Semalam negara dikejutkan dengan berita penemuan mayat seorang lelaki di Sungai Kelang, yang akhirnya telah disahkan identitinya iaitu Nidza Afham Mokhtar, penyanyi berusia 23 tahun yang dilaporkan hilang kelmarin.
Oleh yang demikian, gambar mayat Allahyarham Nidza Afham yang ditemui di kawasan jambatan Sungai Klang menjadi tular di media sosial.
Jangan Kongsi Gambar Arwah Abang Ditemui – Aufahanie
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Susulan itu, adik Allahyarham iaitu Aufahanie Mokhtar memohon agar orang ramai yang ada memuat naik gambar berkenaan untuk memadam perkongsian itu, demikian lapor Media Hiburan.
Hal itu disebabkan demi menghormati perasaan mereka sekeluarga yang masih sedih dan terkejut mendengar perkhabaran buruk mengenai Allahyarham.
Aufahanie yang juga seorang penyanyi itu berkata demikian menerusi sebuah hantaran story di laman Instagramnya.
“Tolong. Tolong. Jangan share gambar arwah abang saya yang ditemui ke social media anda. Sila take down, hormati perasaan kami sekeluarga. Terima kasih,” tulisnya dalam hantaran itu.
Menerusi hantaran story sebelumnya, Aufahanie turut menitipkan doa buat abangnya yang mesra disapa Am di dalam keluarga.
“I love you Am. Bahagialah di syurga Firdausi,” tulisnya ringkas bersama dua gambarnya bersama Allahyarham ketika kecil.
Ads
Foto: Tangkap layar hantaran story di laman Instagram Aufahanie Mokhtar di laman X.
Afham Nak Jadi Terkenal, Tapi Bukan Begini – Efahanie
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Dalam pada itu, kakak Allahyarham pula, Efahanie Mokhtar terkilan apabila kini ‘cita-cita’ adiknya untuk menjadi terkenal kini menjadi kenyataan namun menerusi tragedi yang memilukan.
“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal. Satu Malaysia kenal adik Kekfa sekarang, tapi bukan begini Am. Bukan begini. Allah,” demikian catatan Efahanie di laman X.
Lebih memilukan, Efahanie turut mengulang ciap sebuah ciapan lama dari Allahyarham sendiri pada bulan Mei lalu yang bergurau dengannya.
Tulis Efahanie, dia terkilan apabila perancangannya untuk menempah sebuah lokasi untuk percutian keluarga bertukar menjadi perhimpunan keluarga untuk perkabungan sebuah tragedi pemergian Allahyarham.
Ads
Foto: Tangkap layar ciapan Efahanie Mokhtar di laman X.
Henti Buat Spekulasi – Abang Ipar
Selain Aufahanie dan Efahanie, abang ipar kepada Allahyarham, Effie Amron pula memohon agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi mengenai berita kematian adik iparnya itu.
Memetik laporan Gempak, Effie mendapati terlalu banyak cerita tidak benar yang direka mengenai Allahyarham di media sosial.
Oleh itu, Effie memohon agar orang ramai menjaga kata-kata selain menitipkan doa yang terbaik.
Menyifatkan adik iparnya itu sebagai seorang yang baik, Effie tetap reda dengan pemergian Allahyarham.
Ads
Terdahulu, Nidza Afham dilaporkan hilang ketika keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada malam kelmarin.
Teman wanita mangsa akhirnya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.
Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7.00 malam Rabu ialah Nidza Afham.
Jika anda biasa gunting rambut di sesetengah kedai gunting, pasti akan perasan yang servis urutan leher dan kepala akan diberikan.
Kebiasaannya urutan ini akan dilakukan oleh tukang gunting rambut di bahagian kepada dan leher anda. Kepala akan dipusing ke kanan dan kiri hingga mengeluarkan bunyi.
Dan bila ini berlaku ia boleh memberikan kepuasan dan kelegaan buat seketika untuk anda.
Tapi adakah perbuatan ini selamat untuk pengguna seperti anda? Bagaimana dengan risiko kecederaan? Adakah ia boleh menyebabkan kecederaan serius?
Sebuah perkongsian menarik telah dilakukan oleh page Public Health Malaysia tentang risiko urutan leher di kedai gunting.
Perkongsian di Facebook trsebut turut mendapat jumlah share dan komen yang sangat tinggi terutamanya di kalangan lelaki. Jom ikuti perkongsian posting tersebut di bawah.
Seorang lelaki india berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya.
Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.
Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk” .
Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa di kejarkan ke hospital dengan ambulan.
KECEDERAAN SARAF SERIUS
Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa . Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.
Lelaki malang tersebut terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat.
RISIKO KECEDERAAN LAIN
Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.
Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.
Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok
Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.
MANIPULASI KASAR
Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.
Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal.
Semoga perkongsian yang sangat berguna dari Public Health Malaysia ini memberikan manfaat kepada anda semua.
Jadi beringatlah bila pergi potong rambut. Beritahu awal-awal tukang gunting yang anda tak mahu kepala dan leher diurut. Dan beritahulah elok-elok, mereka pasti faham.
Berikut merupakan perkongsian asal di FB Public Health Malaysia:
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Memakai seluar jean ketat atau skinny jean sangat menjadi kegilaan anak muda ketika ini sama ada bagi yang berbadan kurus atau besar, malah ada yang sanggup mengecilkan seluar yang dibeli semata-mata untuk mendapat saiz yang paling diidamkan. Sesetengah mereka sanggup menyeksa diri untuk memakai seluar seperti itu hingga perlu meminta bantuan orang lain bagi membutang atau menzipkan seluar berkenaan atau melompat-lompat semata-mata untuk ‘memuatkan’ diri, asalkan kelihatan cantik pada pandangan mata.
Namun, tanpa sedar pemakaian seluar ketat terutama daripada fabrik jean atau denim mengundang bahaya kepada si pemakai sama ada lelaki mahupun wanita.Memang, sebelum ini golongan lelaki lebih sering dikaitkan dengan isu ini ekoran boleh menyebabkan kemandulan.
Namun, golongan wanita yang terlalu kerap memakai seluar ketat sebenarnya terdedah kepada risiko masalah saraf dan sendi terutama di bahagian pinggul dan pinggang.
Hakikatnya, pemakaian seluar denim tidak dilihat memberi kemudaratan kepada pemakai selagi mereka berasa selesa, tidak ketat dan tidak mengehadkan pergerakan, namun jika sebaliknya, ada risiko yang mereka bakal berdepan. Pemakaian seluar yang ketat dan tidak fleksibel dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan akan menghalang pergerakan serta boleh menimbulkan masalah kesihatan.
“Terdapat kajian terdahulu tentang pemakaian seluar yang ketat yang boleh menyebabkan kaki berasa kebas pada paha atau lebih dikenali sebagai meralgia paresthetica yang didakwa sering berlaku dalam kalangan pemain bola sepak. “Pun begitu, keadaan tersebut berlaku bukanlah dirujuk kepada spesifikasi kepada pemakaian seluar denim yang ketat semata-mata tetapi juga kepada pemakaian pakaian yang ketat pelbagai jenis fabrik dan tidak fleksibel di bahagian pinggang.
“Pemakaian ketat hanyalah salah satu antara penyumbang kepada masalah kesihatan yang mungkin dilihat tidak serius, namun hakikatnya keadaan itu boleh menjejaskan fungsi-fungsi saraf dan otot di kawasan tertentu.
Kesan pemakaian seluar ketat berlaku apabila pergerakan sendi anggota bawah menjadi terhad di bahagian pinggang yang menyebabkan ruangan pada bahagian pelvis dan sendi pinggul menjadi sangat sempit ketika individu itu bergerak seperti berjalan dan melangkah.
Keadaan lebih ketara ketika membengkokkan badan ke hadapan semasa duduk di kerusi, mencangkung dan sebagainya.
Akibatnya, tekanan yang tinggi akan berlaku pada saraf yang terletak di pelvis secara tetap sehingga mengakibatkan seseorang individu itu berasa kebas, terbakar, kesejukan, sakit mencucuk, sangat sensitif apabila tersentuh, selain rasa tidak selesa pada bahagian tepi paha.
Simptom itu boleh berlaku sementara ataupun dalam tempoh berpanjangan bergantung kepada tahap tekanan yang berlaku.
“Pada peringkat awal, mungkin seseorang itu hanya akan mendapat simptom seperti yang dinyatakan di atas untuk sementara sahaja pada bahagian lateral atau tepi paha. “Namun, sekiranya individu itu mengabaikan masalah yang berlaku dan tiada rawatan diberikan, lama-kelamaan simptom lain seperti sakit pada sendi pinggul, sendi lutut atau otot betis akan muncul.
“Ini adalah kesan secara tidak langsung yang berlaku kepada pesakit apabila mereka cuba mengubahsuai pergerakan aktiviti harian semata-mata untuk mengurangkan simptom awal yang dialaminya.
Biarpun pemakaian seluar ketat hanyalah salah satu faktor penggalak kepada masalah jika berlaku kecederaan saraf, namun perkara itu tidak boleh diambil mudah ekoran keadaan itu secara tidak langsung mengubah cara seseorang itu melakukan aktiviti harian daripada cara yang normal kepada yang tidak normal.
Keadaan itu melibatkan perubahan seluruh postur tubuh, gaya berjalan dan peri laku seseorang tanpa disedari. Perubahan itu juga akan menjurus kepada ketidakseimbangan pergerakan tubuh dan fungsi setiap otot pada tubuh badan.
“Untuk tempoh jangka masa yang lama pemakaian seluar ketat mendatangkan rangkaian masalah muskuloskeletal (tulang dan otot) yang serius pada diri seseorang.
“Walau bagaimanapun, itu hanyalah antara faktor dan masih terdapat faktor yang lain seperti genetik atau struktur anatomi tubuh manusia yang perlu diambil kira sekiranya kecederaan pada saraf tersebut berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
1.Kalau bini kau rambut dia kusut masai berbanding perempuan tadi, kau bawak dia pergi saloon buat rambut.
2.Kalau bini kau muka dia tak putih macam perempuan tadi, kau bawa dia pergi spa atau belikan dia produk-produk yang boleh putihkan kulit dia, kan sudah banyak produk di pasaran sekarang ini.
3.Kalau isteri kau pakai baju selekeh, pergi bawa dia beli baju yang cantik dan daring, Kalau malu mahu bawa isteri pergi shopping, beli online, dia pos sampai rumah
4.Kalau isteri kau tak pandai cakap atau isteri kau berkomunikasi cara kampung, didik dia atau bawa dia pergi ke kelas komunikasi atau cari tutorial di Youtube terkik berkomunikasi cara moden.
5.Kalau isteri kau tak pandai masak, kau carikan resepi-resepi dari Facebook lepas tu kau tag isteri kau. Kalau kau tak mahu malukan isteri kau, kau screenshot lepas tu kau Whatsapp dia. Lepas kau dah kongsikan resepi tu, kau jangan kedekut beli barang dapur pula. Makan nak sedap, barang dapur kedekut, bangang namanya.
6.Kalau kau cium isteri kau busuk, kalu belikan la dia perfume, bukan mahal punlah bro. Lagi pun bukan kau nak bagi bini aku pun.
7.Kalau kau tengok gigi isteri kau kuning, bawa dia pergi jumpa dentist.
8.Kalau kau tengok isteri kau gemuk, bawa la dia pergi bersenam. Kalau tidak pun, kau belikan produk kuruskan badan. Tapi jangan pula kau aniaya isteri kau dengan catu makanan dia sampai dia penat lesu.
9.Kalau bini kau tak seksi, kau belikanlah dia baju-baju yang seksi yang macam kau selalu tengok kat Facebook itu.
10.Kalau kau tak ada duit nak modalkan bini kau cantik, buatlah kerja ekstra cari duit lebih. Bila bab duit nak cantikkan bini kau, duit asyik takde, tapi bila duit nak ajak awek cantik pergi karaoke atau tengok wayang ada pulak?
SUMBER : LELAKI SIHAT
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.