Bersenamlah untuk jaga kesihatan jadi lebih baik. Itukah yang selalu kita dengar.
Antara senaman yang baik untuk tujuan tersebut ialah senaman kardio. Ia merupakan senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh-tempoh masa tertentu, pada intensiti tertentu.
Apa sahaja yang membuatkan jantung kita berdegup lebih laju daripada biasa dan berpeluh dengan banyak berbanding biasa, dipanggil senaman kardio.
Berikut merupakan antara kelebihan melakukan senaman kardio untuk kesihatan.
KESIHATAN JANTUNG
Jantung juga seperti otot-otot lain dalam badan kita. Jadi untuk melakukan kerja dan aktiviti harian kita harus pastikan ia sentiasa kuat. Melakukan latihan kardio dapat melatih jantung menjadi lebih kuat.
METABOLISMA
Peningkatan kadar degupan jantung dapat membantu metabolisma jadi lebih baik. Semakin tinggi kadar metabolisma, semakin meningkat kadar pembakaran kalori. Jadi secara otomatik kita lebih muda untuk jaga berat badan bahkan sentiasa kekal dengan berat ideal.
RANGSANG HORMON
Latihan kardio dapat merangsang hormon yang menimbulkan rasa senang dan gembira. Jadi secara tidak lagsung dapat membantu kita tangani masalah stres dan kepenatan. Ia juga merangsang hormin untuk menurunkan nafsu makan jika dilakukan dengam betul dan terkawal.
Ads
PERCEPATKAN PEMULIHAN BADAN
Pemulihan badan atau ‘recovery’ dapat berjalan dengan lebih cepat jika melakukan senaman kardio. Lebih banyak darah membawa oksien ke badan maka lebih cepat proses pemuilhan badan.
TANGANI KENCING MANIS
Kencing manis atayu diabetes merupakan antara musuh utama rakyat Malaysia. Melakukan latihan kardio dapat membantu anda menggunakan glukosa dalam badan dan mengawal kadar gula dalam darah. Jadi lakukanlah senaman secara rutin untuk kesihatan lebih baik.
BEBERAPA CONTOH SENAMAN NARDIO BOLEH ANDA LAKUKAN:
1. BERLARI
Salah satu senaman kardio yang paling mudah untuk diikuti. Berlari tak sama dengan berjogging. Berjoging ada manfaatnya tersendiri. Berlari, ada kelebihannya tersendiri. Terutamanya bila anda sedang cuba untuk menguruskan badan. Kesannya akan nampak ketara selepas anda berdisiplin melakukannya dalam tempoh 3 bulan pertama.
Buat senaman kardio ini tempoh masa 30 minit. Itu paling minimum. Kalau boleh, buat selama 1 jam. Cuba dalam tempoh 3 bulan. Anda akan dapat “feel” yang berbeza. Badan lebih ringan, senang nak buat kerja dan nafas rasa lebih teratur. Anda boleh joging sama ada di gym, taman ataupun di pantai.
3. BERBASIKAL
Naik basikal dan kayuh. Paling minima, buat dalam 30 minit. Kalau dapat buat 2 jam berterusan, lagi bagus. Kesannya dapat dirasai satu badan. Kita akan rasa penat dan lesu. Tapi jika berjaya lakukan sekurangnya 3 bulan pertama, percayalah. Badan anda akan rasa lebih sihat.
Salah satu senaman kardio yang memberi kesan ke seluruh badan. Berenang menggerakkan seluruh badan kita dari kepala sehingga ke hujung kaki. Berenang selama 30 minit mampu membakar lemak sebanyak 400 kalori. Percayalah bahawa berenang salah satu cara untuk bakar lemak dengan pantas. Tak percaya? Search di google tentang kebaikan berenang.
Pilih sukan yang memerlukan anda menggerakan anggota tangan dan kaki. Contohnya badminton, bola jaring, futsal, bermain bola sepak, bermain bola baling dan sebagainya. Kesemua permainan ini melibatkan anggota badan kita secara menyeluruh seperti berlari dan berjalan.
Ads
6. NAIK TURUN BANGKU
Ini juga cara paling simple untuk melakukan senaman kardio tetapi juga paling memenatkan walaupun anda lakukan dalam tempoh 3 minit sahaja. Cuba dalam 3 minit dan seterusnya cuba maintain dalam 5 minit. Buat 3 set mudah. 1 set bersamaan dengan 3 ulangan. Lakukan selama 3 bulan. Lepas itu, pergi timbang berat badan anda. Turun atau tidak.
IKUTI TIP INI!
Lakukan dulu dengan intensiti yang rendah. Jangan melonjak terus ke intensiti yang lebih tinggi. Takut anda tak terikut dan mula rasa bosan dengan aktiviti dalam senaman kardio. Bila dah bosan, memang anda akan lebih malas nak bersenam kerana merasakan senaman itu satu perkara yang menyusahkan.
Ini bukan cara nak bina badan. Tapi memadai untuk jadikan badan anda fit, bertenaga dan berpotensi untuk kurus. Tapi bukan dalam tempoh 3 minggu atau 1 bulan. Paling lama pun dalam tempoh 3-12 bulan. Adalah sia-sia jika anda hilang 3-10 kilogram dalam 1 bulan tapi bulan seterusnya anda jadi gemuk balik dan malas bersenam.
Selamat mencuba!
https://www.youtube.com/watch?v=I4uVqnrby1I&t=25s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda pasti sering berhadapan dengan semangat yang berkobar-kobar untuk bersenam, namun tidak kesampaian hanya kerana malas kan! Ataupun motivasi anda tidak begitu kuat sehingga menjadikan anda lemah dalam segala bab terutamanya pada pemakanan. Semua orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza dalam mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ada diantara anda yang mahu berat badan turun dengan cepat kerana anda perlu kelihatan menarik pada majlis perkahwinan bekas teman wanita anda nanti. Apa pun jua alasan anda, sentiasa fokus memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Maka, ini adalah beberapa langkah untuk anda fokus pada goal anda.
Mula dengan kadar segera
Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.
Tulis Goal anda
Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit. Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.
Plan, plan, plan
Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri. Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.
Mulakan dengan perkara mudah
Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan. Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!
Berdisiplin
Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Normal lah manusia tak pernah puas dan bersyukur dengan apa yang kita dah ada kan. Masa kini bukan perempuan je yang gila bab kecantikkan ni, lelaki juga tidak berkecuali. Lambakan produk kecantikan di pasaran adakalanya menimbulkan persoalan, apakah produk itu selamat digunakan?
Tambahan pula dengan momokan testimoni dengan kesan penggunaan boleh nampak seawal 3 hari! Amboi, memang tak menang tangan rasa nak prepare skin care routine dengan produk baru.
Tapi kena ingat , bahana produk timbang kilo dan cepat berkesan punya akibat merbahaya dalam jangka masa yang panjang. Nah reaksi kulit anda dari kesan penggunaan produk yang tidak sesuai dan merisikokan kesihatan kulit anda.
1. Kulit terasa panas
Lapisan kulit mula terasa panas dan kemudian mengalami pedih-pedih. Ini biasa terjadi apabila produk yang anda gunakan tidak ‘bekerja’ pada muka anda. Rasa panas boleh menimbulkan iritasi lagi berisiko dan menimbulkan radang (kemerah-merahan). Jangan abaikan dan hentikan pemakaian produk serta dapatkan nasihat doktor.
2. Kering dan kusam
Ada beberapa produk penjagaan kulit seperti losyen badan dikatakan baik untuk melembab tapi hasilnya kulit jadi semakin kering dan menggerutu. Sama juga dengan sabun mandi yang menyebabkan kulit kering akibat dari bahan sodium hidroikda yang banyak.
3. Kulit jadi lebih sensitif
Tidak sampai beberapa minit berada diluar, kulit anda sudah bertukar seperti warna kulit udang. Ianya berkemungkinan dari produk skin care yang mengandungi retinoic acid (retinol, vitamin A). Hati-hati produk yang mengandungi retinoic acid akan menyebabkan kulit menjadi sensitif apabila terkena pancaran matahari.
4. Menggelupas
Ramai yang kata kulit menggelupas tandanya kulit nak tumbuh yang baru atau bersalin kulit. Wait a minute! Tahukah anda lapisan kulit yang pertama (epidermis) amat penting bagi melindungi kulit dari terkena sebarang jangkitan kuman dan bakteria. Bayangkan kulit menggelupas apa jadi seterusnya? Hmmm..
Jadi berhati-hati lah sebelum membeli dan memakai sesuatu produk itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kovago (dua,kanan) bersama Ir Noor Hisham (dua,kiri) serta atlet hoki ais, Jia Yung (kiri) dan Tengku Muhammad Azlly. (Foto : Kamarul Akhir /www.asiana.my)
Walaupun Thailand dilihat antara pencabar utama dalam acara Hoki Ais pada temasya Sukan SEA ke 29 , potensi Filipina dan Indonesia juga perlu diberikan perhatian.
Jurulatih skuad Hoki Ais kebangsaan, Kristof Kovago berkata, di atas kertas memang Thailand memiliki kelebihan untuk bergelar juara berdasarkan prestasi semasa pasukan tersebut.
“Ini kami akui dalam beberapa siri perlawanan sebelum ini mereka (Thailand) berjaya menewaskan skuad kebangsaan dan pesaing-pesaing yang bakal beraksi ditemasya Sukan SEA 29 nanti.
“Tetapi untuk aksi di Kuala Lumpur ia pastinya berbeza, perlawanan baharu dengan semangat tinggi untuk meraih emas yang menjadi sasaran.
“Kali ini kami akan tampil berbeza, beberapa siri perlawanan yang disertai banyak memberikan pengalaman dan pendedahan buat pemain.
“Beraksi dipentas akhir adalah perancangan yang sempurna dan kami harapkan ia mampu direalisasikan,” katanya pada sidang media Kita Juara di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil tengah hari tadi.
Kovago yang merupakan bekas atlet hoki ais Hungray juga tidak menolak saingan dari Filipina dan Indonesia bakal diterima anak didiknya pada kali ini.
“Walaupun Thailand antara pasukan pilihan, tetapi bagi saya Filipina dan Indonesia tidak boleh dipandang rendah, jadi kami semua perlu waspada dengan sebarang kemungkinan,” ujarnya.
Sidang media tersebut turut dihadiri Pengurus pasukan, Ir Noor Hisham Yahya dan atlet hoki ais, Moo Jia Yung serta Tengku Muhammad Azlly Tengku Abdillah.
Jia Yung (kiri) dan Tengku Muhammad Azlly antara pemain senior dalam skuad negara yang menjadi harapan membimbing rakan sepasukan.
Sementara itu, Ir Noor Hisham berkata, barisan pemainnya kini berada dalam situasi terbaik untuk menghadapi temasya Sukan SEA ke 29.
“Pemain giat menjalani latihan insentif yang diberikan jurulatih khususnya untuk merangka strategi permainan apabila berdepan cabaran pasukan lain.
“Motivasi dan semangat pemain kini tinggi untuk memburu kejayaan pada kali pertama hoki ais dipertandingan pada temasya Sukan SEA.
“Pastinya kami mengharapkan sokongan padu peminat tempatan untuk menaikkan semangat para pemain pada setiap perlawanan membabitkan skuad kebangsaan,” jelasnya yang percaya skud kebangsaan mampu melakar keputusan positif pada temasya Ogos nanti.
Mengulas tekanan yang bakal dihadapi barisan pemain, Ir Noor Hisham percaya pengalaman beraksi dibeberapa kejohanan sebelum ini akan mematangkan pemain untuk memberi tumpuan penuh pada perlawanan.
“Soal tekanan tidak dapat dielakkan, saya rasa atlet juga mengetahui situasi ini dan mereka sememangnya telah bersedia.Kesemua pemain umpama adik beradik kerana telah bersama sejak 2007.
“Jadi saya rasa mereka akan bermain sebagai sebuah satu pasukan atau lebih jelas lagi satu keluarga yang akan bergerak bersama memastikan kemenangan pasukan,” ujarnya.