KEMBAR BMW G310R BAKAL MELAKUKAN KEMUNCULAN PADA MAC 2018

Share

Masih ingatkah model TVS Akula 310?. Jentera tersebut dipamerkan pada Auto Expo 2016 di India. Berita terkini dari Indianautosblog menyatakan model berkenaan akan dilancarkan sebelum Mac 2018.

Difahamkan versi produksi TVS Akula 310 akan dinamakan sebagai TVS Apache RR 310S. Menurut jurucakap syarikat TVS Motor, mereka mengakui berlakunya kelewatan dalam memperkenalkan model berkenaan.

“Tetapi kami berada di landasan yang betul untuk melancarkan model berkenaan pada separuh kedua tahun ini.

“Motor itu telah dikesan beberapa kali, dan bulan lepas paten reka bentuk model itu juga bocor. Apabila dilancarkan, TVS Apache RR 310S akan menjadi produk paling berkuasa dari TVS,” jelasnya.

TVS Apache RR 310S dibangunkan berasaskan model BMW G310R. Begitu juga bahagian enjin. TVS Apache RR 310S menggunakan enjin 313cc DOHC silinder tunggal yang berupaya menghasilkan kuasa 34hp pada 9,500rpm dan tork 28Nm pada 7, 500rpm.

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan. Bagaimanapun difahamkan enjin Apache RR 310S ditala bagi menghasilkan kuasa tambahan sesuai dengan karakter motosikal tersebut.

Dari segi suspensi, TVS Motor memilih fork terbalik di depan dan monoshock di belakang. Bahagian rim pula menggunakan rim yang sama dengan G310R bersaiz 17 inci.

Harga jualan model berkenaan dianggarkan RM 13,184 seunit.

Foto Kredit: indianautosblog.com

Published by
webadmin