Sebagai lelaki, anda harus kenal bagaimana cara seseorang perempuan itu merajuk. Bukan apa, nanti mudahlah untuk anda pujuk.
Memang diakui golongan ini agak susah untuk diramal tetapi untuk mengelak daripada dikatakan tidak pedulikan mereka, ini antara gerak-geri yang perlu anda tahu :
Dari seseorang yang bersikap comel dan periang, tiba-tiba dia menjadi diam apabila bersama anda. Pasti ada sesuatu yang tidak kena.
Ditanya sepatah, jawab sepatah. Nampak sangat dia tengah memendam tentang sesuatu. Apa kata tanya kepada si dia apa yang berlaku?
Tiada lagi seri di wajahnya. Dia punya murung tu, memang terlalu nampak sangat. Cepat-cepatlah pujuk dan jangan biarkan lama-lama.
Anda pernah berdepan dengan situasi sebegini? Apa yang anda lakukan?