Ab wheel atau juga dikenali sebagai ab roller merupakan alat bantu senaman yang cukup ringkas. Ia mempunyai dua pemegang yang bersambung kepada satu roda.
Jika anda menggunakan dengan baik dalam senaman, ab wheel mampu membantu anda memperbaiki kekuatan otot. Antara bahagian badan yang banyak dapat manfaat ialah tricep, bahu dan juga perut.
Kenali satu lagi senaman untuk membina otot abdomen menggunakan AB Wheel yang bukan sahaja mudah, namun mampu memberi impak yang maksima kepada abdomen anda.
Meningkatkan kekuatan
Bukan sahaja mampu menguatkan otot pada abdomen, malah ia juga mampu memberikan kekuatan pada keseluruhan tubuh badan anda.
Meningkatkan kestabilan teras
Kekuatan teras bermaksud kekuatan pada bahagian otot-otot tengah anda. Dengan senaman ini juga, ia mampu menstabilkan teras sekaligus menambah baik postur tubuh badan anda.
Mengurangkan risiko kecederaan belakang
Senaman AB Wheel juga mampu menguatkan otot anda supaya ia dapat menjaga tulang belakang dan menjauhi daripada risko kecederaan.
Meningkatkan prestasi sukan
Dengan kekuatan teras yang anda perolehi daripada senaman ini, ia juga mampu menguatkan daya ketahanan fizikal anda untuk melakukan pelbagai jenis sukan seperti berlari, melompat, menendang, menumbuk dan pelbagai lagi.
Meningkatkan koordinasi dan pergerakan anda
Tidak seperti ‘crunches’ dan ‘sit-up’, senaman AB Wheel menggunakan pelbagai otot dan sendi yang bergerak secara sinergi untuk meningkatkan penyelarasan intermuskular dan intramuskular. Dengan senaman ini juga, anda harus melakukan pergerakan yang besar yang mana, ia mampu meningkatkan kadar fleksibiliti dan mobiliti anda.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Personal Trainer Ini Kongsi 20 Teknik Squats Yang Boleh Anda Lakukan Di Rumah
Antara senaman yang mudah dan boleh dilakukan di kawasan yang tidak memerlukan ruang yang besar ialah squats.
Senaman ini kini sangat popular dikalangan wanita kerana ia memberi impak dan kesan terhadap bahagian punggung dan perut.
Maka tidak hairanlah kenapa ramai wanita memilih senaman ini sebagai rutin utama mereka.
Namun, squats juga bentuk senaman yang mampu memberikan banyak kelebihan kepada lelaki. Selain mampu membentuk bahagian pinggul lebih pejal dan bentuk yang cantik ia juga boleh memberikan impak baik terhadap otot abdomen.
Namun tahukah anda terdapat lebih daripada satu jenis squats yang boleh anda lakukan? MASKULIN tertarik dengan perkongsian seorang personal trainer bernama Jordan Yeoh yang berkongsi video tentang 20 teknik squats.
Jom ikuti 20 teknik beliau kongsikan di bawah.
1. Basic
Ini teknik yang anda semua pasti sudah tahu, bukan? Teknik paling simple dan ringkas.
2. Prisoner
Pastikan anda letak dua belah tangan pada bahagian belakang kepala. Kemudian lakukan squat seperti biasa.
3. Sumo
Semasa lakukan squats, buka kaki menjadi sedikit luas.
4. Narrow
Rapatkan kedudukan kaki dan depakan tangan ke depan.
5. Deep
Pastikan punggung dijatuhkan hingga ke paras paling bawah. Perlahan-lahan bangun seperti squat basic.
BACA: Selain Bentuk Punggung Yang Mantap, Ini 15 Lagi Manfaat Squats Anda Dapat!
6. Side to side
Ini teknik squat posisi dari kanan dan kiri.
7. One sided
Buka kaki ke kiri dan kanan semasa melakukan squat.
8. In and out
Ketika melakukan squat, lompat sambil kaki terbuka dan rapatkan kaki semula
9. Staggered
Lakukan lompatan squat ke kiri dan kanan
10. Front and back
Lompat ke hadapan dan ke belakang
11. Jump
Lakukan squat sambil melompat
12. Clapping
Lompat dan temukan tapak kaki kiri dan kanan semasa melompat
13. Tuck jump
Lompat sambil kedua-dua belah kaki diangkat ke atas
14. Knee hop
Daripada posisi melutut, lompat ke atas
15. Knee hop tuck jump
Posisi melutut dan seterusnya lompat seperti melakukan tuck jump
16. Split
Posisi kaki seperti melakukan senaman lunges
17. Split tap
Sama seperti split, cuma perlu temukan tapak kaki korang di antara satu sama lain semasa melompat
18. Air split
Melompat seperti split tetapi lebih tinggi
19. Pistol
Lakukan squat dengan kedudukan kaki melunjur ke hadapan, kemudian tukar pula sebelah lagi kaki
20. Knee hop pistol
Sama seperti posisi pistol, cuma korang perlu melutut terlebih dahulu sebelum lompat
Untuk ikuti cara teknik lebih jelas ikuti video daripada Jordan Yeoh di bawah:
Anda rasa dapat lakukan 20 squats ini sekaligus? Jika tak mampu jangan paksa diri. Belajar untuk lakukan pelan-pelan. Mungkin lama-kelamaan anda akan berjaya lakukannya dengan baik.
Selamat mencuba!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
8 Makanan Untuk Kurangkan Tekanan Darah Tinggi
Penyakit 3 serangkai akan hadir tanpa diminta dan tak kira usia. Sejauh mana anda menjaga makanan anda pun, ia terap akan hadir. Sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, biasanya akan menyinggah hidup seseorang dalam usia 50an keatas. Namun, jika anda ke klinik atau hospital, pasti mereka akan memberi ubat agar kawalan dapat dibuat. Tentunya ketika ini anda akan meraung kesedihan kerana tidak tahu mengawal pemakanan dan kesihatan anda apabila menerima ubat yang jarang anda makan.
Bahan alami yang segar dari tanah sebenarnya mampu merawat sakit anda. Meskipun ia tidak boleh memulihkan anda seratus peratus, namun ia dapat mengurangkan kesakitan anda, dan membuatkan anda rasa hidup ini lebih bermakna! Ini antara bahan-bahan yang boleh anda makan, untuk mengelakkan daripada mendapat darah tinggi yang kurang memuaskan.
Akar Beet (Beetroot)
Buah beet mungkin sukar untuk dilihat di mama-mana pasar raya utama, namun jika anda terjumpa, jangan lupa untuk membelinya. Ia merupakan makanan yang kaya dengan nitrate, dimana sebatian kandungannya mampu merehatkan alteri anda. Jika anda menjadikan Beetroot sebagai jus, ia boleh mengurangkan tekanan darah tinggi anda 4010mm dalam masa beberapa jam selepas pengambilan.
Bawang putih
Secara jangka panjang, bawang putih boleh mengurangkan kadar kesakitan pada badan termasuk tekanan darah tinggi anda. Ia merupakan makanan harian yang kaya dengan Allicin yang aktif mampu untuk membuatkan badan anda terpelihara daripada sakit yang melampau. Jadi, nikmatilah bawang putih dengan penih nikmat.
Minyak ikan
Minyak ikan bagus untuk proses pemulihan tekanan darah tinggi anda. Ini kerana minyak ikan mempunyai omega-6, omega-3 yang bukan saja membantu anda untuk mengelakkan dari tekanan darah tinggi, malah boleh mengawal diet anda.
Kopi Hijau
Maskulin pernah mengeluarkan khasiat kopi hijau yang mengandungi Chlorogenic acid yang dipercayai mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ketara selepas 12 minggu pengambilan.
Baca juga: Apa Kelebihan Kopi Hijau Ini Sampai Boleh Turunkan Berat Badan Secara Drastik?
Kale
Kale mempunyai nutrisi pemakanan yang unik, kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin C. Kajian itu menunjukkan bahawa kedua-dua kalium dan vitamin C meningkatkan penurunan tekanan darah magnesium dalam badan anda.
Kacang Gajus dan Badam
Tahap magnesium rendah sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Menggantikan kekurangan magnesium dapat membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi yang sangat ketara. Kacang dan badam mempunyai magnesium yang sangat tinggi!
Green Tea
Carechin dalam teh hijau telah menunjukkan peningkatan diameter arteri sehingga 40%. Ini meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah!
Minyak Zaitun
Pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan manfaat kardiovaskular selama bertahun-tahun. Kajian kecil menunjukkan minyak zaitun tambahan boleh mengurangkan tekanan darah dengan ketara berbanding minyak bunga matahari.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Kurangkan Kolesterol Jahat & Bawah Mata Menggerutu Dengan 5 Makanan Ini!
Rasa menggerutu di bawah kelopak mata dan sekitar leher serta sakit jantung? Ketahuilah bahawa itulah tanda tubuh anda memiliki jumlah kolesterol yang sangat tinggi.
Apa sebenarnya kolesterol itu?
Kolesterol adalah bahan berlemak yang hadir dalam darah dan ia berfungsi untuk menghasilkan membran sel serta menukar serapan cahaya matahari kepada vitamin D. Untuk fungsi ini, ia dipanggil sebagai kolesterol baik.
Namun apabila seseorang itu mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang tidak sihat, anda sebenarnya memberi peluang kepada kolesterol ‘jahat’ untuk berkumpul dengan banyaknya dalam dalam dinding arteri pada tubuh anda.
BACA: Walaupun Meningkat Usia, Untuk Kekal Sihat, Elakkan Buat Perkara Ini Selepas Makan
Jadi, apabila kolesterol tinggi, mudahlah anda terdedah kepada pelbagai penyakit seperti sakit jantung, sesak nafas dan bermacam-macam lagi melainkan anda fokus untuk mengawalnya dengan tip berikut:
5 makanan mampu kurangkan kolesterol jahat
1. Biji ketumbar
Biji ketumbar bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis.
Caranya: Masukkan dua sudu biji ketumbar dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.
2. Bawang merah
Para saintis menemui fakta bawang merah boleh membuang kolesterol yang jahat dan meningkatkan kolesterol yang baik.
Caranya: Masukkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Minum campuran jus bawang bersama madu setiap hari.
3. Indian Gooseberry atau buah pokok Melaka
Buah-buahan jenis ini memiliki agen hypolopidemic semula jadi yang boleh menurunkan kolesterol jahat.
Caranya: Anda boleh mendapatkan buah-buahan ini dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.
4. Cuka epal
Cukai epal boleh mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride, iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid reflux.
Caranya: Campurkan satu sudu cuka dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.
5. Jus oren
Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol dalam darah.
Caranya: Minum jus oren segar dua kali sehari.
Semoga bermanfaat!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI