Bagi pemilik kereta di antara kerosakan yang boleh membuatkan mereka mengeluh ialah pemampat penghawa dingin atau compressor aircond. Apa tidaknya kos membaik pulih komponen tersebut sememangnya terkenal agak tinggi.
Lebih malang jika kerosakan berlaku pada tengah bulan tatkala poket anda pun sudah semakin kering. Kerosakan compressor ini pula tidak boleh ditangguh dan perlu dibaiki segera, lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di negara kita seperti sekarang.
Mahu tidak mahu kenalah ‘swipe’ kad kredit dahulu atau korek simpanan mana yang ada. Tapi sebenarnya anda boleh mengelak daripada berdepan kerosakan compressor aircond. Malah jika ia diselenggara dengan baik mengikut jadual berkala kerosakan itu tidak akan berlaku.
Namun ada beberapa petanda menunjukkan compressor aircond bakal rosak. Untuk elak daripada wang melayang lebih banyak kenal pasti petanda ini dan baikinya dengan segera!
GAS SIKIT
Salah satu petandanya ialah kandungan gas aircond mula rendah. Jika ada berlaku kebocoran dalam paip saluran refrigerant, kandungan gas secara automatik akan berkurangan. Bila ini belaku compressor kereta terpaksa bekerja lebih keras untuk mencapai suhu yang sejuk. Jika dibiar berterusan compressor akan rosak dengan teruk.
GAS TERLALU BANYAK
Manakala jika kandungan gas terlampau tinggi juga tidak elok. Sekiranya gas disi terlalu banyak ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan pada compressor. Begitu juga jika anda tertukar jenis gas yang digunakan. Sebaiknya rujuk manual aircond kereta atau pakar aircond sebelum tukar gas.
COIL TERLALU KOTOR
Jika bahagian coil aircond menjadi sangat kotor ia boleh menjejaskan fungsi sistem aircond untuk beroperasi dengan baik. Perkara ini juga boleh menyebabkan compressor bekerja lebih kuat untuk menyejukkan sistem. Sama seperti manusia, compressor juga tidak akan tahan lama jika dipaksa bekerja terlalu kuat. Ia boleh menjadi terlalu panas dan akhirnya rosak.
MASALAH ELEKTRIK
Ini antara kerosakan yang paling sukar untuk dikenal pasti. Walapun kerosakannya dianggap minor seperti ada wayar yang terputus namun natijahnya cukup besar sekali. Atau ada fuse yang terbakar lalu menyebabkan kerosakan pada komponen eletkrik. Impaknya boleh menyebabkan compressor juga menjadi rosak.
Bagi mengelak masalah ini lakukanlah pemeriksaan dengan lebih teliti ketika servis aircond secara berkala agar dapat mengesan komponen-komponen yang rosak.
KURANG PELINCIR
Apabila kurangnya pelincir atau lubricant pada compressor ia boleh menyebabkan berlakunya kerosakan serius.
Walaupun jarang ditukar namun selepas beberapa tahun anda menggunakan kereta, anda haruslah periksa kandungan lubricant pada compressor kereta. Jika ia berkurangan tambahlah dengan segera atau tukar kepada yang baru.
Sayangilah duit anda dan kenali petanda kerosakan yang berlaku pada compressor!
Kredit: thecarpedia.com/
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI