Kumpulan penjagaan penglihatan terkenal Focus Point hari ini melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) Pada Hari Penglihatan Sedunia 2017 – “Make Vision Count” yang holistik bertujuan untuk menggalakkan penjagaan mata dan penglihatan memandangkan kes kecacatan penglihatan dan masalah mata semakin meningkat di negara ini.
Hari Penglihatan Sedunia (WSD) ialah inisiatif global untuk meningkatkan kesedaran terhadap kebutaan dan kecacatan penglihatan yang boleh dicegah. Kira-kira 285 juta orang di seluruh dunia hidup dengan tahap penglihatan rendah dan kebutaan. Sebanyak 4 daripada 5, yang bermakna 80% daripada kes buta atau kecacatan penglihatan di dunia sebenarnya boleh dicegah, sama ada dengan pengesanan masalah mata lebih awal atau menyembuhkannya dengan rawatan atau pembedahan, atau boleh diselesaikan hanya dengan sepasang cermin mata menurut preskripsi.
dianggarkan 15,000 orang di seluruh negara mempunyai tahap penglihatan rendah berdasarkan perangkaan yang diperolehi daripada hospital kerajaan. Antara faktor yang menyebabkan masalah tahap penglihatan rendah ialah penyakit seperti glaukoma, diabetes (kencing manis), keuzuran berkaitan usia, katarak, penyakit retina dan kesilapan refraktif tidak berbetul.
Menurut Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Focus Point Holdings Berhad, Dato’ Liaw Choon Liang, WSD merupakan satu acara yang sangat bermakna bagi Focus Point kerana ia selari dengan nilai-nilai teras dan model perniagaan syarikat untuk membolehkan manusia melihat dengan lebih baik. “Tahun ini ialah tahun ke-6 berturut-turut acara WSD dianjurkan. Kami teruja dan bangga untuk menjadi sebahagian daripada usaha global ini.
“Acara ini juga selaras dengan falsafah syarikat kami yang berusaha menabur bakti kepada masyarakat,” kata Dato’ Liaw.
Ads
Tema Hari Penglihatan Sedunia tahun ini – “Make Vision Count” membawa pengertian bahawa kita boleh menangani kebutaan atau kecacatan penglihatan yang boleh dicegah dengan memberikan pendidikan yang sewajarnya dan pengetahuan yang berguna kepada orang ramai – kerana “Pengetahuan ibarat Kuasa.”
Semua orang perlu memainkan peranan untuk menjamin keberkesanan penjagaan mata. Ini termasuk mereka yang ada kaitan atau terbabit dalam penjagaan mata: ahli oftalmologi, ahli optometri, jururawat oftalmik, penderma, pesakit, penjaga, dan juga ahli keluarga.
Ads
Satu daripada kebimbangan global ialah peningkatkan miopia (rabun jauh) yang menjejaskan ramai kanak-kanak dalam usia persekolahan dan semakin menjadi isu kesihatan utama pada zaman sekarang. Pada tahun 2010, lebih 28% daripada penduduk dunia dibelenggui masalah Miopia. Bilangan ini dijangka meningkat kepada 34% menjelang tahun 2020 dan hampir 50% menjelang 2050.
Oleh sebab miopia bermula awal, kanak-kanak dalam usia persekolahan berdepan dengan risiko. Keupayaan kanak-kanak untuk belajar boleh terganggu teruk jika mereka tidak mempunyai penglihatan yang jelas. Ramai kanak-kanak yang bermasalah mata tidak sedar bahawa penglihatan mereka tidak normal. Satu-satunya cara untuk mengetahui ialah dengan menjalani ujian penglihatan atau pemeriksaan mata secara betul semasa kecil.
Ads
Peningkatan miopia sewajarnya membimbangkan kita semua kerana miopia tahap tinggi meningkatkan risiko keadaan yang mengancam penglihatan seperti ketanggalan Retina, Degenerasi Makular Miopik, Katarak dan Glaukoma apabila dewasa.
Academy of Art & Design telah dijemput untuk membantu menghidupkan tema “Make Vision Count” dengan mencipta ukiran mata 3D untuk menggambarkan realiti penjagaan mata.
Serentak dengan ini, Focus Point juga menganjurkan majlis penyampaian sumbangan untuk membantu dua organisasi yang memperjuangkan penjagaan mata di Malaysia. Focus Point mendermakan 1,000 pasang bingkai cermin mata kepada Kelab Lions KL Bukit Kiara dan menyampaikan sumbangan wang tunai RM5,000 kepada Persatuan Orang Buta Malaysia.
Untuk orang ramai, Focus Point mengadakan pemeriksaan mata diagnostik secara percuma. Dr. Chin Pik Kee daripada Sunway Medical Centre dan Dr. Helen Tan Chen Chen daripada Centre of Sight juga berkongsi kefahaman tentang penjagaan mata pada Ahad akan datang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terharu rasa hati bila baca perkongsian kisah selipar dari lelaki ini. Kisahnya mengajar kita betapa untungnya kita berbuat baik kepada sesama insan agar dunia ini menjadi lebih baik dan dipenuhi dengan orang yang baik-baik. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
TERNAMPAK pakcik ini menggigil dalam tren kesejukan sebab hujan. Dia berkaki ayam saja.
Ada sekumpulan perempuan ini, diorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus pada kaki pakcik itu sambil ketawa sesama sendiri.
Saw this pakcik earlier menggigil dalam train sejuk sebab hujan. Berkaki ayam je.
Ada satu group perempuan ni dorang buat story superzoom (tak perlahankan pun audio), fokus kat kaki pakcik tu sambil ketawa sesama dorang.? pic.twitter.com/cyF3uDzCg0
Saya kasihankan pakcik ini tetapi nak bertanya, takut juga sebab pada mulanya aku fikir dia ini mungkin ada masalah ke apa, kan. Tetapi selepas sampai satu stesen itu, tempat duduk di sebelah saya berdiri ini kosong, jadi pakcik itu tadi duduk di situ. Betul-betul di sebelah saya. Waktu itu saya fikir banyak kali juga, nak tanya ke tak?
Selepas hampir dua minit berfikir, saya tanya sajalah. Saya memang jenis lambat buat keputusan kalau bab nak menegur orang yang tidak dikenali ini.
Okay, pertama saya terkejut sebab pakcik itu normal dan bukannya tak betul seperti apa yang saya fikirkan (negatif betul). Kemudian terkejut rupanya selipar dia hilang sebab dihanyutkan arus longkang ketika solat maghrib.
Kali ini aku tak fikir lama-lama, terus aku keluarkan selipar dari dalam beg dan beri kepada pakcik itu. Tapi masa nak bagi itu saya terfikir kalau saya beri selipar saya, habislah kasut saya basah nanti nak redah hujan naik motosikal.
“Ah! Basah pun basahlah, dah ada niat nak tolong dia.”
Pakcik itu bila dia ambil selipar itu, muka dia macam bahagia ke apa entah. Tetapi dia tak tundukkan kepala dia dah. Mungkin tadi segan dengan orang yang ketawakan dia sambil rakam video.
“You look good and handsome now, pakcik. Hahaha!”
Tiba-tiba datang seorang makcik ini pula. Dia datang ke sebelah saya dan tegur saya.
“Dik, nah akak bagi ‘gula-gula’ kat adik sebab tolong pakcik ini. Kasihan pakcik itu sejak tak ada selipar. Yang lain semua ketawakan dia,” katanya.
Masa itu budak-budak perempuan yang buat story itu diam saja. And guess what, ini ‘gula-gula’ yang makcik itu maksudkan. Dia bagi duit weh! Bapak banyak! Nak tolak, dia tak bagi. Pakcik yang dapat selipar tadi pun syorkan saya ambil saja pemberian makcik itu. Jadi saya terima sajalah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagasi atau lugage memang kerap kita guna bila travel atau balik kampung. Selalu terjadi roda bagasi ini akan rosak bila dah selalu digunakan. Sama ada tercabut atau pun pecah.
Roda pecah, tinggal bahagian dalam saja. Ini kerosakan yang biasa berlaku.
Kalau hantar di kedai atau pusat servis untuk baiki boleh cecah RM60 untuk satu roda saja. Kalau sudah empat yang rosak dah RM180 dah sama harga dengan beg. Jadinya lebih baiklah kita baiki sendiri.
Caranya beli roda gantian di online dan DIY. Roda bagasi ini boleh dibeli di Shopee. Tapi pastikan dulu saiznya sama ya. Klik SINI untuk beli.
Cara baiki
Ukur dulu roda bagasi asal sebelum beli.
2. Potong bahagian yang menyambungkan roda untuk mengeluarkan roda lama.
Tilam menang jarang orang beli dan tukar setiap minggu atau bulan. Jadi nak tak nak hadap jela tilam yang berbau kepam dan penuh ‘peta’ itu.
Nah kami kongsikan 6 trik muda yang boleh membantu korang membersihkan kotoran pada tilam sebelum berbau kepam.
1. Serap kotoran dengan kain
Sekiranya anda perasan ada anak baru terkencing cepat-cepat bertindak. Buka cadar dan ambil kain atau tisu dan serap sebanyak mungkin air kencing.
2. Guna sabun pencuci
Kemudian ambil sabun pencuci jenis cecair dan ratakan pada bahagian yang terkena air kencing. Selepas itu tekan dengan kain atau tuala kering untuk menyerap lembapan.
3. Cuka
Kalau terasa masih ada bau hancing pada tilam boleh cuba guna cuka pula. Caranya ambil cuka putih yang biasa kita guna untuk masakan lalu tuang pada kain. Tekan-tekan pada bahagian yang tercemar lebih kurang 10-15 minit. Cuka memiliki tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria dan kuman yang juga jadi penyebab bau busuk.
4. Soda bikarbonat
Selepas cuci dengan cuka atau sabun taburkan pula soda bikarbonat pada tompokan air kencing. Ia akan menyerap bau dan kotoran yang tertinggal. Untuk kesan lebih baik, biarkan semalaman kemudian vakum tilam tadi.
5. Jemur
Sekiranya tilam agak ringan cuba angkat dan jemur di bawah sinar matahari. Jika tak dapat melakukannya kerana tilam berat, buka kipas dan tingkap untuk memastikan tilam betul-betul kering. Jangan lupa terbalikkan tilam dan keringkan bahagian satu lagi.
6. Sembur penyegar
Supaya tilam berbau segar boleh sembur dengan penyegar. Pilih bau citrus, epal atau lavender.
Selamat mencuba!
Jangan lupa untuk subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.