Tanyalah mana-mana peminat bola sepak. Di antara kejohanan yang paling ulung dinanti-natikan mereka tidak lain tidak bukan ialah Piala Dunia. Kejohanan anjuran FIFA setiap empat tahun sekali itu bakal menemui kita lagi dengan edisi tahun ini.
Namun berbeza dengan kebiasaannya diadakan pada pertengahan tahun, edisi kali ke-22 yang menyaksikan negara Qatar menjadi tuan rumah akan diadakan pada bulan November dan Disember 2022. Kejohanan ini buat pertama kalinya menyaksikan negara dari Liga Arab menjadi tuan rumah.
Walaupun terpalit dengan beberapa kontroversi namun MASKULIN menjangkakan Piala Dunia 2022 Qatar akan berlangsung dengan penuh jaya. Populariti bola sepak kini berada di tahap paling tinggi dengan jumlah penonton global meningkat saban tahun.
Persiapan yang dilakukan oleh Qatar telah dilakukan dengan cukup rancak walaupun dikatakan tergendala seketika akibat pandemik COVID-19. Bagi Piala Dunia kali ini, Qatar telah membangunkan dan melakukan renovasi sebanyak lapan buah stadium bola sepak yang cukup canggih dan tersendiri.
Lebih menarik kesemua stadium ini berada dalam lingkungan hanya 55 kilometer sahaja!
Ikuti lapan buah stadium yang bakal menyaksikan 32 buah negara berentap menjadi negara paling hebat dalam sukan bola sepak!
KHALIFA INTERNATIONAL STADIUM
Ia merupakan stadium tertua di Qatar dan dibina pada tahun 1976. Untuk Piala Dunia, Qatar telah melakukan renovasi dan mengubah Khalifa International Stadium kepada wajah baharu.
Ads
Ia boleh memuatkan seramai 40,000 orang penonton dan dilengkapi dengan teknologi penyejukan yang membenarkan pemain berada dalam suasana selesa.
AL-THUMAMA STADIUM
Terletak 12 km dari Doha, Al Thumana Stadium menampilkan rekaan corak simpulan Arab dengan inspirasi dari Gahfiya atau kopiah yang dipakai ramai lelaki Arab. Stadium ini turut dilengkapi teknologi penggunaan air lebih menjimatkan berbanding stadium konvensional lain.
STADIUM 974
Salah sebuah stadium yang cukup unik kerana sebahagiannya dibina daripada kontena kapa dan juga bahan besi istimewa.
Ads
Stadium 974 turut melambangkan Qatar sebagai sebuah negara yang kaya dengan aktiviti perdagangan dan budaya maritim. Nombor ‘974’ juga merupakan kod bagi negara Qatar dan juga jumlah kontena yang digunakan.
AL-BAYT STADIUM
Perlawanan pembukaan Piala Dunia 2022 menyaksikan pertembungan Qatar dan Ecuador bakal dilangsungkan di Al-Bayt Stadium.
Ia terletak di Al Khor, kira-kira 50 kilometer dari ibu negaranya, Doha. Karakter menarik stadium ini ialah bumbungnya yang kelihatan seperti khemah dari puak nomad di negara Qatar dan Arab.
AL-JANOUB STADIUM
Ads
Terletak di Al-Wakrah, Al Janoub Stadium diilhamkan dari rekaan bot tradisional Qatar dikenali sebagai ‘dhow’ yang digunakan oleh penyelam yang mencari mutiara di dalam laut.
AHMAD BIN ALI STADIUM
Stadium kepada kelab Qatar paling berjaya dalam sejarah bola sepak tempatan, Al Rayyan. Rekaan stadium ini meraikan budaya ramah mesra rakyat Qatar dengan pendekatan nilai kekeluargaan dan keindahan gurun. Ia mampu memuatkan kira-kira 40,000 orang penonton dalam satu masa.
EDUCATION CITY STADIUM
Sesuai dengan namanya, stadium ini terletak di tengah-tengah kompleks pendidikan dan inovasi Qatar. Education City Stadium hadir dengan bentuk seperti permata dan mampu berubah warna apabila terkena cahaya matahari.
LUSAIL ICONIC STADIUM
Ia terletak di bahagian Utara ibu kota Doha dan merupakan stadium terbesar bagi edisi kali ini. Lusail Iconic Stadium juga bakal menjadi stadium untuk perlawanan akhir dengan kapasiti seramai 80,000 orang penonton.
Sumber: archdaily.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kadang-kadang untuk menghiburkan seseorang ibu, tidak semestinya memerlukan wang ringgit yang banyak. Tetapi hanya menerusi dengan mengedit sekeping gambar mampu memberi kenangan yang berharga buat ibu. Kasihnya anak terhadap ibunya, walaupun tidak dapat membawa ibunya melancong kerana kesibukkan kerja. Tindakan anak lelaki itu telah memberi mesej kepada seluruh anak di seluruh dunia untuk sentiasa menghiburkan ibu anda.
Bagi Chub pula, beliau berasa menyesal dengan kesibukan kerja yang menyukarkan beliau membawa ibunya bercuti. Ditambahkan pula dengan kesukaran ibunya berjalan, melihat dan mendengar menyebabkan lebih sukar buat mereka bercuti ke mana-mana.
Chub berkata “saya berharap saya dapat memutar waktu dan mengubah semuanya dan boleh membawa ibu saya melihat tempat-tempat indah di seluruh dunia. Saya berharap orang lain yang melihat hasil edit gambar itu dapat membawa ibu mereka ke tempat-tempat yang menarik.
Berikut, terdapat 9 gambar edit ibunya telah mengelilingi dunia. Semoga ianya mampu memberi inspirasi kepada anda untuk membawa ibu anda bercuti, sebelum semuanya terlambat seperti yang dialami Chub
#1. Gambar berlatarbelakang Menara Eiffel di Paris, Prancis.
#2. Bercuti ke Benua Afrika.
#3. Melintas jalan di Tokyo, Jepun.
#4. Taman penguin di Jepun.
#5. Venezia, Itali.
#6. Bromo, Indonesia.
#7. Di manakah tempat ini?
Tersentuh tak dengan afford Chub ni. Mesej mulia yang cuba disampaikan oleh Chub kepada seluruh anak-anak di dunia ini. Apa pandangan anda tentang gambar-gambar ini? Pernahkah anda membawa ibu anda bercuti? Ke manakah anda membawa ibu anda? Sila kongsikan gambar dan pandangan anda di ruang komen.
Sumber: taikotv
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
PENYANYI dan pelakon, Selena Gomez nampak gayanya sedang hangat menjalinkan cinta bersama penerbit muzik, Benny Blanco.
Cinta yang khabarnya bersemi sejak Julai 2023 itu dipenuhi pelbagai cerita. Adat dunia dengan selebriti, walaupun hal yang kecil tetap menjadi perhatian para peminat. Dalam perkembangan terbaru, penyanyi berusia 31 tahun itu mendedahkan rambutnya pernah dijangkiti kutu daripada Blanco.
Dijangkiti Kutu Perkara Romantik
Manisnya percintaan, Selena mengganggap jangkitan parasit penghisap darah itu sesuatu yang romantik.
“Kebanyakan orang menganggapnya keji, tetapi saya fikir ia romantik kerana kami memilikinya pada masa yang sama,” katanya dalam sebuah podcast.
Perkara yang tersebar di laman sosial X itu menyebabkan para peminat Selena bertambah geram dan menganggap Benny tidak menjaga kebersihan.
Bagaimanapun, ada juga peminat memberitahu khabar angin itu palsu dan sengaja diada-adakan bagi menjatuhkan imej pasangan tersebut.
Fakta Tentang Blanco
Jadi siapakah gerangan Benny Blanco yang berjaya mencuri hati pelakon dan penyanyi terkenal ini? Jom kita lihat 10 fakta mengenainya:-
Dilahirkan pada 8 March 1988, kini dia berusia 36 tahun.
Berdarah Yahudi, Benny merupakan penduduk asal Nothern Virginia, Amerika Syarikat.
Benny Blanco merupakan seorang penerbit muzik, DJ, penulis lirik dan juga eksekutif rakaman.
Menunjukkan minat terhadap muzik sejak kecil lagi. Benny terpilih sebagai perantis untuk DJ terkenal Disco D ketika zaman remajanya dan dibawa untuk bertemu dengan syarikat rakaman.
Dia pernah memenangi Anugerah Penulis Lagu Terbaik BMI sebanyak lima kali dan memenangi Anugerah Penerbit Terbaik iHeartRadio pada tahun 2017.
Pada tahun 2008, Benny terlibat dalam penghasilan lagu Circus yang dinyanyikan oleh Britney Spears. Mencipta fenomena, lagu tersebut dijual sebanyak 5.4 juta dalam bentuk salinan digital.
Benny pernah bekerja sama dengan bekas kekasih Selena, Justin Bieber bagi menerbitkan lagu Lonely. Lagu tersebut mencapai kedudukan pertama dalam carta muzik Canadian Hot 100.
Sebelum bercinta dengan Selena Gomez pada 2023, mereka adalah rakan sekerja. Dia menyumbang idea pada beberapa lagu hit Selena, seperti Single Soon, Kill ‘Em with Kindness dan Same Old Love.
Menurut the Songwriters Hall of Fame, Benny adalah pensyarah jemputan di Jabatan Muzik Rakaman Clive Davis Universiti New York pada 2012 dan 2013.
Pada 2014, Benny mengasaskan dua label muzik di bawah Interscope, Mad Love Records dan Friends Keep Secrets.
Semoga kasih sayang Benny memberi titik noktah kepada kisah cinta Selena dan berakhir di jenjang pelamin!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Menjadi kewajipan kepada setiap penguna kendereaan untuk memastikan setiap kompenan kenderaan berada dalam kedaan baik dan selamat. Seperti kompenan lain tayar juga adalah salah satu bahagian yang perlu dititik beratkan dalam penjagaannya. Supaya ia dalam kedaan terbaik dan sekaligus ia mampu memanjangkan jangka hayat pengunaan tayar tersebut.
Ini kerana jika tayar tidak dijaga dengan rapi ia boleh menjadi punca-punca kepada kemalangan dan sebagainya. Disini tips dalam penjagaan tayar kederaan anda.
Pemilihan saiz tayar yang bertepatan
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta anda. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
Anda boleh perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
Periksa tekanan angin tayar kereta.
Anda dinasihatkan supaya rajin memeriksa tekanan angin (tyre pressure). Lakukan tekanan angin tayar kereta anda mengikut spesifikasi yang betul. Jika angin terlebih atau terkurang, ia akan memberi kesan kepada tayar kereta anda.
Antara kesannya adalah jika tekanan tayar kereta terlalu tinggi, tayar kereta anda bermasalah di bahagian tengah dan jika angin tayar terlalu kurang atau tidak sekata berkemungkinan bahagian tepi tayar bermasalah berlaku.
Lakukan pelarasan tayar (allignment & balancing)
Lakukan pelarasan tayar anda (allignment & balancing) di pusat servis kereta untuk setiap 10,000km interval. Dengan melakukan pusingan tayar kereta ini, anda boleh mengekalkan kesamarataan tayar dihadapan dan dibelakang.
Ini mengelakkan tayar kereta anda bergegar jika dipandu dengan kelajuan yang agak tinggi. Malah, untuk pengujian allignment pula bagi mengelakkan kereta anda tidak tertarik sebelah jika anda lepas tangan dan berada seimbang ketika memandu.
Elakkan letak tayar bertampal di hadapan kereta
Jika anda ada masalah tayar bertampal seperti bocor, pancit atau bunga haus, elakkan daripada diletakkan dibahagian depan kereta kerana tayar depan yang memacu kenderaan anda. Ini bagi mengelakkan daripada berlakunya tayar meletup atau mengundang bahaya ketika anda sedang memandu dalam keadaan yang laju. Jadi, ia boleh dikurangkan masalah ini dengan meletakkan tayar kereta dibelakang.
Agar tips ini dapat memberikan manafaat dalam pemanduan anda.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.