Apabila kereta rosak, mulalah kita menyalahkan jenama kereta tersebut. Tak baguslah, kualiti rendahlah. Namun hakikatnya, daya tahan sesebuah kereta itu bergantung kepada cara kita menjaganya dan bukan disebabkan kualiti semata-mata.
Tambahan pula, bila dihantar ke bengkel macam-macam benda yang disuruh tukar walaupun tak perlu sebenarnya.
Bagi memastikan anda tidak mudah ditipu oleh pomen, jangan lupa ambil tahu tentang 20 perkara penting tentang kereta ini.
Minyak hitam yang bukan jenis sintetik perlu ditukar pada setiap perjalanan menjangkau 5,000km atau selama 3 bulan. Kalau minyak hitam jenis sintetik, berkemungkinan dalam jumlah perjalanan 7,500km sehingga 10,000km.
2. FILTER
Sama juga seperti minyak enjin. Minyak mineral biasa perlu ditukar selepas 5000km manakala minyak sintetik boleh ditukar apabila menjangkau 7500km hingga 10,000km Kebiasaannya, apabila menukar minyak enjin, anda juga disyorkan untuk menukar juga filter minyak (oil filter).
3. SPARK PLUG
Ditukar selepas 20,000 km perjalanan mengikut buku jadual penyelenggaraan. Jika anda menggunakannya sampai 30,000 hingga ke 40,000 km juga tidak menjadi masalah. Alatan ini bukan kritikal sangat. Tetapi kalau dah lebih 40,000 km tidak ditukar, “electrode” akan menipis, maka perlu ditukarkannya. Harga untuk 4 biji biasanya sekitar RM20.00 ke RM25.00.
4. BATERI KERETA
Selepas 18 bulan hingga 2 tahun, anda boleh menukar bateri kereta anda bergantung pada cara penggunaan. Jika anda sering membuat pengisian semula air suling bateri, ianya boleh bertahan sampai 2 tahun. Kalau selalu lupa refill dan selalu kering, dalam masa 6 bulan pun bateri boleh “kong”. Free maintenance battery lain pulak ceritanya. Tidak perlu “top up” air, tetapi hargaya mahal sedikit daripada bateri biasa.
Tip: Apabila beli bateri, jangan main hentam sahaja, kerana terdapat banyak barangan cetak rompak dipasaran. Jadi, belilah bateri kereta daripada jenama yg boleh dipercayai seperti BOSCH, dan juga CENTURY.
Bateri yang baik kebiasaanya lebih berat daripada bateri yang kurang baik.
Bila perlu ditukar? Biasanya selepas 60,000 km untuk kereta proton Wira, dan Proton Saga. Kereta Proton Waja boleh bertahan sampai 90,000 km dan Honda CRV pula mampu bertahan sehingga 160,000 km. Jadi anda hanya perlu menukar timing belt mengikut jenis kenderaan yang anda gunakan. Ramai orang tersilap kerana menukar timing belt hanya selepas 60,000km perjalanan walaupun sebenarnya ianya masih elok lagi.
6. CLUTCH PLATE
Cluth Plug ini kebiasaannya jarang ditukar ganti melainkan kereta anda mengalami simptom “cluth slipping” semasa sedang memandu.
7. FUEL FILTER
Anda boleh menukarkannya apabila perjalanan kenderaan mencecah setiap sekitar 40,000km. Harga peralatan ini dalam sekitar RM15.00 hingga RM20.00.
8. AIR FILTER (Filter Udara)
Perlu ditukar setiap 20,000km. Tetapi untuk mereka yang tukar kepada K&N type, anda sudah tidak perlu menukarnya lagi, cukup sekadar anda membersihkannya sendiri sahaja.
9. ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi kenderaan jenis AUTO. Dalam buku manual ada dinyatakan setiap 20,000 km perlu ditukar. Tetapi boleh dilanjutkan hingga 30,000 km kepada pengguna yang ingin berjimat. Jangan abaikan (contohnya tidak tukar lebih dari 30,000 km) kerana kerosakan kepada AUTO gearbox perlukan perbelanjaan yg besar. Kalau anda rajin tukar, kereta anda tidak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel.
10. GEAR OIL
Untuk mereka yg pakai manual gearbox, kereta anda tak perlu pakai ATF tetapi sebaliknya perlu gunakan Gear Oil. Ia boleh tukar dalam 60,000km perjalanan sekali.
Ads
11. BRAKE FLUID dan POWER STEERING FLUID
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000 km.
12. RADIATOR COOLANT
Harga sebotol adalah RM8 – RM15. Selalunya berwarna hijau! Setiap 60,000km bolehlah ditukar sekali. Jikalau air radiator anda berwarna jernih, maknanya guna air paip biasa sahaja dan tidak berapa bagus. Gunakanlah coolant, enjin lebih cepat panas dan juga tak mudah mendidih!
Belt-belt ni perlu ditukar sama waktu dengan timing belt, seandainya kita terlupa menukarkannya sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt Air-con dan juga alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana belt-belt ni letaknya diluar dan boleh nampak. Kalau bahagian “ribs”nya dah ada”crack-crack” yang halus. Maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan tunggu masa timing belt nak tukar, baru nak ditukar belt-belt ini.
14. MAINTENANCE SCHEDULE
Adalah diingatkan maintenance schedule yang ikut “km” atau masa “3 bulan”, “6 bulan” dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan. Maksudnya, benda yang kita tukar tu belum tentu rosak, tapi kita dah tukar. Preventive maintenance ni mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal dimasa akan datang!
15. MINYAK HITAM
Untuk minyak mineral, perlu ditukar selepas 5000 km ataupun 3 bulan, manakala minyak semi-sintetik utk 10,000km atau 6 bulan, dan minyak sintetik selepas 15-20,000 km atau 1 tahun. Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak “tidak berkualiti” yang disediakan oleh pengusaha atau mekanik bengkel.
Ads
Botol mungkin ada cap jenama Castrol, Shell, Petronas, Eneos dan lain-lain. Tetapi dalam tu sebenarnya adalah minyak murah “made in china”. Dlm satu hari ada beribu-ribu botol minyak hitam kosong wujud di bengkel-bengkel. Pengusaha bengkel tertentu mengarahkan pekerjanya untuk mengambil botol-botol kosong ini dan refill serta diletakkan seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih.
Adalah lebih selamat beli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.
16. MINYAK GEAR
Jika manual, perlu ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah gunakan gearbox treatment. Minyak gear ATF pula perlu ditukar setiap 20,000km. Sama seperti di atas.
17. FLUSH
Kalau dalam buku tiada dinyatakan, maka tidak perlu ditukar. Begitu juga dengan Air Filter. Coolant perlu tukar tiap-tiap 20,000km. Jika nak tukar tiap-tiap 50,000km pun boleh dengan syarat guna air suling or RO water. Timing belt ditukar setiap 80,000km.
Tapi pernah terjadi stretch sampai 110,000km(Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab menggunakan timing belt original Mitsubishi dan ia selalu inspect timing belt keretanya. Tiada merekah, “gigi” masih elok maka tak perlu ditukar. Aircond belt, altrnator belt, power steering belt – tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak rekahan.
18. WATER PUMP
Ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakan anda menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila anda menukar timing belt utk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump kerana hayatnya pun hampir tiba. Nak tukar water pump perlu buka timing belt terlebih dahulu. Jadi kalau dibuat pada masa yang sama, tiada caj tambahan dikenakan.
Spark plug ditukar setiap 20,000km. Ataupun selagi plastik di bahagian tengah masih berwarna putih dan tiada kesan terbakar. Jadi kena selalu check spark plug. Kalau spark plug anda berminyak, ianya bermaksud enjin sudah agak uzur dan perlu dioverhaul kerana piston ring sudah haus. Asap biru dibahagian ekzos juga adalah tanda piston ring haus dan minyak hitam terbakar.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah servis biasa tetapi servis major. Head gasket ditukar apabila minyak leaking dikawasan tersebut. Atau sekiranya berlaku coolant loss akibat daripada blown head gasket. Buat grind valve sekali. Kerja penyelenggaraan ini dikenali sebagai top-overhaul.
19. TOP OVERHAUL
Biasanya top overhaul tidak diperlukan kepada kereta bawah 7 tahun atau 200,000km. Tetapi ada juga yang mencapai perjalanan dalam 7-80,000km atau kurang 5 tahun sudah kena top overhaul kerana pemilik tidak cermat. Brake pad ditukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta berusia 3 hingga 4 tahun sekali. Minyak brake juga pun sama, brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya dua kali ganda jangka hayatnya.
20. ENJIN MEMBAKARAN
Pada asalnya, enjin pembakaran dalaman menggunakan camshaft yg di letak di dalam blok enjin. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timingbelt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Jadi adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, anda perlu menukar lebih awal, dalam sekitar 60,000km jarak perjalanan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Penggunaan atau pemasangan filem pada cermin kereta kini bukan lagi dianggap sebagai salah satu cara untuk mencantikkan ‘rupa paras’ kereta semata. Pemasangan filem atau tinted kini telah berubah menjadi satu keperluan yang sangat penting.
Kondisi cuaca di negara kita yang sering kali panas – terutamanya pada musim sekarang membuatkan penggunaan filem pada cermin kereta menjadi satu kewajipan. Tidak dapat dibayangkan memandu dengan kereta tanpa tinted di dalam kondisi cuaca panas ekstrem seperti sekarang. Bahang yang dirasakan pastinya tidak tertanggung!
Buat anda yang membeli kereta baru atau ingin menukar tinted terdapat beberapa perkara yang wajib anda tahu. Berikut MASKULIN kongsikan 10 perkara penting perlu nada tahu sebelum pasang tinted baru.
PERATURAN UDANG-UNDANG
Pastikan anda memahami undang-undang berkaitan warna tingkap kereta di negara anda. Setiap negara mempunyai peraturan yang berbeza mengenai tahap kegelapan yang dibenarkan untuk tingkap kereta.
TAHAP KEGELAPAN
Ketahui tahap kegelapan yang dibenarkan untuk tingkap kereta anda. Biasanya, undang-undang menghadkan tahap kegelapan tertentu yang dapat digunakan di tingkap hadapan, tingkap hadapan penumpang, dan tingkap belakang.
PENGELUAR DAN JENAMA FILEM
Pastikan anda memilih pengeluar dan jenama filem yang berkualiti tinggi. Filem yang berkualiti rendah mungkin memudaratkan jarak penglihatan dan ketahanan filem itu sendiri.
KUALITI FILEM
Filem yang berkualiti tinggi boleh menawarkan perlindungan terhadap sinar UV dan mengurangkan panas masuk ke dalam kereta. Pastikan filem yang anda pilih mempunyai ciri-ciri ini.
KUALITI PEMASANGAN
Pastikan pemasangan filem dilakukan oleh pengeluar yang mahir. Pemasangan yang tidak betul boleh menyebabkan gelembung, kesan mengelupas, atau masalah lain pada filem.
PERKHIDMATAN JAMINAN
Pastikan anda mendapatkan jaminan yang memadai untuk pemasangan filem. Ini penting jika anda menghadapi sebarang masalah atau kerosakan selepas pemasangan.
PENGLIHATAN MALAM
Peringatkan bahawa pemasangan filem yang terlalu gelap boleh mengurangkan penglihatan semasa memandu di waktu malam. Pastikan anda memilih tahap kegelapan yang sesuai yang tidak mengganggu penglihatan anda.
PERATURAN LAIN
Dalam beberapa negara, tahap kegelapan tingkap kereta yang terlalu gelap boleh menjejaskan penglihatan pemandu ketika melalui kawasan lapangan terbang. Pastikan anda mematuhi peraturan ini jika anda sering menggunakan pesawat terbang.
PERHATIKAN KERETA HADAPAN
Apabila memandu dengan tingkap yang ditinggalkan gelap, elakkan memandang terlalu lama ke belakang kereta di hadapan. Penglihatan yang terhalang boleh menyebabkan kecelakaan.
PENJAGAAN FILEM
Ambil perhatian khusus dalam menjaga dan membersihkan filem selepas pemasangan. Gunakan hanya produk yang disyorkan untuk membersihkan filem dan elakkan bahan-bahan yang boleh merosakkan filem.
Sekiranya anda ingin memasang filem pada tingkap kereta anda, disyorkan untuk berunding dengan pakar pemasangan filem untuk mendapatkan nasihat lanjut dan memastikan pematuhan undang-undang setempat.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda. Selamat mencuba!
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebaik model Yamaha NVX 155 dilancarkan ke pasaran tempatan, ramai pengguna kecewa dan sedikit marah. Dalam keterujaan menunggu model skuter berkenaan tiba, ia dimusnahkan dengan pengumuman harga yang agak mahal. Ramai peminat dua roda melontarkan ketidakpuasan hati di laman Facebook Sinar Turbo.
Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan harga NVX 155 ialah RM10, 500 seunit (termasuk GST). Menurut penulis, sebaik model ‘panas’ dari HLYM itu tiba ke pusat jualan, harga NVX 155 mampu mencecah RM13, 000 seunit.
Jika di Indonesia ditawarkan dengan tiga varian iaitu standard, varian R dan varian S. Malaysia hanya menawarkan spesifikasi tertinggi sahaja. Maka pengguna tempatan tiada pilihan lain.
Di sini penulis senaraikan sebab kenapa harga NVX 155 lebih mahal berbanding Yamaha NMAX:
1) SISTEM ABS
Jelas sekali NXV 155 di Malaysia ditawarkan dengan sistem ABS. Ciri ABS sebenarnya agak mahal dan menyumbang kepada peningkatan harga NVX 155. Anda perlu menambah kira-kira RM1000+ untuk motosikal yang dilengkapi dengan sistem ABS berbanding tanpa ABS.
2) SISTEM KUNCI PINTAR (KEYLESS)
Sistem ini sudah banyak digunakan pada kereta. Sistem tanpa kunci tidak memerlukan anak kunci untuk menghidupkan motor. Cukup anda menyimpan kunci pintar di dalam beg dan hanya memutar tombol penghidup yang disediakan pada kanan hendal. Sistem ini juga dilengkapi dengan immobiliser.
3) SISTEM STOP & START
Sistem stop dan start menyumbang kepada penjimatan bahan api. Ia akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
4) SISTEM PENJANA MOTOR PINTAR
Ciri ini mempunyai kaitan dengan sistem stop dan start yang mana ia akan memastikan enjin motosikal dihidupkan kembali secara lembut dan senyap dengan hanya sedikit putaran pada pendikit motosikal.
5) CIRI ANSWER BACK
NVX 155 dilengkapi dengan ciri Answer Back yang mana memudahkan pemilik mengesan motosikal di kawasan parkir. Dengan hanya menekan butang pada kunci pintar anda akan mendengar bunyi beep sekiranya berada berhampiran dengan motosikal.
6) SOKET KUASA 12V
Soket mengecas telefon diletakkan di ruang simpanan mini yang terletak pada sebelah kiri hendal.
7) SKRIN DIGITAL LCD 5.8 INCI
Model skuter supersport Yamaha didatangkan dengan skrin besar digital sepenuhnya. Sehingga informasi speedometer, odometer, baki minyak, takometer dan lain-lain mudah dibaca oleh pengguna.
8) TEKNOLOGI VVA
Dari segi mekanikal, NVX 155 dilengkapi enjin bersesaran 155cc SOHC , 4-lejang yang dipadukan dengan teknologi Variable Valve Actuation (VVA) dan sistem penyejukan cecair. Teknologi VVA itu mampu meningkatkan tindak balas enjin sehinggakan motosikal mampu memecut secara maksimum ketika pada kelajuan rendah hingga tinggi. Paling penting, skuter itu dilengkapi teknologi Blue Core.
KEKURANGAN NVX 155:
1) HARGA
Nah…tentunya kekurangan pertama soal masalah harga. Hal ini kerana harga NVX 155 dianggap mahal oleh pengguna Malaysia. Dan…mungkin anda di antara pembeli akan berfikir terlebih dahulu sebelum membelinya. Mahar yang perlu dibayar itu sememangnya sudah dinilai sesuai jika dibandingkan dengan spesifikasi dan teknologi yang ditawarkan. Bagaimanapun, ia bergantung kepada pengguna.
Jika anda menganggap harga berkenaan tidak berbaloi, masih banyak pilihan skuter lain di pasaran. Apa yang penting pengguna harus bijak membuat pilihan menepati bajet dan keperluan sendiri.
Secara peribadi, penulis berpendapat di Malaysia pengguna bukan bergantung kepada satu pengeluar, masih banyak lagi opsyen jenama yang lain. Tepuk dada, tanya selera.
2) MATERIAL PELANA
Posisi tempat duduk yang kurang selesa buat penumpang belakang dan material pelana yang sedikit licin di belakang akan menyebabkan pembonceng meluncur ke depan ketika penunggang membrek.
3) RUANG KAKI TERHAD
NVX 155 kurang selesa buat mereka yang tinggi terutamanya 180 sentimeter ke atas kerana bahagian lutut begitu rapat dengan ruang simpanan mini yang terletak di sebelah kiri hendal. Ini kerana penunggang tidak dapat melunjurkan kaki ke depan seperti gaya tunggangan santai NMAX. Sementara, NVX 155 lebih kepada gaya tunggangan skuter supersport. Tentunya kedua-dua skuter itu menawarkan sensasi tunggangan yang berbeza kerana memiliki konsep desain yang berlainan.
4) RUANG SIMPANAN
NVX 155 memiliki ruang simpanan yang terhad pada bahagian depan yang cukup berbeza dengan motor skuter yang lain.
Risiko yang paling ditakuti apabila berjalan jauh adalah kalau kereta rosak dekat highway dan ketika itu memang sukar mendapatkan bantuan.
Kalau setakat tayar pancit, OK lagi. Tapi kalau nak sampai enjin high temperature sehingga kereta rosak, yang ini masalah paling besar.
Ketika inilah muncul segelintir trak tunda yang entah dari mana datang dengan ‘bermurah hatinya’ untuk membantu anda.
Risau dipaksa mereka akan bawa kereta anda ke bengkel yang anda tidak tahu dan tidak begitu yakin? Jangan panik dan ikut langkah-langkah di bawah :
1. Hubungi PLUSRonda
Jangan terus ambil trak tunda yang ‘tidak diundang’ itu kerana sebagai pengguna lebuh raya anda berhak mendapat perkhidmatan tunda secara PERCUMA daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRonda. Mereka akan membawa anda daripada lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau plaza tol yang berhampiran. Bukan nak buruk-buruk keadaan tetapi sudah ramai pengguna mengadu penunda yang ‘tidak diundang’ ini selalunya sudah sediakan macam-macam bil untuk anda.
Apa yang perlu anda buat?
a) Nyalakan lampu kecemasan kenderaan
b) Dapatkan lokasi kilometer (lihat tanda km di tepi lebuh raya di setiap 100m)
c) Telefon nombor bantuan syarikat konsesi lebuh raya, contohnya PLUSRonda – 1800 88 0000 d) Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plet kenderaan
e) Nyatakan kerosakan
f) Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi
2. Maklumkan kepada syarikat insurans
Anda bayar insurans tiap-tiap tahun bukan? Anda perlu ingat polisi yang ditawarkan. Kalau sudah terlupa, rujuk semula kerana selepas kenderaan anda dihantar ke hentian R&R atau plaza tol terdekat, anda boleh menggunakan perkhidmatan tunda PERCUMA yang disediakan oleh syarikat insurans kenderaan anda ke bengkel yang anda kehendaki seperti pusat servis jenama kenderaan anda atau bengkel yang anda percayai.
Selalunya syarikat insurans menetapkan jarak yang berikan PERCUMA seperti 200km ataupun lebih, mengikut polisi yang ditetapkan. Sekiranya lokasi tersebut lebih kilometer seperti yang ditetapkan, maka kadar tertentu akan dikenakan sebagai contoh RM1.50/km. Ada juga syarikat insurans menyediakan tuntutan sewa teksi untuk pulang ke rumah dan ada juga syarikat insurans menawarkan tuntutan kos penginapan hotel yang ditanggung kerana kerosakan tersebut mengikut terma-terma tertentu.
Jadi baca polisi anda, ketahui hak anda sebagai pengguna.
Apa yang perlu anda buat?
Nyalakan lampu kecemasan kenderaan.
Hubungi nombor khidmat bantuan syarikat insurans anda seperti yang tertera pada polisi atau pelekat yang diberi (biasa kita tampal dengan cukai jalan tu).
Nyatakan lokasi kenderaan anda.
Nyatakan jenis kenderaan dan nombor plat kenderaan.
Nyatakan kerosakan.
Nyatakan nombor telefon untuk dihubungi.
Dengan mengikuti langkah-langkah selamat ini, anda akan terhindar dari ‘konspirasi’ penipuan tersebut. Dan ingatlah, ada juga kerosakan yang sengaja dicipta oleh ‘syaitan bertopengkan manusia’ semasa anda berhenti di hentian Rehat dan Rawat tertentu. Kedua-dua perkhidmatan tunda samada dari syarikat konsesi lebuh raya dan syarikat insurans beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu.
Jadi anda TIDAK PERLU RISAU ye!
Sumber : Wan Amir
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.