Lelaki sememangnya mempunyai perangai yang bermacam-macam dan ada waktunya amat sukar untuk diduga.
Namun pada pandangan wanita, lelaki tetap memiliki elemen gentlemen jika pandai membawa diri dan membuatkan orang lain selesa.
10 Ciri-Ciri Lelaki Gentleman
1. Lewat tapi tak marah
Kalau dia terlewat bersiap untuk janji temu, anda tak marah, jauh sekali membebel. Sebaliknya anda tersenyum dan mungkin sekadar menegur si dia dengan cara paling sopan dan berlapik.
2. Tidak cepat marah
Si dia menyakiti hati anda secara tak sengaja, si gentleman tidak akan marah melulu. Sebaliknya, memilih untuk memberitahu si dia perasaan anda. Tetapi apabila sudah hilang sabar, mungkin anda sekadar mendiamkan diri atau menjauhkan diri daripada si dia. Anda tidak akan bergaduh atau menghempas barang.
3. Tidak membebel
Jika anda bersamanya di sebuah restoran dan terjadi salah faham di mana lain yang dipesan lain pula yang dihantar, anda langsung tak membebel, menjerit atau memarahi pelayan, malah terima saja makanan yang dihidangkan. Jika si dia tak suka makan tersebut, dia akan meminta makanannya ditukar dengan cara paling baik dan lembut.
4. Lupakan kisah lama
Anda tak akan mengungkit kisah lama, biarpun dia tahu dan sedar dirinya adalah cinta kedua kamu. Dia juga tak berminat untuk mengetahui kisah silam kamu, sama ada yang baik mahupun yang buruk. Padanya, let bygone be bygone.
5. Bersikap sempoi di jalan raya
Sewaktu memandu, biarpun ada kereta yang bersikap kurang ajar seperti memberi isyarat tangan atau main lampu tinggi mencabar anda untuk berlumba, anda tetap kekal tenang. Provokasi? Maaflah, gentleman tak berminat nak layan semua itu!
6. Sanggup redah hujan
Ketika hujan lebat, anda sanggup menjemput si dia di pejabat. Anda memilih menunggu di tempat berbumbung supaya kamu tak terkena hujan. Kalau laluan kereta tidak berbumbung, anda akan minta si dia tunggu sementara anda keluar untuk mengambil payung. Wah, memang gentleman sungguh!
7. Tak cakap kuat
Anda tak pernah berbual di telefon dengan suara yang boleh didengari dalam jarak selang serumah. Jauh sekali bercakap besar seolah-olah andalah lelaki paling hebat. Si dia lebih selesa menggunakan tona suara rendah dan lagi manis jika kamu saja yang dengar.
8. Rajin menolong
Kalau melihat si dia membawa barang yang banyak, anda akan segera mengambil barang itu dan membantu buka pintu kereta juga! This is a true gentleman.
9. Jaga mata
Jika anda terpandang perempuan seksi atau sesuatu yang menjolok mata, anda tak akan bersorak gembira apa lagi memandang dengan penuh ghairah. Anda tetap tenang dan tunjukkan diri dalam keadaan selesa.
10. Layanan terhadap ibu
Lihat bagaimana anda melayan keluarga terutama ibu anda. Percayalah jika anda melayan ibu anda seperti permaisuri, kemungkinan besar si dia juga bakal mendapat layanan sebegitu.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI