Baju Melayu akan kelihatan lengkap jika lelaki memakai songkok serta sampingnya sekali untuk nampak lebih handsome.

Diakui ada waktunya, pemakaian samping ini dianggap leceh namun tahukah anda bahawa pemakaian samping ada cara dan tertibnya.

Samping tunjuk status

Dalam masa sama, pemakaian kain samping boleh menentukan status seseorang. Status di sini bukanlah berkait dengan darjat tetapi ia lebih kepada menentukan status seseorang individu itu sudah berkahwin ataupun masih bujang.

Jadi ini adalah cara pemakaian samping yang betul :

IKLAN

1. Lelaki yang masih bujang / belum berkahwin

Dipakai di atas paras lutut

2. Lelaki yang sudah berkahwin

IKLAN

Dipakai di bawah paras lutut

Kalau orang dulu-dulu pernah berseloroh, jika seseorang yang sudah berkahwin dan memakai samping singkat, tandanya mahu menambah isteri!

IKLAN

Jenis ikatan samping

Ikatan Pancung – Cara memakai kain samping yang menggunakan kain lepas. Kain dililitkan di pinggang dan sebelum sampai ke hujung kain, kain ini “dipancung”, iaitu kain disemat sambil membiarkan hujung kain terkulai ke bawah.

Ikatan Kembung – Ini adalah cara memakai kain samping yang biasa dipakai oleh mempelai laki-laki dalam acara pernikahan adat Melayu. Kata “kembung” berasal dari kesan menggembung saat memakai ikatan ini. Kain sarung ditarik ke bahagian tengah atau tepi badan untuk kemudian diikat dan disimpul dalam berbagai macam cara agar melekat di pinggang.

Ikatan Lingkup – Ini adalah cara memakai kain samping yang paling sering dipakai orang. Kain sarung digulung ke atas dan dilingkup ke bahagian depan atau bahagian samping. Mirip dengan cara memakai sarung untuk keperluan sehari-hari.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI