Bukan hanya wanita, lelaki juga patut jadikan Vaseline sebagai item beauty untuk anda kekal kacak dan smart cara bajet. Malah tak rugi anda membeli kerana item kecil ini mempunyai banyak kelebihan.
Boleh dikatakan Vaseline cukup berguna dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, termasuklah disapu sebagai fungsi untuk mengekalkan bau minyak wangi dan mengecutkan jerawat.
Ikuti perkongsian Kakak Manis tentang 30 kelebihan menggunakan Vaseline yang bukan sahaja boleh anda amalkan untuk diri sendiri, malah berguna juga untuk pasangan anda. Jom amalkan bersama.
Penampilan pada wajah sama ada berjambang, berjanggut, bermisai atau ‘clean’ merupakan pilihan masing-masing. Bagaimana lelaki bermisai?
Setiap lelaki ada keselesaan sendiri dalam menentukan gaya penampilan wajah mereka. Namun tidak semua orang boleh ‘carry’ dengan setiap penampilan berbeza.
Sejak dari dahulu lagi lelaki yang mempunyai karakteristik ada bulu di wajah dianggap sebagai satu simbol kelelakian. Maka tidak hairanlah mengapa ramai wanita menganggap lelaki berpenampilan seperti ini sangat menarik di mata mereka.
Kali ini MASKULIN ingin perkatakan tentang penampilan lelaki bermisai. Sebut sahaja misai pasti ramai yang terbayang penampilan A.Galak dalam siri TV dan filem aksi ‘Gerak Khas.
Tidak ramai lelaki berani menyimpan misai dan berkeksperimen dengan gayanya. Tapi tahukah anda sebenarnya terdapat ramai wanita yang suka kepada lelaki bermisai?
Berikut MASKULIN kongsi beberapa sebab mengapa dalam dia wanita sebenarnya suka lelaki bermisai.
ELEGAN
Lelaki bermisai boleh tampil lebih elegan dengan gaya pakaiannya yang tampak stailo. Misai mampu menjadikan lelaki nampak lebih sofistikated serta berkeyakinan tinggi. Ini salah satu karakteristik lelaki yang diidamkan oleh wanita.
LEBIH MATANG
Wanita mahu berdampingan dengan lelaki yang matang bukannya lelaki berlagak anak muda remaja yang nampak kebudak-budakan. Dalam kebanyakan budaya misai dianggap sebagai simbol kematangan seorang lelaki.
NAMPAK LEBIH MACHO
Lihat sahajalah karakter-karakter lelaki macho di dalam filem. Ramai di antaranya bermisai dengan lagak sangat macho. Lelaki bermisai tidak perlu bekerja keras untuk tampak segak dan macho di hadapan wanita. Cukup sekadar mengukirkan satu senyuman manis. Pasti ramai hati yang berdebar kencang.
KEMAS DAN RAPI
Seorang lelaki yang menjaga penampilan bermisai dengan baik secara tidak langsung menunjukkan bahawa dia seorang yang kemas. Biar nampak macam selekeh tapi sebenarnya lebih kemas berbanding orang lain.
DEFINISI KACAK
Bagi ramai wanita, lelaki bermisai membawa simbol kesuburan dan ketampanan. Misai juga menjadi indikasi bahawa seorang lelaki sudah berubah daripada remaja kepada lelaki dewasa. Jadi tidak hairanlah ramai yang mendefinisikan lelaki bermisai sebagai kacak.
Buat anda yang ingin menyimpan misai, lakukanlah dengan baik. Penjagaan rapi boleh membawa imej yang sangat baik kepada anda.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video gaya hidup lelaki terkini seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ingat! Masalah jerawat, kulit berminyak dan pori-pori terbuka boleh menyerang kulit wajah yang tidak dicuci dengan bersih.
Bagi mengelakkan kulit anda bermasalah, tolong stop lakukan 8 kesilapan ini masa cuci muka.
1. Pilih produk yang salah
Sebelum membeli produk pencuci muka, anda kena tahu jenis kulit anda terlebih dahulu. Pastikan anda guna produk pencuci muka yang bersesuaian dengan jenis kulit kerana setiap produk pembersih wajah mempunyai kandungan yang berbeza-beza.
2. Guna produk dengan bahan alergik
Produk kecantikan juga bersifat alergik pada kulit. Jika anda miliki kulit sensitif, sila baca label bahan produk terlebih dahulu dan bertanyakan kepada pakar sama ada ia sesuai ataupun tidak untuk anda membeli.
Jangan sembarangan membeli produk pencuci muka kerana jika tersalah, ia boleh menimbulkan masalah sekali gus merosakkan kulit.
3. Salah guna suhu air
Ada mitos mengatakan air panas berfungsi untuk membuka liang pori-pori kulit wajah manakala air sejuk pula untuk menutupi liang pori-pori. Sebenarnya air yang sesuai untuk anda mencuci muka adalah air suam. Wajah anda akan rasa lebih nyaman apabila menggunakan air suam.
Pengelupasan merupakan cara efektif untuk membuang sel-sel kulit mati. Pastikan anda menggunakan dua kali seminggu. Ia tidak boleh digunakan setiap hari kerana produk pengelupasan mempunyai tekstur skrub yang kasar.
Elak sental dengan kasar pada kulit kerana ia boleh merosakkan kulit. Sebaiknya sental dengan lembut agar segala sel kulit mati dapat disingkirkan.
Bilas wajah dengan cara yang salah
Jika dalam keadaan tergesa-gesa, anda cenderung untuk mencuci muka ala kadar sahaja. Perlu diingatkan, sisa-sisa sabun yang melekat pada kulit wajah jika tidak dibersihkan sepenuhnya boleh membuatkan liang pori-pori tersumbat dan kulit menjadi kering.
Selalunya bahagian wajah yang paling jarang dibilas adalah sekitar rahang, garis rambut dan hidung. Oleh itu, berikan perhatian di bahagian-bahagian ini agar keseluruhan kulit wajah anda dapat dibersihkan dengan sebaiknya.
Terlalu kerap cuci muka
Mencuci muka hanya boleh dilakukan dua kali sehari sahaja. Lebih dari itu, ia hanya akan merosakkan kulit dan menjadikan kulit anda lebih berminyak. Jika sudah dua kali anda mencuci muka dengan pembersih wajah tapi anda masih ingin mencucinya lagi, gunakan sahaja air suam untuk membersihkan wajah.
Cara salah mengeringkan kulit
Selepas membersihkan muka, gunakan sehelai tuala yang bersih untuk mengelap dan mengeringkan wajah. Teknik yang betul adalah dengan menepuk tuala secara lembut pada wajah dan bukannya menggosok tuala pada kulit wajah dengan kasar. Kesilapan ini akan merosakkan struktur kulit anda yang lembut, jadi elakkan.
Tak pakai krim pelindung matahari
Anda takut matahari boleh membuatkan kulit anda gelap. Tapi anda masih mengabaikan pemakaian krim pelindung matahari. Krim ini bukan sahaja mengelakkan kulit anda gelap, malah memberi perlindungan terhadap sinaran UV. Bagi menghindari kulit anda rosak dan bermasalah, pastikan anda pakai krim pelindung matahari sebelum keluar rumah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sempena musim cuti, jenama produk penjagaan kulit wajah The Ordinary meraikannya dengan set hadiah yang khusus mengikut keperluan kulit tertentu.
Penjagaan kulit wajah boleh menjadi sesuatu perkara yang rumit oleh kerana setiap kulit tidak mempunyai keperluan yang sama.
Oleh itu, The Ordinary tampil dengan pilihan set hadiah yang boleh dibeli begitu sahaja atau boleh ditambah dengan produk lain sesuai keperluan kulit masing-masing.
The Clear Set
Set ini merangkumi tiga langkah penjagaan kulit wajah untuk anda yang mempunyai kulit berjerawat.
Produk yang dimuatkan ke dalam set ini merupakan Glucoside Foaming Cleanser 50ml, Salicylic Acid 2% Solution 30ml dan Natural Moisturizing Fators + Beta Glucan 50ml.
Ketiga-tiga produk ini boleh didapati dengan harga RM95.00 satu set.
The Cleanser Discovery Set
Bagi anda yang belum pasti pencuci muka manakah yang sesuai dengan keperluan kulit anda, set ini adalah pilihan terbaik bagi anda.
The Cleanser Disvovery Set memuatkan tiga jenis pencuci muka bersaiz kecil.
Dengan ini, anda berpeluang mencuba ketiga-tiganya sehinggalah anda boleh menentukan pencuci muka manakah yang berbaloi untuk anda beli saiz penuhnya.
Glucoside Foaming Cleanser, Glycolipid Cream Cleanser dan Squalane Cleanser, ketiga-tiga nya boleh didapati dengan saiz 30ml.
The Most-Loved Set
Set ini merupakan koleksi mini untuk beberapa produk The Ordinary yang paling digemari ramai.
Antara produk kegemaran ramai yang dimuatkan di dalam set ini adalah Niacinamide 10% + Zinc 1% 15 ml, Hyluronic Acid 2% + B5 15ml dan Caffein Solution 5% EGCG 15 ml.
Dengan harga RM90, set ini sangat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan penjagaan kulit wajah atau mereka yang baru mencuba jenama ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.