Bermula minggu hadapan dijangkakan ratusan ribu kenderaan akan mula keluar dari ibu kota Kuala Lumpur dan juga bandar-bandar besar yang lain sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Seiring dengan itu ramai pengguna terutamanya pemilik kenderaan sudah mula meracang untuk melakukan servis. Menyahut seruan Kerajaan Perpaduan, PROTON turut serta memperkasakan servis mampu milik dengan pengenalan Kempen PROTON Rahmah.
Pada Rabu lalu, PROTON melancarkan Kempen Proton Rahmah 2023 untuk menggalakkan pemilik menghantar kenderaan mereka ke pusat servis yang bertauliah bagi pemeriksaan keselamatan 40 mata percuma dan pakej servis berharga RM150.
Kempen yang bermula hari ini hingga 31 Mei itu dilancarkan bagi menyahut inisiatif kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pemilikan kenderaan adalah penting untuk kehidupan seharian ramai rakyat Malaysia dan perbelanjaan yang berkaitan dengannya.
Ads
Ia termasuklah seperti pembayaran balik pinjaman bank, minyak, tol dan penyelenggaraan adalah komponen utama perbelanjaan isi rumah.
Beliau berkata, menerusi pelancaran kempen itu, pemilik Proton terutama golongan B40 akan dapat memeriksa kenderaan mereka secara percuma dan membeli pakej servis mampu milik, yang akan meringankan beban kewangan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
“Saya berbesar hati kerana Proton merupakan syarikat automotif pertama yang menyokong inisiatif kerajaan, dan saya berharap jenama lain akan mengikutinya untuk mengurangkan kos sara hidup mereka yang paling memerlukannya,” katanya ketika melancarkan kempen itu di sini, pada Rabu.
Ads
Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Roslan Abdullah berkata, keputusan Proton untuk melancarkan kempen itu adalah selaras dengan usaha syarikat untuk menawarkan nilai tambahan kepada pelanggan dan penting untuk menyediakan produk dan perkhidmatan mampu milik kepada orang ramai.
“Kempen inklusif ini memastikan kos dikongsi secara sama rata antara Proton Edar dan pengedar kami sebagai sebahagian daripada aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan kami berharap dengan kempen ini, pemilik digalakkan servis kereta mereka di pusat servis yang bertauliah sebelum memulakan perjalanan balik kampung semasa tempoh perayaan,” katanya.
Ads
Kempen Proton Rahmah 2023 menyasarkan kepada pemilik Proton Persona, Proton Iriz, Proton Exora, Proton Saga, serta model-model terdahulu termasuk Proton Inspira, Proton Waja dan Proton Wira.
Jadi buat anda pemiliki kereta Protonyang layak jangan lupa untuk rebut peluang ini ya.
Jom subscribe YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Sumber: Bernama
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Berdasarkan kepada satu kajian yang dijalankan di University of Georgia, minyak ikan memang kaya dengan DHA. Ia dipercayai berupaya menghentikan penukaran pra sel lemak ke dalam sel lemak hingga mengurangkan fokus lemak secara keseluruhannya.
Sebelum itu, kajian turut menunjukkan bahawa pengambilan kapsul minyak ikan yang diikuti dengan senaman yang teratur boleh menurunkan lebih banyak lemak berbanding senaman tanpa bantuan dari minyak ikan.
MENYIHATKAN MATA
Dipercayai, pengambilan ikan dalam diet harian mampu memperbaiki masalah penglihatan. Ia mampu mencegah penyakit glaukoma dan sindrom mata cepat kering. Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa individu yang mengambil setidak-tidaknya dua jenis ikan seminggu berisiko rendah diserang masalah kebutaan di usia muda berbanding individu yang tidak pernah makan ikan.
RESIPI AWET MUDA
Ikan yang diambil dalam kuantiti betul mampu memperbaiki sekali gus memelihara kulit agar sihatdan berkeadaan baik. Berita baik bagi yang kerja di site ataupun kerja luar yang takutkan sunburn kerana pada masa yang sama, ia dapat menjaga kulit dari rosak akibat pancaran sinaran matahari.
Satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Lipid Research, asid lemak omega 3 EPA yang ditemui di dalam minyak ikan berupaya mencegah masalah kulit menjadi tua dan melambatkan proses muka berkedut seperti Jennifer Lopez yang sentiasa nampak awet muda walaupun umur dah 45 tahun.
KURANGKAN RISIKO PENYAKIT KANSER
Omega 3 yang terdapat di dalam ikan dikatakan mampu mencegah penyakit kanser yang berbahaya iaitu payudara dan prostat. Kandungan minyak ikan tersebut juga secara tidak langsung membantu pesakit untuk meringankan derita penyakit hiperlipidermia.
CERGASKAN OTAK
Asid lemak omega 3 sangat bagus untuk perkembangan otak. Ia secara tidak langsung membantu untuk meningkatkan fokus anak-anak serta orang dewasa mengenai sesuatu perkara. Terdapat satu kajian menyatakan bahawa, pengambilan minyak ikan berupaya mengukuhkan tahap memori seseorang tak kiralah sama ada bayi atau kanak-kanak.
RENDAHKAN TEKANAN DARAH
Minyak ikan mampu menurunkan kadar tekanan darah tetapi anda tidak digalakkan mengambilnya secara berlebihan. Memadailah dengan satu hingga dua sudu sehari bagi mengoptimumkan tahap kesihatan.
MELEGAKAN MASALAH KERADANGAN
Minyak ikan mempunyai sifat anti-inflamasi. Kerana itulah ia cukup efektif bagi mengurangkan masalah radang dalam darah. Asid lemak omega 3 khususnya EPA banyak ditemui dalam minyak ikan sekali gus memberi kesan yang positif untuk meredakan radang sendi, radang prostat dan radang pundi kencing.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebagai seorang anak, pastinya kita mengidamkan untuk menghujani ibu bapa kita yang telah banyak berkorban dengan kemewahan sebagai salah satu cara menghargai serta berbakti kepada mereka.
Nikmat berbakti itu ternyata dapat dilaksanakan oleh pelawak Zizan Razak yang menghadiahkan ibunya Anai Ibrahim sebuah kereta mewah Mercedes Benz GLC300.
Memetik laporan Sinar Harian, detik mengharukan itu dirakam oleh abang pelawak itu, Hafiza Razak menerusi akaun TikTok miliknya yang turut berbangga melihat kejayaan adiknya itu.
“Senjata kejayaan seorang anak adalah berkat doa ibu yang hebat dan hebatnya seorang anak adalah dari hasil didikannya,” tulis Hafiza di ruangan kapsyen.
Menerusi video berdurasi tiga minit 11 saat itu, Zizan bersama abangnya terlebih dahulu membawa ibu mereka ke sebuah pusat pameran kereta jenama mewah, kononnya untuk melihat sementara menanti waktu berbuka puasa.
Dalam video berkenaan, ibu mereka dilihat merakamkan beberapa buah kenderaan di situ dan mengakui menyukai kereta tersebut.
“Seri (jurujual) ajak lihat baru, kot-kot berkenan. Yealah nak tunggu waktu berbukakan, apa salahnya tengok. Bukan kena bayar pun, tapi waktu ini ibu langsung tak perasan apa-apa.
“Mungkin masa ini, hati ibu berkata, bertuahnya orang yang dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsinya.
Keadaan bertukar sebak apabila Anai menyedari kereta berkenaan adalah miliknya, sehingga menitiskan air mata.
“Alhamdulillah, Along bangga dengan adik sebab banyak tolong kami.”
“Kami sayang awak, adik,” tulis Hafiza.
Tinjauan di internet mendapati, harga kereta berkenaan boleh mencecah RM 378,888.
Hasrat Abang Kelak Balas Kejutan Untuk Zizan
Hafiza yang sebelum ini pernah menerima hadiah berupa sebuah motor dari adiknya itu turut berjanji untuk membuat kejutan istimewa buat Zizan suatu hari nanti.
“Sayangilah ibu kita… Cintailah ibu kita.
“Along dan ibu sudah diberi kejutan (oleh Zizan). Insya-ALLAH suatu hari nanti adik akan kena kejutan juga. Doa-doakan ya,” titipnya.
Ramai warga maya turut terharu menonton klip video itu, sekaligus mendoakan Zizan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah atas budi terhadap ibunya itu.
Hanya dengan campuran bahan semula jadi, kini masalah perut buncit anda akan selesai. Jom cuba sekarang!
Petua 1 (Daun lidah buaya dan asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.
Petua 2 (Asam jawa)
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.
Petua 3 (Limau nipis dan kapur sirih)
Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J )
Petua 4 (Teh cina dan limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.
Petua 5 (Limau nipis & air)
Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.
Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)
Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.