Rupanya ada 2 rahsia amalan Rasulullah SAW yang membantu anda keluar dari kesempitan hidup.
Ini amalan yang diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada seseorang yang datang mengadu padanya tentang hidupnya yang dirundung kesempitan hidup.
Bila pulang dan ada orang di rumah, Rasulullah SAW minta kita beri salam.
“Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh”
Maksudnya: “Semoga keselamatan, keberkahan dan kasih sayang (rahmat) dari Allah SWT menyertai Anda/kalian.”
Bila tiada orang di rumah, Rasulullah minta beri salam kepada diri Baginda sebagaimana ucapan yang biasa disebut dalam tahiyat akhir.
“Assalamu’alaika aiyuhan nabiyu warahmatullayhi wabarakatuh”
Maksudnya: “Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya.”
Selepas beri salam pada orang yang di rumah atau pada Rasulullah s.a.w bacalah surah Al-Ikhlas.
Dalam riwayat yang lain diceritakan kalau seseorang membaca surah Al-Ikhlas,
1 kali – Dirinya akan diberkati.
2 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati.
3 kali – Dirinya diberkati, ahli keluarganya diberkati, jiran tetangganya diberkati.
“Hatta jiran tetangga yang bukan Islam sekali pun Allah berkati. Cuma cara keberkatan itu berbeza. Bagi kita pula Allah berkati apabila hidup kita dengan mereka berbaik-baik, tak bergaduh, tak berbalah. Itulah keberkatannya.”
Kisah Orang Yang Mendatangi Rasulullah SAW
Selang beberapa waktu, selepas orang itu mengamalkan apa yang Rasulullah SAW ajar, dia datang kembali kepada Baginda dan memberitahu hidupnya sudah berubah.
Kalau dulu sempit, sekarang jadi lapang. Dulu susah, sekarang jadi senang. Dulu rezekinya sempit, sekarang melimpah-limpah kepada jiran tetangganya. Mereka pun mendapat sama keberkatan yang diamalkan.
Tapi masa yang sama seseorang perlulah BERUSAHA. Maksud daripada amalan tersebut. Allah tunjukkan jalan-jalannya. Macam mana nak lapangkan kehidupan, kita kenalah berusaha. Bukan bermakna Rasulullah s.a.w ajar kita tak buat apa-apa atau berpeluk tubuh saja. Bukan begitu.
Perubahan Hidup Seseorang Dari Seberang Tambak
Seseorang dari Seberang Tambak pernah bertemu Ustaz Hasbi. Waktu itu dia berhadapan masalah yang sama. Hidupnya susah, rezekinya sempit. Macam-macam problem dihadapi. Beliau beritahu tentang amalan ini padanya. Dia amalkan dan selang beberapa bulan, orang itu bertemu kembali Ustaz Hasbi menyatakan perubahan yang dialami.
Begitulah dalam meniti kehidupan ini, berusahalah untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan banyak membaca surah Al-Ikhlas.
Sumber : Pen hitam.com