau bunga lavender mampu memberikan personaliti seksi kepada pemakainya. Dior Homme antara contoh perfume bau seperti ini.
WOODY ATAU KAYU
Minyak wangi yang paling sinonim dengan karakter maskulin dan kelelakian. Mampu menyerlahkan sifat kejantanan paling maksima kerana ia lebih keras dan mampu memberikan gaya keyakinan kepada pemakainya.
PENGGUNAAN HARIAN
Setiap minyak wangi mempunyai keistimewaan tersendiri. Sebagai contoh keberkesanannya di dalam kondisi atau persekitaran tertentu. Jika anda mahu elemen tarikan luar biasa di pejabat pilihlah bau woody.
Manakala untuk lebih santai dan bersahaja, bauan fresh paling sesuai buat anda. Dan jika anda ingin tampil seksi pada janji temu pilihlah bauan floral.
PENGGUNAAN KE MAJLIS
Setiap majlis pastinya datang dengan tema berbeza. Sebagai seorang lelaki yang mementingkan karakteristik bauan pastinya anda ingin memilih minyak wangi sesuai dengan acara.
Majlis formal – bauan yang mempunyai sifat elegan dan eksklusif seperti Amouage, Creed atau Tom Ford
Majlis tak formal – sesuai dengan bauan woody atau fresh yang sesuai dengan karakter anda. Antara pilihan sesuai Polos Sport Extreme dan Bleu de Chanel.
Aktiviti luaran – pilihlah minyak wangi yang menyerlahkan bau ketika anda berpeluh.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI