Salah satu elemen yang sangat penting bagi pemilihan pakaian di kalangan pengguna di Malaysia merupakan material kain yang digunakan.
Tinggal di sebuah negara yang bercuaca tropika, bersilih ganti panas terik dan hujan serta tahap kelembapan yang tinggi seperti Malaysia sememangnya menuntut kita untuk memakai pakaian yang lebih ringan, selesa dan tidak memerangkap suhu.
Selain menawarkan keselesaan pemilihan fabrik yang betul juga memberikan kelancaran dalam aktiviti harian kita. Salah satu jenama yang sentiasa menampilkan koleksi pakaian yang memberikan keselesaan maksima kepada pengguna ialah Jepun.
Kepakaran yang dimiliki mereka diserlahkan dengan teknologi AIRism. Bagi anda yang sudah sedia maklum dengan jenama ini mungkin pernah mendengar atau melihat akan istilah AIRism ini sama ada di outelt atau di laman sesawang atau laman media sosial UNIQLO.
AIRism merupakan teknologi fabrik yang memberikan keselesaan dengan menumpukan kepada beberapa karakteristik. Selain teksturnya yang sangat lembut, ia juga sangat ringan dan membenarkan udara untuk masuk atau lalui dengan mudah.
Rahsia keselesaan fabrik AIRism ini sebenarnya terletak pada kemampuannya untuk mengeringkan atau menghilangkan kelembapan dan melepaskan haba untuk keselesaan pemakai.
Ads
Terdapat 8 perkara menarik tentang AIRism iaitu;
Tekstur – teknologi fiber sangat nipis memberikan tekstur lembut dan selesa pada kulit
Menghilangkan peluh – badan akan sentiasa rasa segar kerana fabriknya yang ‘breathable’
Meneringkan – Selain peluh dapat dikeringkan dengan cepat ia memberikan kesegaran sepanjang hari
Sentuhan sejuk – sensasi rasa sejuk dapat dirasai apabila ia menyentuh kulit
Ads
Regangan – mempunyai sifat regangan bagi penggunaan yang lebih pelbagai dan lasak
Kawal bau – apabila ia menghilangkan peluh dengan cepat maka badan akan jadi kurang berbau
Deodoran – fabriknya menyerap dan meneutralkan sumber bau badan. Membuatkan ia mampu berkesan lama walaupun selepas cucian
Pengudaraan – permukaan kulit jadi lebih selesa dan pergerakan harian juga bebas daripada sebarang haba yang terperangkap
KERJA DARI RUMAH
Pandemik yang masih berpanjangan seperti sekarang menyaksikan ramai di antara kita harus melakukan kerja dari rumah. Selepas hampir setahun kita telah menyesuaikan diri dengan segala cabaran bekerja seperti ini.
Ads
Salah satu cabarannya ialah mencari pakaian yang sesuai ketika berada di rumah. Pastinya keselesaan berpanjangan untuk seharian melaksaknakan tanggungjawab kerja dan rumah menjadi satu kemestiaan.
UNIQLO juga turut menekankan keselesaan sepanjang masa kita meluangkan masa di rumah terutamanya pada fasa kuarantin sepanjang pandemik ini. ‘Enjoying me time at home’ merupakan salah satu objektif yang ingin UNIQLO mahu pengguna mereka rasai sendiri.
Dan di sinilah seleksi pakaian UNIQLO AIRism mampu membantu kita. Terdapat beberapa kategori seleksi yang ditawarkan oleh jenama asal Jepun ini untuk AIRism. Antaranya ialah tops, loungewear, inner, mask dan bedding.
Setiap satu kategori tersebut memberikan ciri-ciri keistimewaan seperti MASKULIN nyatakan di atas.
Jadi jika anda inginkan keselesaan dalam cuaca yang panas, AIRism memberikan solusi terbaik buat anda sekeluarga. Koleksi UNIQLO AIRism 2021 Spring/Summer kini boleh di dapati di pasaran menerusi laman sesawang UNIQLO di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Dah masuk raya ke dua ni, macam mana seronok tak beraya? Mungkin hari ini keluarga anda rancang untuk anda sekeluarga ziarah sanak saudara dan jiran tetangga di kampung. Inilah masa yang paling sesuai untuk ber OOTD di rumah orang. Namun, sebenarnya jika anda ke rumah terbuka atau ziarah ke rumah orang lain, ada beberapa peraturan yang anda kena ikut.
Senyum
Ini adap yang paling basic untuk anda lakukan. Jika anda tidak gemar dengan berkunjung ke rumah sanak saudara, maka anda kena buka hati anda untuk menerima apa jua situasi yang berada di depan mata. Lemparkan senyuman itu kan satu sedekah.
Simpan phone
Tahu dah, tahun 2018 merupakan tahun yang pesat dengan dunia teknologi. Mungkin topik yang mak cik dan pak cik anda bualkan itu membosankan, tapi cuba anda ‘fit in’ dengan topik tersebut. Walaupun anda tidak gemar dengan topik tersebut, anda mungkin boleh cuba mengubah topik, namun jangan terlalu berat sehinggakan anda dan sanak saudara bergaduh pula.
Elak topik sensitif
Memandangkan demam PRU14 masih belum kebah, anda dinasihatkan agar tidak membincangkan topik ini secara besar-besaran kerana ia akan menyebabkan perbalahan kedua-dua belah pihak. Jika anda ingin sampaikan ideology anda tidak mengapa, namun tidaklah terlalu dalam sehingga mengguris hati orang tua. Mungkin anda boleh buka topik bola? Piala Dunia FIDA kan dah dekat.
Ke dapur
Bukan mudah untuk anak lelaki masuk ke dapur, dan kadang-kadang para wanita pun tidak selesa dengan kehadiran anda yang turut membantu mereka di dapur. Jika anda beraya di rumah orang, apa kata kalau anda ke dapur dan basuh cawan dan pinggan anda sendiri. Jangan harapkan tuan rumah saja. Penat mereka. Lakukan perkara ini walaupun tuan rumah sebut “takpe letak je situ”. memang tuan rumah cakap begitu, namun si tukang membasuh tu, panas je dengan perangai anda.
Jamah
Ini lebih kepada adap Melayu. Jika anda seorang yang menjaga diet, dan tak nak makan dengan banyak. Apa kata setiap kali anda berkunjung ke rumah orang, anda jamah sedikit makanan mereka. Paling tidak pun anda makanlah biskut raya yang terhidang. Jika anda tidak menyentuh makanan-makanan tuan rumah, ini akan menyinggung perasaan mereka. Jadi, jamah ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut nipis bukan saja menyebabkan seseorang buntu untuk mencari penyelesaian, tetapi hilang keyakinan diri apabila berdepan khalayak. Malah, masalah itu adakalanya memaksa seseorang menyembunyikan kekurangan diri dengan memakai topi.
POTONGAN PIXIE
Mereka yang berambut nipis boleh mencuba potongan ‘pixie’ yang sememangnya popular termasuk dalam kalangan selebriti terkenal. Potongan rambut ini bukan saja universal untuk lelaki mahupun perempuan, tetapi istimewa kerana menyerlahkan keremajaan seseorang. Ia juga membuatkan anda nampak lebih kemas dan mereka yang malas menyimpan rambut panjang boleh mencuba potongan ini.
RAMBUT BANGS
Cuba alihkan perhatian individu sekeliling terhadap rambut anda yang nipis dengan potongan bangs. Gunakan sikat, seterika atau pengering bagi memberi ‘volume’ pada rambut anda. Meskipun potongan bangs bukan trend terkini, ia masih relevan sehingga ke hari ini!
BOTAK
Potongan askar ini antara pilihan untuk lelaki berambut nipis namun ia tidak bermakna anda boleh mengabaikan penjagaan rambut. Sama saja rutin penjagaannya cuma anda tidak berlu bersiap lama untuk ke kuliah atau tempat kerja. Anda juga boleh berjimat kerana tidak perlu membeli gel rambut atau ‘wax’! Bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya ini, mereka setuju 100 peratus dengan kenyataan itu. Ini kerana tidak semua lelaki sesuai berkepala botak namun ada juga yang kelihatan kacak dengan gaya berkenaan. Namun, bagi lelaki yang tidak sesuai dengan gaya botak pasti akan meraung apabila dibotakkan kerana kekacakan mereka musnah sekelip mata.
SIMPAN JANGGUT DAN MISAI
Memandangkan anda berambut nipis, cuba simpan janggut dan misai ala hipster yang kian menjadi trend masa kini. Namun, pastikan misai dan janggut itu sentiasa dijaga rapi supaya nampak kemas dan tidak serabut. Selain menutup kekurangan diri, misai dan janggut juga menonjolkan imej yang lebih maskulin!
Gaya Undercut
Gaya James Darmody di Broadwalk Empire ini boleh dikatakan amat popular dalam kalangan remaja kini dan sesuai digayakan ke mana saja. Potongan pendek di bahagian belakang juga tepi dan bahagian rambut atas yang sedikit panjang disikat ke belakang menggunakan gel rambut pastinya membawa penampilan yang rapi dan luar biasa untuk anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidak dapat dinafikan jam G-SHOCK mempunyai tempat yang cukup istimewa di kalangan peminat streetwear atau fesyen jalanan di seluruh dunia. Selain bertindak sebagai jam, ia menjadi pelengkap personaliti fesyen buat generasi masa kini.
Saban tahun G-SHOCK memperkenalkan koleksi istimewa yang kebiasaannya hadir dengan kolaborasi bersama jenama fesyen terkenal di dunia. Namun pada kali ini ia lebih istimewa kerana G-SHOCK menampilkan kerjasama bersama jenama tempatan, Against Lab.
Ia merupakan kerjasama yang pertama di atara dua jenama dengan menampilkan jam G-SHOCK DW-6900AL22. Lebih istimewa koleksi hanya boleh didapati secara eksklusif di rantau Asia Tenggara iaitu di Malaysia, Singapura, Thailand dan Indonesia.
Model DW-6900 sememangnya cukup sinonim dengan dunia fesyen jalanan dengan penampilannya yang klasik dan versatil. Karakteristik dengan lampu belakang EL dan paparan LCD menjadikan ia menjadi buruan penggemar jam G-SHOCK.
Jam G-SHOCK x Against Lab hadir dengan tema ‘semangat underdog’ yang diinspirasikan dari kekuatan individu yang sanggup mengharungi pelbagai cabaran dalam hidup. Kolaborasi ini juga turut menampilkan semangat Malaysia yang tidak pernah mudah putus asa.
Dibina dengan ketahanan serta sangat tahan lasak, jam ediri terhad ini juga mewakili semangat penunggang motosikal yang membawa aspek elemen jati diri sama.
Rekaannya juga banyak menggunakan ‘bahasa’ motosikal dengan komponen yang menyerlahkan ciri-ciri kemasan tersendiri. Pada bahagian hadapan tertera logo ‘AGAINST’ yang turut hadir dengan logo ‘A’ tersembunyi di sebalik backlight.
Kolaborasi ini telah dilancarkan menerusi laman e-dagang Lazada bermula pada 28 Mei yang lalu dan bakal memasuki pasaran di outlet terpilih bermula 3 Jun 2022. Ia turut hadir bersama bandana ekslusif G-SHOCK X Against Lab.
Manakala baru-baru ini dalam satu majlis pelancarannya, sebanyak 100 unit telah ditawarkan bersama kotak khas dan ia telah sold out dalam tempoh beberapa jam sahaja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.