Sekali lagi kita berdepan dengan PKP yang lebih ketat. Atau… lebih kurang ketat dengan sebelum ini.
Apa-apapun duduklah di rumah dan keluar hanya bila perlu. Keadaan penularan pandemik kini dilihat semakin meruncing. Jadi marilah kita sama-sama membantu antara satu sama lain dengan DUDUK DI RUMAH!
Akan tetapi bila duduk di rumah seharian pastinya penggunaan elektrik akan menjadi berlipat kali ganda. Apatah lagi sekarang cuaca agak panas di banyak lokasi di seluruh negara. Jadi mahu atau tidak penggunaan penghawa dingin pastinya lebih lama dan kerap.
Jadi mungkin anda tertanya-tanya bagaimanakah caranya untuk jimatkan penggunaan eletrik apabila memasang penghawa dingin? Tahukah anda bahawa tetapan pada mode berbeza di alat kawalan jauh mampu melakukannya!
Sehubungan itu, anda digalakkan untuk berada di tempat yang redup dan jika rumah anda memiliki aircond, boleh gunakannya dengan berhemah.
Namun untuk mengelakkan pembaziran elektrik, anda perlu tahu setiap fungsi dan mode semasa yang sesuai untuk anda gunakan.
Pengguna kebiasaannya terkeliru dengan perbezaan antara dry mode dan cool mode.
Jika pada alat kawalan jauh menunjukkan lambang titisan air, ia bermaksud dry mode. Manakala jika lambang yang ditunjukkan adalah empingan salji, ia adalah cool mode
.Bagi penjimatan tenaga yang efisien, anda digalakkan untuk menggunakan dry mode kerana untuk mod ini, kompresor tidak berlari pada kadar maksimum untuk menyejukkan ruang.
Sensor juga akan mengesan perubahan suhu dan mengekalkan suasana nyaman dengan kadar kelembapan sebanyak 60% sahaja dalam ruang udara.
Semoga bermanfaat!