Tak dinafikan sekarang memang terdapat cukup banyak jenis senaman terutamanya untuk golongan lelaki. Sama ada senaman itu melibatkan pergerakan otot badan sepenuhnya atau fokus kepada sesetengah bahagian ia boleh dilakukan dengan pelbagai cara.
Kesemua bentuk senaman yang ditawarkan itu bagaimanapun haruslah sesuai dengan stamina, fizikal dan tahap kecergasan anda agar ia tidak mendatangkan keburukan.
Ramai yang melakukan senaman kerana ingin meningkatkan kekuatan bada, menurunkan berat, daya fleksibiliti, stamina dan juga membina otot. Antara jenis senaman atau senaman yang anda boleh lakukan ialah Tabata Training.
Latihan fizikal ini diperkenalkan dan ditemui oleh oleh seorang saintis Jepun bernama Dr. Izumi Tabata dan pasukan penyelidik dari National Institute of Fitness and Sports di Tokyo, Jepun.
Ads
Tabata dan pasukannnya menjalankan penyelidikan ke atas dua kumpulan atlet. Jenis latihan yang diberikan untuk kumpulan pertama ialah padatahap intensiti sederhana manakala kumpulan kedua pula pada tahap lebih tinggi.
Kumpulan pertama adalah grup yang bekerja lima hari seminggu dengan melakukan senaman selama 1 jam. Manakala kumpulan kedua pula bekerja selama emat hari dalam seminggu dan melakukan latihan 4 minit 20 saat dengan 10 saat rehat setiap set.
Selepas itu beliau mendapat keputusan dan mendapati kumpulan pertama meningkatkan sistem aerobik mereka (kardiovaskular), tetapi menunjukkan sedikit atau tiada keputusan untuk sistem anaerobik (otot) mereka. Kumpulan kedua pula ada peningkatan dalam sistem aerobik berbanding lumpulan pertama dan sistem anaerobik mereka pula meningkat sebanyak 28 peratus.
Kesimpulannya, latihan jarak intensiti tinggi mempunyai lebih banyak kesan pada sistem aerobik dan anaerobik.
Ads
JOM CUBA TABATA TRAINING
Anda pernah cuba Tabata Training? Mungkin sekarang adalah masanya! Setiap senaman latihan Tabata adalah selama empat minit, tetapi ia mungkin menjadi salah satu daripada empat minit paling lama yang pernah anda alami. Struktur program adalah seperti berikut:
Senaman intensiti tinggi 20 saat
Rehat 10 saat
Lengkap 8 pusingan
Anda boleh melakukan banyak latihan yang anda mahukan. Anda boleh melakukan squats, push-ups, burpees atau apa-apa latihan lain yang sesuai untuk aktifkan otot besar.
Ads
SENAMAN TABATA TRAINING UNTUK ANDA
Push-ups
Bodyweight Squats
Burpees
Mountain Climbers
Setiap satu di atas dilakukan selama 4 minit.
1
Mulakan dengan push-up. Melakukannya selama 20 saat pada intensiti tinggi. Rehat selama 10 saat, dan kemudian kembali melakukan push-up selama 20 saat. Sebaik sahaja anda melengkapkan lapan set push-up, berehat selama satu minit.
2
Seterusnya, bergerak ke squats dan ulangi urutan 20 saat pada, 10 saat. Sebaik sahaja anda selesai lapan set squats, berehat selama satu minit, dan kemudian melakukan burpees. Selepas burpees, selesaikan latihan dengan mendaki gunung.
Tabata bagus untuk mendapatkan senaman yang cepat jika anda mempunyai masa yang singkat, anda ingin menukar rutin anda, atau anda mahu meningkatkan ketahanan dan kelajuan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tahukan anda jika ada makanan yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok? Jika anda berhajat untuk berhenti merokok, tetapi tidak berjaya, anda boleh cuba mengambil makanan yang membantu anda untuk berhenti merokok.
Namun, makanan ini bukanlah perkara utama dalam proses anda untuk berhenti merokok kerana perkara yang paling penting adalah niat sebenar anda itu.
Antara Tips Berhenti Merokok adalah seperti berikut:
1. Madu
Madu secara bertahap akan melepaskan glukosa ke aliran darah. Tambahan pula, madu memiliki antioksidan yang akan membantu dalam menghilangkan racun dalam tubuh.
2. Makanan Masin
Makanan masin dapat memadamkan para pengidam rokok. Jadi, cubalah makan dalam kuantiti yang sedikit makanan masin atau mengambil secubit garam.
3. Halia & Bawang Putih
Halia dan bawang putih juga membantu dalam memerangi rokok. Rasa ‘panas’ halia dan bawang putih akan membantu anda melepaskan racun-racun yang anda peroleh daripada merokok. Ia juga turut membantu dalam menjaga peraliran darah dan tekanan seimbang ketika anda menarik diri daripada kebiasaan merokok.
4. Kayu Manis
Jika rokok adalah sahabat yang tidak sihat, tetapi kayu manis adalah sahabat yang sihat. Ini bermakna, menghirup aroma kayu manis dapat dirasakan anda sedang ‘bermimpi’. Bahkan, memakan kayu manis juga akan menenangkan saraf dan otak, sama juga seperti anda senang enak menikmati rokok!
5. Epal
Merokok memberikan banyak racun dalam darah tubuh anda yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit. Makan epal setiap hari dapat memerangi racun yang disebabkan oleh rokok. Epal mengandungi banyak air dan ‘pektin’ yang membantu mengeluarkan racun dalam tubuh. Tekstur epal juga boleh mengurangi keinginan untuk merokok.
6. Susu
Ketika anda merokok, bibir anda akan kehilangan kekenyalan dan akan menjadi lebih gelap. Minum segelas susu dikatakan akan membantu menghidupkan kembali zat di bibir anda. Rasa susu memiliki kekuatan untuk membuat rasa rokok menjadi pahit. Jadi, ketika anda rasa ingin merokok, minumlah segelas susu untuk menghadapinya.
Jika anda sudah faham akan Tips Berhenti Merokok ini jangan lupa pula amalkan kerana tanpa usaha, mimpi tidak akan menjadi kenyataan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebut sahaja nama Datuk Lee Chong Wei, satu Malaysia kenal dengan pemain lagenda badminton yang disanjungi ramai ini.
Setelah 19 tahun berbakti dalam arena sukan sehingga mengharumkan nama negara di persada antarabangsa, Chong Wei akhirnya mengalah.
Tarikh 13 Jun 2019 juga menjadi saksi dan terpahat sebagai satu sejarah menyaksikan pengunduran diri pemain badminton yang digeruni ramai itu.
Tertitisnya air mata Chong Wei
Keputusan menggantung raket itu diumumkannya dalam sidang media khas di pejabat Kementerian Belia dan Sukan hari ini.
Beliau yang menginjak usia 37 tahun dilihat mengalirkan air mata ketika berucap. Pasti sebak mengiringi jiwa patritioknya.
Manakan tidak, sejak dari usia muda Chong Wei telah memulakan langkah menjadi pemain Malaysia di bawah pimpinan jurulatih yang hebat.
Kesihatan perlu diutamakan
Meski pun hati tidak sukar untuk menolak, keputusan gantung raket terpaksa dibuat kerana tahap kesihatannya tidak sama lagi seperti dulu.
Ia adalah keputusan paling sukar pernah dibuatny. Itu pun selepas berfikir panjang termasuk mendapatkan pandangan isterinya Datin Wong Mew Choo.
Katanya Chong Wei, beliau ada ke Taiwan April lalu dan doktor yang merawatnya merasakan beliau tidak sesuai lagi untuk meneruskan latihan dengan intensiti tinggi.
Ambil masa sebulan untuk berfikir
Sehubungan itu selepas pulang bertemu doktor, Chong Wei mengambil masa selama sebulan berfikir mengenainya sebelum membuat keputusan bertemu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria bagi meminta pandangan mereka.
Trivia kejayaan
Selain daripada menghimpun koleksi tiga pingat perak Sukan Olimpik (2008, 2012 dan 2016) dan tiga kali muncul sebagai naib juara dunia (2011, 2013 dan 2015), Chong Wei juga muncul sebagai satu-satunya pemenang terbanyak gelaran Super Series sebanyak 46 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pastinya ramai jejaka di luar sana yang sering mengimpikan untuk memiliki bentuk badan yang tegap dan sasa. Pada dasarnya, ia bukanlah dengan tujuan untuk memasuki acara bina badan, tetapi hanya sekadar untuk mereka menambahkan keyakinan diri.
MEMPUNYAI BADAN ‘SADO’ SUDAH MENJADI TREND TERKINI, TIDAK KIRA SAMADA PADA LELAKI DEWASA, MAHUPUN PELAJAR SEKOLAH. MASING-MASING SUDAH MULA BERMINAT UNTUK MEMILIKI BENTUK BADAN YANG KELIHATAN TEGAP DAN SASA.
Pelbagai cara kini boleh dilakukan untuk mendapatkan badan idaman ini, namun jangan sesekali mencuba jalan pintas dengan pengambilan bahan larangan kerana ia boleh membawa kepada kesan negatif bagi jangka masa panjang.
Berikut adalah antara teknik betul yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman ramai ini.
Latihan Angkat Berat
Kebanyakkan lelaki pastinya mengetahui mengenai alat-alat senaman yang boleh membantu mereka untuk membina otot seperti dumbbell, barbell dan sebagainya. Latihan mengangkat berat ini pula sememangnya sangat mudah kerana ia sekaligus dapat menambahkan hormon lelaki dan merangsang pertumbuhan otot dengan cepat.
Pengambilan Kalori
Pengambilan kalori pula adalah antara salah satu faktor yang sangat penting dalam memastikan anda mampu untuk memiliki badan sasa. Ia seharusnya selaras dengan tenaga yang anda gunakan. Jika ia diambil secara berlebihan, ia akan membawa kemudaratan kepada tubuh badan anda seperti pembentukan lemak terutamanya di bahagian perut.
Melebihkan Protein Dalam Hidangan
Bagi yang meninginkan bentuk badan yang kelihatan sasa, anda harus menumpukan perhatian terhadap pengambilan protein di dalam setiap hidangan anda seperti telur serta ikan. Anda dinasihatkan untuk sekurang-kurangnya mengambil 2 biji telur separuh masak setiap hari sebelum memulakan senaman.
Minum Air Secukupnya
Pengambilan air yang cukup juga adalah sangat penting dan sangat disarankan kepada mereka yang ingin membina otot bagi memberikan kesegaran kepada tubuh badan anda. Air juga berperanan sebagai bahan yang boleh membantu untuk menyingkirkan segala jenis toksin yang berkemungkinan ada di dalam badan anda ketika ini.
Pengambilan Vitamin Tambahan
Terdapat pelbagai jenis vitamin tambahan yang ada di pasaran namun begitu anda harus berwaspada dalam mengambilnya dan dapatkan khidmat nasihat terlebih dahulu. Badan yang sasa juga tidak tertumpu kepada pengambilan protein dan makanan tambahan semata-mata, anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang seimbang seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Mengatur Masa
Pengurusan masa juga adalah suatu hal yang sangat penting kepada mereka yang ingin mendapatkan badan yang sasa. Anda tidak perlu memaksa diri untuk terus bersenam sehingga melupakan waktu untuk berehat bagi tubuh badan anda. Memiliki badan sasa sememangnya mengambil tempoh waktu yang lama, jadi anda masih juga perlu bersabar melalui prosesnya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.