Kempen Kanser Prostat Dengan Tema “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”

Share

Tahukah anda yang kanser prostat merupakan kanser yang paling kerap berlaku di kalangan lelaki? Memetik portal rasmi MyHealth, penyakit ini tidak menghasilkan gejala di peringkat awal, malah sesetengah darinya tidak memerlukan rawatan.

Disebabkan ianya tidak bergejala di peringkat awal, kebanyakan kes kanser prostat dikesan apabila ianya sudah di peringkat yang lebih teruk dan memerlukan rawatan khusus.

Oleh itu, amatlah penting bagi lelaki untuk mempunyai kesedaran seawal mungkin mengenai penyakit ini bagi membolehkan sebarang risiko dikesan seawal mungkin.

Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.

Tema “Kuasa MASKULIN”

Dengan tema “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.

Tema “Kuasa MASKULIN” di sini bermaksud memberi penekanan kepada kekuatan dan keberanian lelaki untuk menghadapi penyakit ini dan menggalakkan mereka untuk tidak takut melakukan pemeriksaan kesihatan.

Hal ini kerana stigma mengenai penyakit ini serta pemeriksaan masih wujud, dan perkara inilah yang cuba untuk diatasi menerusi kempen ini agar lelaki lebih terbuka untuk berbicara mengenai isu ini dan mencari bantuan perubatan yang diperlukan.

Melalui tema “Kuasa MASKULIN”, kempen ini juga bertujuan untuk memperkuat peranan lelaki dalam masyarakat sebagai individu yang kuat, berani dan mampu menghadapi cabaran termasuklah seperti kanser prostat.

Secara keseluruhannya, penggunaan kata “kuasa” dalam tema ini dimaksudkan untuk menginspirasi dan memberdayakan lelaki untuk mengambil tindakan proaktif terhadap kesihatan mereka, dan untuk menunjukkan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kanser prostat.

Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.

Wang Tunai RM1000 Menanti Anda

Selain itu, anda juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1000 menerusi Prostate Fact Challenge.

Anda hanya perlu memuat naik video perkongsian fakta mengenai kanser prostat berdurasi satu hingga tiga ke laman Tiktok.

Published by
Ruszaini Ruslan