Gaya Hidup

Kenali 8 Bahagian Badan Lelaki Yang Selalu Berjaya Tarik Perhatian Kaum Wanita

Share

Dalam dia si dia memerhati. Dalam diam anak matanya mengekori anda.

Ya, jangan ingat hanya lelaki sahaja yang suka meleret mata kepada wanita. Mereka juga apa kurangnya!

Tapi sedarkah anda bahawa hanya terdapat bahagian badan tertentu yang setiasa menjadi sasaran anak mata wanita?

Sebagai lelaki sebab itulah sangat penting untuk anda menjaga penampilan. Untuk bonus, badan yang tegap dan memiliki postur yang sentiasa jadi perhatian!

Jadi apakah spot bahagian badan anda yang sentiasa menjadi buruan anak mata wanita? Ikuti jawapannya ,di bawah!

PERUT SIX-PACK

Ramai juga perempuan yang suka bila pasangannya mempunyai perut berotot kekar ala-ala Chris Hemsworth. Ia juga boleh dikategorikan sebagai  lambang kejantanan seorang lelaki.

DADA BIDANG

Dada bidang ini umpama hamparan karpet yang boleh wanita labuhkan kepala mereka. Ia antara bahagian badan lelaki yang sering menjadi impian sebahagian besar wanita. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik baju kemeja mereka.

LENGAN BERKETUL

Pernah lihat di laman media sosial kaum wanita posting tentang keterujaan mereka bila nampak lengan berotot dan berurat? Hakikatnya itulah antara simbol kejantanan menjadi dambaan mereka. Selain tu, lelaki lengan berketul ini juga menggambarkan seorang yang sangat kuat bekerja dan biasa dengan tugasan mencabar.

BACA: Sebagai Lelaki Ini Fakta Anda Perlu Tentang Kesihatan Seksual, Berat Badan & Mental

BAHU TEGAP

Dada bidang, check. Lengan berurat, check. Tinggal lagi bahu yang steady dan tegap. Lengkap! Bahu yang lebar dan tegap mampu menyerlahkan lagi karisma lelaki. Bila berdiri sahaja sudah nampak kejantanan anda!

BIBIR MUNGIL

Ada sesetengah wanita yang suka melihat bibir lelaki kerana dikategorikan sebagai seksi. Bibir yang nipis dan kemerahan dikatakan pakej terbaik seorang lelaki. Tapi jangan pula anda guna gincu untuk merahkan bibir ya. Lain macam pula jadinya.

KEBERSIHAN FIZIKAL

Ramai wanita sangat mementingkan kebersihan. Oleh itu atara perkara pertama jadi sasaran mereka ialah melihat tahap kebersihan kuku dan jari anda. Anda tak perlu lakukan manicure, cuma cukuplah sekadar ia kelihatan bersih dan dipotong rapi.

PUNGGUNG

Perempuan suka melihat punggung lelaki yang sedikit berotot terutamanya bila memakai seluar jeans. Jadi, jika anda memiliki punggung yang pejal dan berbentuk selalulah pakai seluar skinny jeans ya.

GIGI

Dari mata turun ke hati. Dan antara perkara pertama bila anda bertemu seorang wanita pastinya melihat wajah antara satu sama lain dan itu termasuklah gigi. Gigi yang bersih pasti akan jadi salah satu fokus utama untuk dilihat.

Published by
Farizul Izwany