Kelebihan Lelaki Kahwin Pada Usia 30-an, Bukan Memilih Tapi Jodoh Baru Sampai

Share

Pertama sekali MASKULIN ingin tegaskan soal kahwin ini adalah bergantung kepada individu. Ada yang lepas belajar dan baru dapat kerja terus kahwin. Dan ada juga yang tunggu kewangan dan kerjaya stabil dahulu baru merancang nak kahwin.

Ia sebenarnya terpulang kepada pilihan masing-masing. Namun mengikut pengalaman MASKULIN, ada juga yang merancang kahwin lambat tapi sekali dia paling awal kahwin. Sebab apa? Sebab soal jodoh ini bukan kerja kita.

Kalau sudah jodoh memang tak perlu lari, dia akan datang sendiri. Tapi kali ini, MASKULIN ingin kongsikan akan kelebihan buat lelaki yang kahwin pada usia 30-an. Ya, mereka ada kelebihan tersendiri ya. Gadis-gadis di luar sana sila ambil perhatian.

LEBIH MATANG & EMOSI STABIL

Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan individu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.

Image by ArtPhoto_studio on Freepik

SUDAH PUAS BERSERONOK

Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.

JATI DIRI KUAT

Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.

Image by tirachardz on Freepik

EKONOMI STABIL

Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.

MATANG SEBAGAI BAPA

Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.

Akan tetapi tidak semua lelaki 30-an ada semua sifat atau karakter di atas ya.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim