Setiap tahun, majalah perniagaan global terkenal Forbes akan menyenaraikan seramai 300 orang usahawan dari 23 negara di Asia Pasifik untuk Forbes 30 Under 30.

Ini merupakan senarai usahawan yang berusia bawah 30 tahun yang telah mencapai kejayaan, memberikan sumbang dan memiliki pengaruh yang cukup signifikan dalam industri masing-masing.

Tahun lalu menyaksikan selebriti popular Neelofa dan usahawan Vivy Yusof turut tersenarai dalam ketegori mereka masing-masing.

Kenali 11 Usahawan Muda Malaysia Terpilih Dalam ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2019’

Jelas Forbes mereka yang tersenarai merupakan individu yang dipiih daripada lebih 2,000 penyertaan. Pemilihan mereka dilakukan oleh sekumpulan wartawan dan kerja-kerja mereka pula dinilai oleh panel hakim termasuk dari segi inovasi teknologi.

Memetik laporan BERNAMA, usahawan muda Malaysia yang tersenarai ialah Aaron Patel, Bobby Ong, TM Lee, Chris Khristie, Michelle Tan, Jin Xi Cheong, Joolin Chuah, Kendrick Wong, Melvin Poh, Sarah Chen dan Wen Shin Chia.

IKLAN

Jadi siapakah usahawan-ushawan muda yang hebat ini?

Aaron Patel

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif iHandal Energy Solutions, sebuah firma kejuruteraan dan kontraktor memiliki kepakaran meningkatkan kecekapan tenaga haba bangunan komersil dan perindustrian.

Bobby Ong dan TM Lee

Dua jejaka muda ini pula adalah pengasas bersama CoinGecko, penggabung data mata wang kripto yang menjejak statistik harga, volum, sosial dan pemaju. Antara kejayaan mereka ialah bekerjasama dengan Western University, Kanada dan Umboldlt University, Jerman dalam menghasilkan mata wang kripto.

Chris Khristie dan Michelle Tan

Mereka merupakan pengasas bersama kumpulan media digital, INFLUASIA. Mereka memiliki sejumlah portal yang membekalkan pelbagai kandungan dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Mandarin khusus untuk pengguna Malaysia.

IKLAN

Jin Xi Cheong

Pengasas Poladrone sebuah syarikat yang menggunakan teknologi dron dalam industri minyak sawit bagi meningkatkan kecekapan ladang sawit dan ladang tanaman di Malaysia.

Joolin Chuah

Beliau merupakan rakan sekutu Insignia Ventures Partners. Ia merupakan syarikat yang memainkan peranan dalam hampir 10 pelaburan pada 2018, termasuk syarikat pemula niaga yang menjanjikan seperti igloohome, CoHive dan Sayurbox.

Kenali 11 Usahawan Muda Malaysia Terpilih Dalam ‘Forbes 30 Under 30 Asia 2019’
Foto: BERNAMA

BACA: Durian Runtuh Buat Alif Satar, Dilantik Jadi Duta Jenama Audio Bertaraf Dunia

IKLAN

Kendrick Wong

Pengasan bersama Omnilytics sebuah platform analisis fesyen yang menawarkan data risikan pasaran masa nyata bagi lebih 75,000 jenama.Servis mereka digunakan oleh pelbagai peruncit di seluruh dunia.

Melvin Poh

Beliau adalah pengasas bersama The Asian Entrepreneur, penerbit antarabangsa dan platform media dengan pembaca aktif di 13 negara.

Sarah Chen

Syarikat yang diasaskannya bersama The Billion Dollar Fund Women muncuk dengan matlamat utama untuk menangani jurang pembiayaan jantina yang dihadapi oleh pengasas wanita.

Wen Shin Chia

Pengasas Green Yards, syarikat ekoproduk yang membuat sabun dan lilin daripada minyak masak dikitar semula.

Sumber: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI