Warna memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Hal ini kerana warna bukan sahaja berfungsi sebagai elemen keceriaan malah ia mampu memaparkan emosi seseorang.

Oleh sebab itu, pemilihan warna boleh menyerlahkan keperibadian seseorang. Apatah lagi untuk menjadi seseorang yang bersinar atau ‘redup mata memandang’ apabila berdiri dalam lautan manusia.

Berikut adalah 10 warna yang mungkin melambangkan personaliti anda. Jika anda merasakan ia benar, kongsikan artikel ini :

  1. Hitam

Anda adalah seseorang yang degil tetapi pandai berdikari. Memiliki semangat yang kuat, yakin pada pendapat sendiri dan sentiasa berdisiplin. Anda juga kelihatan matang dan tidak mudah untuk mengaku kalah dalam sesuatu cabaran kecuali pada saat-saat akhir.

2. Merah

Anda suka mendesak, mudah diransang dan lincah. Memiliki cita-cita yang tinggi yang ingin disempurnakan dalam tempoh yang pantas. Namun begitu, anda kurang peka terhadap perasaan orang lain sewaktu anda menjadi tumpuan dan perlu belajar untuk menjadi seorang pendengar yang baik kerana anda gemar bersikap terburu-buru. Walau bagaimanapun, semangat anda diperlukan dalam bidang kepimpinan dan pembangunan kerana anda mempunyai sifat yang berani.

3. Putih

Anda mempunyai keperibadian yang positif, bersikap matang, tenang dan optimistik. Walaupun anda gemar menyendiri kerana inginkan gaya hidup yang bebas dan sederhana, anda adalah seseorang yang bersih dan amanah.

4. Biru Lembut

Ads

Anda adalah seseorang yang kreatif, mudah mengerti dan juga mudah sensitif. Anda memiliki daya imaginasi yang tinggi dan sentiasa bertindak secara praktikal dalam kehidupan. Teliti dalam teguran dan mampu menjadi penasihat yang baik kerana menggunakan pengetahuan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

5. Biru Gelap

Seseorang yang cerdik, yakin pada diri dan mempunyai perasaan yang sangat mendalam. Sentiasa merasakan diri bertanggungjawab kepada orang lain dan seronok apabila dipilih untuk membuat sesuatu pilihan. Memerlukan kawasan yang tenang dan sering ingin dibelai serta dimanja. Mudah serabut jika berada dalam keadaan yang sangat bising.

6. Merah Jambu

Bersikap penyayang, mencintai alam sekitar, mudah memahami dan mudah bersimpati. Mudah menunjukkan kelemahan diri apabila gagal mengawal emosi selain sentiasa memerlukan dorongan orang ramai. Sedikit keanak-anakan namun pandai menghargai diri sendiri.

7. Oren

Ads

Mampu menguasai dan mempengaruhi orang lain. Mudah berdikari dan pandai memotivasikan diri sendiri. Bersikap kreatif dan praktikal namun tidak sabar. Anda seseorang yang aktif, periang dan gemar bersaing namun mudah untuk berasa gelisah.

8. Hijau

Anda tidak mudah untuk mempercayai orang lain, berhati-hati dan sentiasa berwaspada. Sesuai dengan lambang kedamaian, anda gemar membantu orang lain. Anda seseorang yang bermurah hati selain setiap keputusan yang anda buat kadangkala boleh dilihat secara jelas walaupun hanya dari pandangan mata sahaja.

9. Kuning

Anda merupakan seseorang yang aktif, ceria dan minat untuk menceburi pelbagai aktiviti. Mempunyai semangat yang tinggi dan mampu menghadapi masalah dengan tenang. Kuning cerah pula misalnya menggambarkan anda mempunyai sikap spontan dan bijak untuk berkomunikasi kerana memiliki banyak idea serta pemikiran yang tinggi.

Ads

10. Ungu

Berkebolehan mengetahui sesuatu hanya dengan menerusi bisikan isi hati selain mempunyai cita-cita yang tinggi serta semangat yang mendalam. Sentiasa ingin berjaya dalam apa sahaja bidang yang diceburi dan ingin melibatkan orang lain untuk berjaya bersama-sama.

11. Perang

Bersikap jujur, realistik dan sukakan gaya hidup yang berstruktur selain suka membelai rasa dan tolong-menolong. Uniknya, anda sangat menghargai makanan, minuman serta rakan baik anda. Bersikap pelindung dan mampu menyembunyikan emosi sehingga satu tahap, anda berundur kerana tidak tahan untuk menghadapinya.

12. Kelabu

Mempunyai pendekatan yang tersendiri dengan kawalan diri yang sangat tinggi. Tidak gemar untuk merapatkan diri dengan orang lain kerana lebih suka untuk menyendiri. Selalunya anda diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan selain mampu menjadi pengkritik yang baik.

Jadi berdasarkan 12 warna yang dinyatakan, anda warna yang mana satu?

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI