Kena Ambil 6 Makanan ‘Superpower’ Ini, Kalau Nak Perut Buncit Kembali Rata!

Share

Stres rasanya bila mengenangkan baju semakin sendat dan tak muat nak sarung gara-gara perut buncit. Jika ingin perut buncit kembali rata, anda kenalah rajin ambil makanan superpower ini.

Semua makanan superpower ini sebenarnya anda biasa makan, cuma mungkin tak berapa kerap. Jadi mulai sekarang, rajin-rajinkanlah mengamalkannya agar anda berjaya membuang lemak pada perut buncit dan kembali mendapatkan perut rata.

Ini 6 makanan superpower yang wajib anda makan.

Tomato

Tomato boleh dipelbagaikan cara hidangannya sama ada boleh terus dimakan begitu sahaja, dibuat jus, sos, masakan bergoreng atau berkuah, dibuat sambal goreng mahupun dijadikan salad. Buah tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin seperti A, C, K, Asid folat dan potasium.

Dengan pelbagai kandungan yang dimilikinya, mengamalkan pengambilan buah tomato akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda.

Tomato juga mengandungi ‘naicin’ dan kaya serat yang boleh menurunkan kolesterol jahat seterusnya menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh. Selain itu, tomato juga menjadi sumber vitamin B6 yang boleh menjaga sel-sel darah merah daripada kerosakan.

Ia juga kaya dengan kalium yang boleh menstabilkan tekanan darah. Mengambil jus tomato bukan sekadar menyihatkan, malah membuatkan anda kekal langsing!

Seledri

Ramai di kalangan kita tidak berapa suka makan seledri kerana aromanya yang agak kuat. Namun di sebalik bauannya itu, jika ia dicampurkan ke dalam menu masakan seperti sup, soto atau salad, akan membangkitkan selera. Batang saledri amat baik dan sihat kerana ia mengandungi rendah kalori, selain kaya dengan air dan serat.

Teh hijau

Banyak kajian yang menunjukkan teh hijau sangat berkhasiat, antaranya hasil kajian yang dijalankan di Jurnal Antarabangsa Obesiti, Polyphenol mendapati teh hijau dapat menjaga berat badan dengan lebih stabil dan boleh meningkatkan metabolisme.

Teh hijau juga antara penyelesaian yang dicari bagi kebanyakan orang dalam program pengurusan badan. Beberapa kajian membuktikan ekstrak cannatic dan asid gymnemic dalam teh baik untuk mengurangkan keinginan anda untuk mengambil makanan manis.

Selain itu, teh hijau juga membantu melancarkan penghadaman dan menstabilkan kandungan gula dalam darah serta suhu badan.

Limau gedang

Beberapa hasil penyelidikan telah menunjukkan buah jenis ini sangat baik dalam menentang lemak kerana mengandungi bahan khusus untuk membakar lemak dalam tubuh.

Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan di Scripps Clinic terletak di La Jolla, California yang mana pengkaji tersebut mendapati bahawa pengambilan separuh daripada limau gedang sebelum menikmati makanan mampu menurunkan berat badan.

Namun, menikmati grapefruit atau limau gedang itu sendiri lebih baik untuk memperoleh khasiat yang sepenuhnya.Ini kerana limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.

Separuh daripada limau gedang hanya mengandungi tiga kalori. Limau gedang mengandungi asid sitrik yang dapat mengurangkan kalori terkandung dalam makanan yang kita makan. Selain itu limau gedang juga mengandungi vitamin C yang baik untuk badan.

Cuka

Cuka memang mempunyai banyak khasiat sejak dulu lagi malah digunakan sebagai tonik kesihatan sejak beribu tahun oleh masyarakat Greek dan Mesir. Pengambilan cuka sebanyak satu sudu teh dikatakan, melambatkan rasa lapar kerana ia akan melambatkan proses pencernaan zat tepung.

Bau cuka mungkin kurang disenangi tetapi khasiatnya banyak termasuk mencegah dan menyembuhkan pelbagai penyakit, seperti kanser, jantung, arthritis, alergi, gangguan pencernaan serta memecahkan molekul lemak.

Cuka juga sudah terbukti membantu menurunkan berat badan. Bahkan, selain sebagai campuran bagi melazatkan makanan, cuka juga cairan pembersih dan pengawet makanan alami.

Bagi umat Islam, cuka adalah makanan sunnah Nabi Muhammad SAW dan Rasulullah memakan roti bercicahkan cuka dan minum cuka bercampur air sejam sebelum menjamah sebarang makanan.

Halia

Sejak zaman berzaman, halia sering digunakan untuk melegakan rasa loya, masalah sukar penghadaman, arthritis, melegakan masalah kekejangan perut dan membantu melancarkan peredaran darah.

Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.

Selain dalam masakan dan minuman, halia juga banyak digunakan dalam perubatan tradisional yang menggunakan campuran herba. Sehingga kini ada 30 hingga 40 spesies halia yang direkodkan digunakan dalam perubatan tradisional.

Bagi yang ingin menurunkan berat badan, bolehlah mencuba mengamalkan petua ini. Kisar tiga inci halia dengan setengah cawan air. Tapis dan perah sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan meminumnya sebelum tidur.

Published by
Kim Rahim