spin bike senaman
Foto: javi_indy / Freepik

Tidak perlu diperkatakan lagi sekarang sememangnya ‘demam’ aktiviti berbasikal cukup meluas sekali di negara kita. Saban minggu lihat sahaja lokasi rekreasi pasti penuh dengan penunggang basikal. Kelebihan melakukan senaman berbasikal semakin menjadi pilihan aktiviti senaman.

Namun di sebalik keseronokan berbasikal di jalan raya, anda sebenarnya terdedah dengan risiko kemalangan. Jadi buat anda yang tidak mahu berdepan risiko itu dan tapi mahu mengayuh basikal bagaimana pula?

Usah risau kerana ada solusinya yang tidak kurang menarik. Basikal senaman untuk kegunaan indoor atau popular dengan gelaran spin bike menawarkan anda aktiviti kayuhan yang bukan sahaja selamat tetapi juga efektif.

Kelebihan Melakukan Senaman Menggunakan ‘Spin Bike’
Foto: javi_indy / Freepik

Berbanding dengan peralatan senaman kardio yang lain, spin bike tidak memberikan stres yang tinggi kepada sendi dan anggota badan. Tapi dalam masa sama, ia mampu menjadi alat untuk senaman aerobik yang baik.

Kali ini MASKULIN ingin kongsi kelebihan melakukan senaman menggunakan spin bike.

Ads

1. TINGKATKAN KECERGASAN KARDIO

Mengayuh spin bike merupakan antara cara terbaik untuk membuatkan jantung berdegup pantas ketika melakukan aktiviti. Senaman kardio seperti kayuhan ini membantu menguatkan bukan sahaja jantung tetapi paru-paru dan otot.

Ia juga membantu pengaliran darah dan oksigen lebih baik ke seluruh anggota badan. Selain itu, terdapat banyak lagi manfaatnya seperti;

  • memperbaiki ingatan dan otak
  • merendahkan tekanan darah
  • tidur lebih baik
  • memperbaiki kadar gula dalam darah
  • sistem imuni lebih kuat
  • mood lebih baik
  • kadar stres menjadi lebih rendah
  • lebih bertenaga
Kelebihan Melakukan Senaman Menggunakan ‘Spin Bike’
Foto: Freepik

2. TURUN BERAT BADAN

Tidak dinafikan ramai melakukan aktviti senaman spin bike bertujuan untuk menurunkan berat badan. Bergantung kepada tahap intensity senaman, anda boleh membakar sehingga 600 kalori dalam masa satu jam aktiviti kayuhan.

Ads

Membakar kalori dengan efisien adalah penting untuk mencapai misi menurunkan berat badan.

3. MEMBAKAR LEMAK BADAN

Melakukan semanan dan kayuhan instensity tinggi boleh membantu badan membakar lemak badan dan membina kekuatan dalaman. Jika dilakukan secara konsisten ia akan membakar lemak badan dengan banyak.

Ads

Satu kajian oleh National Institutes of Health US mendapati aktiviti kayuhan juga sangat efektif untuk menurunkan kadar kolesterol dan triglyceride.

4. SENAMAN BERIMPAK RENDAH

Berimpak rendah di sini bermaksud senaman spin bike kurang mendedahkan anda kepada kecederaan di bahagian sendi atau tulang. Ini kerana kayuhan ini tidak memberikan banyak tekanan kepada anggota badan. Lalu ia menjadi pilihan senaman yang sangat baik buat mereka berdepan kecederaan sendi.

5. MENGUATKAN KAKI DAN OTOT PAHA

Melakukan kayuhan spin bike membantu anda membina kekuatan di bahagian kaki dan paha. Aktiviti kayuhan membantu anda menguatkan bahagian betis, hamstrings dan quadriceps. Ia juga mampu menguatkan otot di bahagian belakang.

Jika anda ingin mencari spin bike berharga menarik, sila kunjungi laman sesawang ini.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI