Kempen Levi’s Ramadan 2020 Serlahkan Dua Artis Kaliber, Noh Salleh & Daiyan Trisha

Share

Setiap tahun Levis’ Malaysia tidak pernah gagal menampilkan kempen sempena ketibaan bulan Ramadan dan juga menjelang tibanya Syawal.

Untuk tahun ini, Levi’s tampil dengan tema ‘Aksimu Berbicara’ yang dijatakan oleh dua artis berpengaruh iaitu Noh Salleh dan Daiyan Trisha. Menariknya, mereka turut mengeluarkan sebuah video muzik menarik berjudul sama

‘Aksimu Berbicara’ merupakan lagu yang ditulis dan digubah bersama oleh Noh Salleh dan Daiyan Trisha. Ia diinpirasikan daripada pengalaman peribadi mereka berdua dengan memperlihatkan bagaimana nilai-nilai intrinsik yang dipegang selama ini mampu dimanifestasikan kepada tindakan yang menjurus ke arah kebaikan, empati dan belas kasihan.

SEBARKAN KEBAIKAN

‘Aksimu Berbicara’ adalah mesej ringkas untuk menggalakkan penonton kami melakukan perkara-perkara dengan penuh bersemangat dan belas kasihan.

“Tidak kira apa jua pendidikan mahupun lokasi, apa yang mengikat kita sebagai komuniti adalah nilai berkongsi untuk terus menyebarkan kebaikan, harapan, keberanian dan kebersamaan – ia perkara asas dalam Aksimu Berbicara (let your actions speak), ” jelas Daiyan.

EKSPRESI DIRI

Sebagai lambang ekspresi diri dan semangat perintis sejati, Levi’s® Brand memberikan cabaran baru kepada rakan-rakan lamanya, Noh Salleh dan Daiyan Trisha, bagi menggabungkan gaya muzik mereka tersendiri lalu mencipta satu nukilan muzik yang lengkap.

“Bagi mereka yang terbiasa dengan ritma saya dan Daiyan, anda tentu dapat membezakan gaya muzik kami. Kala kami menerima panggilan daripada Levi’s Malaysia, kami serta-merta melihat ia sebagai peluang terbaik untuk mengenepikan perbezaan muzik kami, dan memberi tumpuan kepada perkara yang menyatukan kami bersama – cinta kami pada muzik, keupayaan kami untuk mengekspresikan diri, dan sudah tentunya nilai-nilai yang dikongsi bersama,” tambah Noh Salleh.

Padanan Levi’s meraikan gaya cool dan individualiti, dan koleksi baharu Ramadan 2020 ini juga menampilkan impak yang sama. Bagi lelaki, kemeja rona lembut dengan seluar jeans Performance COOL atau chinos cetusan penampilan ’90-an sudah berupaya memberikan stail berbeza.

Antara koleksi terbaru untuk lelaki.

Sementara itu, gaya ’90-an serba feminin juga untuk si wanita, dalam usaha menyemarakkan semangat pengembaraan. Bersedialah dengan padanan klasik kegemaran yang dikemaskinikan, bagi memberi ilham kepada kepelbagaian gaya di musim perayaan ini.

Published by
Farizul Izwany