Tahukah anda kes melibatkan bunuh diri akibat kemurungan lebih banyak berlaku kepada golongan lelaki.
Pernahkah anda tertanya apakah yang menyebabkan statistik tersebut begitu?
Lelaki bila kemurungan akan lebih agresif, cepat marah dan sangat mudah berasa sedih berbanding wanita. Kemurungan ini menyebabkan lelaki sukar tidur, sering terjaga di waktu malam, rasa kurang upaya dan mood terjejas.
Ia juga boleh menyebabkan hilang rasa minat terhadap apa-apa aktiviti seperti makan dan melakukan hubungan intim dengan pasangan. Serangan kemurungan ini tidak mengira tempat dan masa. Apabila ia datang, individu tersebut akan mengalami nervous breakdown (gelisah) ataupun emotional breakdown (gangguan emosi) secara tiba-tiba.
Kesan penyakit kemurungan
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pakar perubatan, kemurungan bukan disebabkan oleh faktor pemakanan. Bagi lelaki yang kemurungan, dapatkan rawatan dan nasihat daripada pakar perubatan segera sebelum terlambat.
Penyakit kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit boleh melakukan aktiviti yang tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah dan mencederakan diri sendiri. Pesakit kemurungan yang tidak mendapatkan bantuan pakar, selalunya berakhir dengan kematian disebabkan membunuh diri.
Ads
Jenis-jenis penyakit kemurungan
1. Major Depressive Disorder (Major Depression)
Kebanyakan pesakit kemurungan diklasifikasi sebagai penghidap major depressive disorder. Bergantung kepada pesakit, ia boleh menyerang selama satu hari atau lebih daripada satu hari bergantung kepada cara dan tindak balas pesakit. Biasanya pesakit akan hilang selera makan, tidak cukup tidur dan hilang minat terhadap melakukan sesuatu perkara.
2. Dysthymic Disorder (Dysthymia)
Pesakit yang mengalami kemurungan di peringkat ini biasanya mengambil masa bertahun-tahun untuk kembali pulih. 1 daripada 10 orang akan mengalami dysthymia pada satu tahap hidup mereka.
Ads
3. Psychotic Depression
Pesakit pyschotic depression akan mengalami gangguan emosi yang membolehkan mereka hilang kawalan dengan realiti sehingga menyebabkan mereka mengalami halusinasi.
4. Postpartum Depression (Postnatal Depression)
Postpartum depression hanya menyerang wanita yang baru melahirkan anak. Berbanding dengan ‘baby blues’ yang sering dirasai oleh kebanyakan wanita yang baru sahaja melahirkan bayi, postpartum depression terjadi kepada kaum wanita setelah beberapa minggu melahirkan bayi.
Ads
5. SAD (Seasonal Affective Disorder)
Penyakit kemurungan SAD hanya terjadi di luar negara khususnya Kanada dan United Kingdom. Ianya disebabkan oleh musim sejuk yang berpanjangan dan penyakit ini akan hilang apabila musim luruh dan musim bunga menjelma. Dapat dirawat melalui terapi cahaya (light therapy).
6. Bipolar Disorder (Manic-Depressive Illness)
Pesakit yang mengalami kemurungan bipolar disorder akan mengalami dua peringkat yang cukup ekstrem dalam kehidupan seharian mereka. Mereka akan berasa terlalu sedih pada satu tahap dan terlalu gembira pada satu tahap yang lain.
Simptom penyakit kemurungan
Suka menyendiri dan berkurung di dalam bilik
Sukar untuk memberikan tumpuan
Perubahan selera yang drastik, terlalu kurus dan terlalu gemuk
Tidak cukup tenaga
Susah untuk tidur dan sering terjaga di waktu malam
Mudah jemu dan cepat marah
Tidak cukup tenaga dan rasa malas
Rasa resah dan gelisah yang melampau
Mudah berasa sedih dan menangis secara tiba-tiba
Mempunyai niat untuk membunuh diri
Apa perlu buat?
Dapatkan rawatan pakar secara berperingkat dan segera
Ikuti sesi terapi bersama pakar psikologi dan psikiatri untuk mendapatkan rawatan Cognitive-Behavioral Therapy (CBT) dan juga Interpersonal Therapy (IPT)
Dapatkan ubat-ubatan seperti anti-depressants yang disahkan oleh doktor ataupun pihak hospital
Ikuti sesi kaunseling untuk pemulihan diri, emosi dan mental
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila terjadinya mata ketumbit, pasti rasa malu nak berdepan dengan orang ramai kerana bimbang diperli rakan-rakan. Ini kerana mata ketumbit sering dikaitkan dengan tabiat suka mengintai orang mandi. Sebenarnya semua itu hanyalah mitos semata-mata.
Menurut Dr Azlindarita Aisyah yang merupakan Pakar Oftalmologi, mata ketumbit ini terjadi akibat bukaan kelenjar air mata dari akar bulu mata tersumbat akibat beberapa perkara.
Sekiranya anda mengalaminya, bolehlah ikuti cara merawat mata ketumbit menggunakan empat bahan sebagaimana yang dikongsikan Dr Azlindarita Aisyah menerusi laman Facebook Medical Mythbusters Malaysia.
Jantung merupakan organ penting manusia.Ia berfungsi mengepam dan mengedarkan darah ke seluruh badan. Makanan yang mengandungi Omega 3 adalah salah satu makanan terbaik untuk jantung kita.
Berikut 10 makanan yang baik supaya jantung sihat:
1.Makanan Ber oat
Mulakan hari anda dengan semangkuk oat panas. Makanan ini kaya asid lemak omega-3, folat dan kalium. Selain itu,ia kaya dengan serat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan mencegah pembentukan plak di dinding arteri.
2.Salmon
Ikan yang kaya asid lemak omega-3 ini efektif menurunkan tekanan darah dan mencegah pembekuan darah. Makanlah dua keping salmon seminggu. Ia mengurangkan risiko meninggal akibat serangan jantung hingga 33 peratus.“Salmon mengandungi karotenoid astaxanthin, yang merupakan sebuah antioksida kuat,” menurut Stephen T. Sinatra, MD, penulis Lower Your Blood Pressure In Eight Weeks, health.com.
3.Avocado
Menambah lemak sihat ke dalam diet anda. Makanan yang kaya lemak tunggal tidak tepu ini mampu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik HDL dalam tubuh.
4.Minyak zaitun
Minyak zaitun kaya akan lemak tunggal tidak tepu.Ia adalah pengganti baik bagi mentega.
5.Kekacang
Kacang-kacang seperti walnut dan almond .
6.Berries
Blueberries, raspberries, strawberi dan jenis beri lainnya kaya anti radangan.Berfungsi mengurangi risiko penyakit jantung dan kanser.
7.Kacang peas
Tambah pengambilan kacang peas, seperti kacang merah dan kacang hitam.
8.Bayam
Bayam kaya akan berbagai komponen sihat seperti lutein, folat, kalium dan serat.
9.Biji rami (linseed)
Biji rami kaya dengan serat dan omega-6.Pengambilan biji rami dicampurkan dengan oatmeal.
10.Kacang Soya
Kacang soya membantu menurunkan kadar kolesterol karena rendah lemak.
Semoga dengan tip-tip ringkas ini dapat memberi panduan berguna menjaga kesihatan diri kita.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Cara- Cara Penjagaan Rambut
Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
Menangani Rambut Bermasalah
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Rambut gugur (hair loss)
Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Lelaki umur 40-an, makin kacak, bergaya dan awet muda. Dulu, bila sebut lelaki umur 40- an, ramai yang terbayang seseorang yang sudah mulai ‘berusia’, perut makin ke depan, rambut makin beruban, dan gaya hidup makin perlahan.