Kemaluan Anda Berlendir? Bengkak? Dan Pedih? Apa Itu Penyakit STD, Sexual Transmitted Disease? Jom baca!

Share

8 Penyakit Jangkitan Seksual STD

 

Gonorrhea dan siflis (syphilis) merupakan antara penyakit jangkitan secara seksual (STD Sexual Transmitted Disease) yang paling berbahaya. Selain daripada 2 penyakit ini, ada banyak lagi penyakit berjangkit yang dikaitankan dengan sentuhan seksual, seperti chlamydia, herpes, HIV, HPV, Hepatitis B dan Scabies.

Gonorrhea
Gonorrhea adalah disebabkan oleh bakteria (Neisseria gonorrhoeae)  yang hidup di membran berlendir yang lembap dalam urethra, faraj, rektum, mulut dan mata. Jangkitan boleh merebak melalui sentuhan pada zakar, faraj, mulut dan anus. 

Simptom gonorrhea akan mula muncul selepas 2 hingga 5 hari selepas berlaku sentuhan. Namun ada juga yang mengambil masa sehingga 1 bulan. Antara simptom nya adalah rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, bengkak pada zakar, sakit ketika melakukan hubungan seks dan demam jika jangkitan merebak sehingga ke tiub fallopio. 

Dalam kebanyakkan kes, gonorrhea boleh dirawat dengan menggunakan antibiotik.

Siflis (syphilis)
Siflis juga diakibatkan oleh bakteria (Treponema pallidum). Dalam sesetengah keadaan, siflis perlu dirawat dengan rapi dan berterusan kerana ianya boleh mengakibatkan kesan jangka masa panjang dan akhirnya kematian. 

Simptom siflis adalah berbeza-beza bergantung kepada tahap kritikalnya. Peringkat pertama, kemunculan bengkak-bengkak. Siflis peringkat kedua ruam yang semakin kerapa pada tapak tangan dan tapak kaki. Siflis peringkat ketiga lebih kritikal dengan gangguan pada neurologi dan sistem kardiak. Siflis peringkat empat atau akhir boleh menyebabkan kematian.

Siflis dapat dirawat dengan menggunakan antibiotik.

Chlamydia
Chlamydia diakibatkan oleh bakteria Chlamydia trachomatis . Jangkitan chlamydia adalah penyebab utama kepada penyakit berkaitan dengan mata dan alat kemaluan. Dianggarkan 1 juta individu di Amerika Syarikat dijangkiti chlamydia. 

Simptom bagi chlamydia adalah keluaran cairan putih daripada kemaluan, dan sakit ketika kencing. Jika dibiarkan berterusan, penyakit ini boleh mengakibatkan masalah kesihatan yang serius pada sistem pembiakan. Chlamydia pada mata boleh mengakibatkan buta.

Seperti gonorrhea dan siflis, chlamydia dapat dirawat dengan antibiotik.

Herpes
Herpes adalah penyakit yang diakibatkan oleh virus Herpes simplex virus type 1 (HSV-1) dan type 2 (HSV-2). 

Simptom yang jelas kelihatan adalah jangkitan ulser pada mulut atau muka yang dikenali sebagai Herpes Oral. Simptom akan mula kelihatan sehingga hampir 3 minggu. Semasa jangkitan virus diangkut sepanjang saraf deria ke sel badan. 

Rawatan kepada penyakit ini belum dimajukan. Sekali anda dijangkit, bermakna virus tersebut akan selamanya berada dalam badan anda. 

 HIV / AIDS
HIV (human immunodeficiency virus) adalah virus yang menyebabkan penyakit AIDS (acquired immunodeficiency syndrom). Dianggarkan sejak penemuannya, AIDS telah mengakibatkan kematian sehingga 36 juta di seluruh dunia sehingga tahun 2012.

Simptom awal bermula dengan demam berpanjangan. Sakit yang berterusan ini mendedahkan pesakit kepada penyakit lain disebabkan oleh kurangnya sistem imunisasi. Kesannya, jika tanpa rawatan rapi, boleh mengakibatkan kematian.

Sehingga kini, tiada tiada penawar atau vaksin yang boleh merawat AIDS. Tetapi rawatan antiretroviral boleh memperlahankan kesan penyakit. 

 HPV
HPV berasal daripada sejenis virus (human papillomavirus). Seperti virus papillomavirus yang lain, HPV menjangkiti keratin pada kulit atau membran bermukus.

Antara simptom HPV adalah tumbuh ketuat pada kemaluan. Jangkitan yang berterusan akan membawakan kepada penyakit kanser.

HPV boleh dirawat dengan menggunakan vaksin HPV, iaitu Cervarix dan Gardasil.

Hepatitis B
Hepatitis B adalah jangkitan penyakit pada hati yang disebabkan oleh virus Hepatitis B. Dikatakan bahawa 1 per 3 penduduk dunia, telah dijangkiti penyakit ini pada satu ketika dalam hidup mereka.

Simptom penyakit ini adalah radang hati, muntah-muntah, jaundis dan akhirnya boleh membawa maut. Jangkitan yang kronik juga boleh menyebabkan cirrhosis dan kanser hati.

Rawatan adalah dengan menggunakan vaksinasi. Virus hepatitis B ini lebih berjangkit 50 – 100 kali ganda berbanding HIV.

Scabies

Penyakit scabies adalah diakibatkan oleh jangkitan pada kulit oleh kutu Sarcoptes scabiei. Kutu ini kecil dan tidak mudah dilihat dan akan bertindak sebagai parasit yang menyebabkan kegatalan. 

Scabies dikelaskan sebagai penyakit yang berkaitan dengan air, tetapi boleh dipindahkan melalui sentuhan kulit. Simptom scabies adalah kegatalan yang melampau, ruam dan kulit berkerak.

Tiada vaksin bagi penyakit ini, tetapi penjagaan kesihatan yang baik adalah perlu. Rawatan boleh juga menggunakan permethrin dan ivermectin.

sumber: cikguhailmi.com
Published by
webadmin