Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Artikel ini diambil dan diolah dari Remaja.
BACA LAGI : 10 Ciri-Ciri Lelaki Takut Bini, Salah Satunya Banyak Alasan Bila Kawan Ajak Lepak
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI