Rasuah bukanlah penyakit sosial yang baru sahaja wujud. Malah ia telah muncul sejak ribuan tahun lamanya dalam pelbagai jenis bentuk. Apa sahaja yang dilakukan dengan tidak mendukung amanah dengan menerima suapan dalam bentuk wang, barangan atau kedudukan boleh dianggap sebagao rasuah.

Kempen ‘Rasuah Buster’ yang merupakan inisiatif terkini yang didukung oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangraf, Datuk Husammuddin Yaacub yang mengajak seluruh rakyat Malaysia turut serta dalam gerakan membanteras gejala tidak bermoral ini.

Terbaru, beliau menerusi #RasuahBuster melancarkan kempen ‘MAK KATA JANGAN’ di peringkat nasional. Mungkin anda sendiri tertanya-tanya akan maksud serta signifikasi nama kempen tersebut.

Menurut Husammuddin, Ibu adalah amat istimewa. Mereka sanggup mengorbankan segala kemahuan sendiri demi memenuhi kehendak kita, Kita tidak perlu bersusah payah mendapatkan kasih dan sayang seorang ibu.

Seorang ibu mengasihi anaknya tidak kira siapa mereka, kaya atau miskin atau apa pun jua keadaannya. Walaupun mereka marah, kemarahan itu keluar dari kemurnian hati mereka dan atas dasar ambil berat terhadap kita. Ibu adalah insan terakhir yang kita ingin kecewakan.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rasuah Busters (@rasuahbusters)

“Kami ingin menjadikan ‘Mak Kata Jangan’ sebagai budaya dan rutin dalam kita mencegah diri dari mengambil atau memberi rasuah kebiasaan. Sebaik berdepan dengan peluang dan kemungkinan melakukan salah laku rasuah, ingatkan diri kita bahawa “Mak Kata Jangan”. Bukan sekadar itu, Mak Kata Jangan juga boleh menjadi peringatan kita kepada orang lain sekiranya mereka pula ditawarkan dengan rasuah,” tambahnya lagi.

IKLAN

BAHAN KEMPEN

Menerusi kempen ini, sebanyak 3 bahan utama kempen dilancarkan dalam bentuk video. Ia hadir dalam video Bahasa Melayu, Tamil dan Kantonis serta disokong oleh bahan-bahan lain dalam bentuk e-poster dan meme.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rasuah Busters (@rasuahbusters)

IKLAN

Teras utama kempen adalah menyeru rakyat Malaysia yang prihatin dan ambil peduli tentang pentingnya membanteras rasuah dan turut sama-sama menyebarkan dan memproosikan video serta apa jua material yang boleh memberi impak. Sasaran utama kempen adalah menjadikannya tular dalam pelbagai latform dan landasan media.

Kesemua video dan pelbagai bahan boleh didapati di www.MakKataJangan.com atau www.rasuahbusters.com. Penggunaan tandar pagar #RasuahBusters dan #MakKataJangan juga amat digalakkan.

Sama-sama kita menyokong kempen yang bukan sahaja memberikan impak pada masa sekarang tetapi generasi anak cucu di masa akan datang.

Ingat, MAK KATA JANGAN!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI