Luar biasa! Itulah yang mungkin kita boleh ungkapkan di atas kejayaan ‘Polis Evo 3’ yang kini telah melepasi angka RM25 juta.
Filem aksi yang menampilkan Shaheizy Sam, Zizan Razak serta Sharnaz Ahmad membawakan watak antagonis dengan cukup mantap. Karya arahan Syafiq Yusof ini sememangnya telah dijangka mampu memecahkan rekod berdasarkan populariti dua filem terdahulunya.
Selain barisan pelakon yang MASKULIN nyatakan di atas peminat yang telah menonton filem ini turut hangat membicarakan tentang Inspektor Julie yang dilakonkan oleh Sofia Jane.
Rata-rata bukan sahaja memuji kecantikannya malah turut kagum dengan lagak aksi lakonannya yang sangat berkesan. Sekali imbas, wajahnya seiras dengan pelakon legenda, Sofia Jane.
“Jatuh cinta dengan watak dia dalam Polis Evo 3, lawanya tapi still lasak”, komen seorang warganet.
Ads
“Padu gila! Sesuai sangat awal dengan watak lasak macam ni,” jelas seorang lagi warganet di ruang komen hantaran Farali Khan di Instagram.
Siapakah gerangannya figura jelita di sebali nama Farali Khan ini?
Ads
Farali sebenarnya bukanlah pendatang baharu kerana dia mempunyai banyak pengalaman lakonan dalam beberapa buah sinetron di Indonesia. Tidak gentar walaupun dianggap masih baharu, Farali dilihat tidak kekok untuk serasi bersama pelakon-pelakon lebih senior yang lain.
Pernah melakukan kemunculan menerajui drama komedi, ‘Black Belt Kaler Pink’ ditayangkan di Astro Warna dan Mustika HD pada tahun 2017 yang lalu.
Ketibaan musim baharu liga bola sepak sama ada luar dan dalam negara pastinya menimbulkan keterujaan di kalangan peminat pasukan masing-masing. Antara yang sering dinantikan ialah pengenalan kit atau jersi terbaru pasukan kesayangan.
Dua hari lalu, Nike dan pasukan juara tujuh kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memperkenalkan kita home dan away untuk musim 2021/2022. Mengekalkan warna tradisi mereka, kit terbaru dari Nike menyerlahkan warna kebanggaan JDT iaitu biru dan merah persis bendera negeri Johor.
Manakala jersi away pula, warna putih dengan sedikit sentuhan warna merah di bahagian lengan menjadi pilihan. Pemilihan ketiga-tiga warna dalam corak abstrak yang dipamerkan memberi refleksi kepercayaan, keyakinan serta semangat luar biasa pasukan bergelar Harimau Selatan tersebut.
TEKNOLOGI TERKINI
Kit terbaru JDT dari Nike ini menggunakan teknologi paling canggih dengan Dri-Fit, membantu pemain dan pemakainya lebih selesa walaupun berpeluh. Manakala teknologi Performing Fit pula memberikan potongan yang lebih sesuai dengan bentuk badan, membolehkan pergerakan lebih lincah dan pantas di atas padang.
Bagi pemain bintangnya, Safawi Rashid, “Memenangi tujuh kejuaraan bukanlah satu pencapaian biada dan mudah. Ia adalah hasil kerja keras dan semangat satu pasukan yang ditonjolkan di atas pada.
“Menyarung jersi ini memberikan saya satu perasaan bangga bukan sahaja mewakili pasukan bola sepak JDT tetapi komunitinya yang memberikan dorongan serta semangat tidak putus-putus. Jersi ini adalah sinbol kolektif identiti kami untuk pemain dan juga penyokong”.
Semalam heboh di laman media sosial kerana jersi ini telah sold out di platform Shopee dan juga JDT Store. Menerusi laman Facebook rasmi JDT, mereka memaklumkan penjualan sebanyak RM1.6 juta telah berjaya dikutip.
Namun buat penyokong dan peminat bola sepak yang ingin mendapatkan jersi ini tidak perlu gusar kerana JDT dilaporkan akan menambah semula stok dalam masa yang terdekat.
Tinjauan MASKULIN di laman sesawang Nike juga mendapati ia kini boleh mula dibeli. Jadi jangan lepaskan peluang sebelum stok kehabisan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seperti biasa, hari Isnin pasti menjadi masalah bagi semua orang kena sudah mula bekerja. Namun bagaimana untuk memulakan hari anda dengan perasaan dan fikiran yang positif? Ini langkahnya!
Bangun awal pagi (solat sunat – qiamullail dan baca al-quran bagi muslim)
Sebagai seorang yang positif, kamu mestilah mulakan harinya seawal mungkin. Sebagai seorang muslim bangun sebelum solat fadhu subuh adalah sangat digalakkan. Setelah bangun dan sucikan diri, kamu digalakkan untuk melakukan ‘qiamullail’ atau yang membawa maksud ‘bangun 2/3malam’ bagi menunaikan solat sunat tahajjud, taubat, hajat. Ia merupakan aktiviti kerohanian bagi orang Islam yang ingin mendekatkan diri dengan Tuhan seterusnya menjadi tenang sepanjang hari.
Setelah itu, lazimi diri dengan bacaan al-quran selepas selesai solat sunat juga merupakan rutin yang baik bagi seorang Muslim kerana bacaan al-quran (kitab suci) merupakan 1doa dan ‘azimat’ Tuhan kepada hambaNYA. Jika seorang muslim sentiasa melazimi aktiviti ini, keseluruhan harinya akan bertambah tenang dan baik.
Solat sunat dhuha dan zikir
Dalam agama Islam, mereka digalakkan menunaikan solat sunat dhuha dan berzikir tanda sentiasa mengingati Tuhan dan berdoa agar rezeki dimurahkan, urusan dipermudahkan. Memulakan hari dengan doa dan zikir (ingatan kepada Tuhan) memberikan semangat dan aura positif dalam diri seorang muslim.
Jangan tinggalkan sarapan pagi
Anda telahpun tidur secara purata selama 6-7jam jadi, sarapan pagi merupakan ‘bahan api’ untuk mengaktifkan semula sistem badan anda. Sarapan pagi juga menghalang anda merasa lapar dan makan secara berlebihan sepanjang hari.
Amalkan pemakanan yang sihat (sayuran dan buah-buahan)
Sebaiknya, sarapan anda haruslah seimbang lengkap dengan protein, bijirin, lemak sihat. Roti ‘wholegrain’, mentega rendah lemak berserta pisang adalah salah 1contoh sarapan sihat. Anda juga boleh mencuba sarapan yang kaya dengan sayur-sayuran sihat seperti salad dimakan bersama ayam/daging panggang adalah lebih sihat dan menyelerakan. Boleh juga campurkan cendawan dan tomato ke dalam telur dadar anda untuk sarapan.
Ambil ‘vitamin’ anda setiap awal pagi
Walaupun anda sudah memastikan pemakanan anda seimbang dan cukup nutriens, pengambilan vitamin atau pemakanan tambahan dapat menampung mana-mana nutriens yang masih tidak mencukupi akibat daripada pelbagai faktor seperti cara memasak yang memusnahkan sejumlah nutriens di dalam makanan segar anda. Vitamin seperti multivitamin adalah antara vitamin yang perlu diambil di awal pagi disamping vitamin c dan bcomplex bagi membantu penyerapan zat besi yang maksimum serta sebagai permulaan untuk menjana tenaga sepanjang hari tanpa tekanan!
Minum air secukupnya
Mengambil air kosong yang cukup pada waktu pagi mempunyai pelbagai kebaikan antaranya melancarkan sistem penghadaman anda serta mempersiapkan tubuh anda untuk menyerap dan mengangkut nutriens ke seluruh tubuh badan dengan lebih efektif. Air kosong yang diambil seawal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisma dan menyingkirkan toksin dari badan agar hari anda dapat dimulakan dengan lebih baik.
Bersenam awal pagi
Memulakan hari dengan senaman memang memberikan ‘1kejutan’ sepanjang hari. Anda akan tidak percaya dengan diri sendiri apabila anda merasa bertenaga apabila anda mulakan hari dengan senaman. Bersenam pada awal pagi dapat meningkatkan kadar metabolisma seterusnya dapat melancarkan peredaran darah ke seluruh anggota badan.
Lakukan pergerakkan regangan
Jika anda kesuntukkan masa untuk melakukan senaman, aktiviti regangan ringkas sudah memadai. Lakukan aktiviti regangan bagi memberikan rasa segar kerana aktiviti regangan pada waktu pagi boleh melancarkan peredaran darah dan Endorphin anda!
Buat catatan aktiviti anda
Ambil beberapa minit untuk menulis keseluruhan aktiviti anda pada hari itu termasuklah perkara-perkara yang perlu anda lakukan dan selesaikan. Membuat catatan awal mengelakkan dari anda terlupa perkara-perkara penting yang perlu anda lakukan disamping anda dapat merangka aktiviti lain dengan lebih efisen. Menulis dan merangka aktiviti harian menjadikan anda lebih bersistematik dan setiap kerja yang dilakukan dapat diselesaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan dan mengelakkan diri anda menjadi kelam kabut, tertekan dan lebih berkeyakinan.
Berdoa supaya hari anda akan lebih baik daripada semalam
Sebagai seorang muslim, aktiviti berdoa kepada Tuhan merupakan aktiviti kerohanian yang menjadikan diri lebih bersemangat dan tenang dalam melakukan aktiviti harian. Rasa kebergantungan kepadaNYA memainkan peranan dalam memastikan hari-hari yang dilalui menjadi lebih lancar.
sumber: sihatcantikcergas
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Hati siapa yang tidak hiba apabila kehilangan insan yang tersayang. Lebih memilukan apabila bukan seorang sahaja yang dijemput Ilahi, tetapi empat ahli keluarga sekaligus.
Itulah dugaan yang dihadapi Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, sehingga pengsan beberapa kali akibat tidak tahan menanggung kesedihan.
Sebaik sahaja jenazah dua anak perempuannya yang menjadi mangsa korban kepala air tiba di unit forensik Hospital Tapah, Perak, Azam dilaporkan tidak sedarkan diri.
Perkelahan mereka sekeluarga di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor, pada Rabu sepatutnya menjadi kenangan indah namun bertukar tragedi.
Empat daripada tujuh mangsa iaitu, Aszura Bani, 37 bersama tiga anaknya, Hanum Marissa, 2, Hafiy Muhayyat, 4, dan Hana Mikayla, 7, hilang dihanyutkan arus deras kepala air.
Foto (dari kiri): Aszura Bani (37), Hafiy Muhayyat (4), Hana Mikayla (7) Hanum Marissa (2) yang maut dihanyutkan arus deras kepala air, bersama Azam Radin Mustapha Amiruddin (46).
Memetik laporan Sinar Plus, berikut ringkasan info dan kronologi kejadian itu.
Kronologi Kejadian
Kakak Aszura, Aslinda Bani, 38, menceritakan bencana kepala air terjadi sekelip mata kira-kira jam 4 petang. Beliau yang turut terperangkap bagaimanapun selamat selepas ditarik oleh seorang penduduk kampung.
Menurut Aslinda, ketika itu arwah Aszura sedang merangkul dua orang anaknya dan memintanya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.
Bagaimanapun, selepas beliau kembali ke tempat kejadian semua ahli keluarganya hilang kecuali pembantu rumah berusia 30-an yang terselamat.
Kakak Azam, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, memberitahu arwah Hafif cuba diselamatkan pembantu rumah yang berpaut pada batu sungai ketika kejadian. Namun si kecil itu terlepas dari pelukan dan dibawa arus.
Lebih memilukan, arwah meminta pembantu rumah itu tidak melepaskannya namun sayangnya wanita itu tidak berdaya kerana arus yang terlalu deras.
Jenazah Aszura ditemukan 600 meter dari tempat kejadian tidak lama selepas itu.
Manakala jenazah Hafif Muhayat pula ditemukan seorang penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.50 malam di dasar sungai berdekatan sebatang pokok tumbang.
Jenazah Hanna Mikayla dan Hanum Marissa pula ditemukan pada 9 pagi keesokannya dalam selang masa selama 10 minit. Jenazah berkenaan dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat.
Selepas urusan mandi dan mengkafankan di hospital berkenaan selesai, jenazah keluarga itu dibawa ke Masjid Al-Muhtadin untuk disolatkan.
Jenazah tiga beradik itu dikebumikan jam 6.20 petang dalam satu liang lahad bersebelah pusara Aszura terdahulu dikebumikan pada tengah hari di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor.
Dalam pada itu, penduduk kampung mendedahkan aliran air sungai didapati deras ketika kejadian dan paras air menurun selepas sejam, namun berdasarkan maklumat, insiden kepala air di kawasan sungai itu sudah lama tidak berlaku.
Pilu Seorang Suami & Ayah
Azam Radin yang terlalu sedih atas kejadian menimpa isteri dan anaknya, berkata ketika kejadian beliau sedang bekerja di Gopeng dan bergegas ke tempat kejadian apabila diberitahu oleh seorang daripada anak saudaranya.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, isteri saya sudah ditemukan lemas,” katanya sebak.
Teruja Berjumpa Nenek
Sementara itu, kakak Azam Radin, Ainur memaklumkan anak-anak saudaranya sangat teruja dan rindu untuk berjumpa opah mereka.
Ujarnya pada minggu lepas sahaja, sudah dua kali Aszura dan Azam serta anak-anak mereka berziarah.
Polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika menjalankan aktiviti perkelahan, khususnya sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL).
Sumber & Kredit Foto: Sinar Plus dan Berita Harian
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.