Kelebihan Guna Sunscreen Terutama Di Negara Tropika Seperti Malaysia

Share

Cuba tanya diri sendiri berapa banyak produk penjagaan wajah dan kulit anda gunakan setiap hari. MASKULIN yakin rata-raya pasti akan menjawab hanya satu produk iaitu pencuci muka atau skrub.

Ramai yang mula kehairanan apabila kulit wajah mereka masih bermasalah sedangkan ia dicuci setiap hari. Tahukah anda bahawa cuaca tropika seperti Malaysia memang menuntut untuk kita menggunakan lebih dari sekadar pencuci muka.

Antara produk yang paling penting ialah sunscreen. Tapi ramai di antara kita hanya menggunakan produk hebat ini ketika melancong ke pulau peranginan sahaja. Walhal di pasaran terdapat sunscreen yang dihasilkan khusus untuk lelaki bagi penggunaan harian.

Jadi mengapa kita perlu menggunakan sunscreen setiap hari? Jom MASKULIN kongsikan sebab-sebab yang pasti buat anda ingin terus menggunakan produk ini.

BANTU MENGHALANG KANSER KULIT

Pencemaran alam terutamanya udara menyebabkan kondisi lebih bertoksik. Malah pancaran matahari terik juga boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan risiko kanser kulit.

SESUAI UNTUK SEMUA JENIS KULIT

Salah satu tanggapan salah ialah individu berkulit gelap tidak perlu menggunakan sunscreen. Ia sebenarnya salah kerana setiap orang perlu melindungi kulit tanpa mengira warna kulit.

MELEMBABKAN KULIT

Sunscreen mampu membantu melembabkan kulit. Malah sesetengah sunscreen mengandungi bahan seperti shea butter, minyak avokado atau glicerin sayuran. Pastikan anda periksa dahulu kandungan yang digunakan kerana jika terdapat alkohol ia hanya lebih membuatkan kulit menjadi kering.

LINDUNGI DIRI DARI CAHAYA UV

Umum mengetahui bahawa jika terdedah lama di bawah pancaran cahaya UV boleh mendatangkan banyak kemudaratan. Penggunaa sunscreen membantu menghalang cahay UV dariterus terkena pada permukaan kulit.

KONDISI OZON SEMAKIN TERUK

Lapisan ozon bumi menjadi semakin nipis dan lebih banyak cahaya UV terdedah di permukaan bumi. Jadi selamatkanlah diri dari ancaman ini dengan menggunakan sunscreen.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim