Kelebihan Lelaki Botak, Selain Lebih Jimat Belanja Mereka Juga Nampak Sangat Macho

Share

Mungkin bagi kebanyakan lelaki mereka lebih selesa ada rambut. Dengan adanya rambut lelaki dapat mengekspresikan diri dan personaliti menerusi potongan serta gaya rambut yang dipilih.

Mungkin disebabkan itu juga ada ramai terutamanya yang tidak mempunyai rambut atau botak rasa sedikit rendah diri. Namun keyakinan diri itu sebenarnya bukanlah terletak pada rambut!

Lelaki yang botak patut bangga dengan penampilan diri. Tahukah anda segelintir wanita memang mempunyai citarasa dan suka kepada lelaki botak kerana mereka ini penampilan yang mampu menggetarkan jiwa serta ada auranya yang tersendiri.

Sebabkan itu, MASKULIN ingin kongsikan antara sebab spesis ini dilihat memiliki keistimewaan tertentu dari sudut pandangan wanita seperti :

LEBIH MASKULIN

Segelintir wanita biasanya akan tertarik kepada bentuk kepala lelaki yang licin kepalanya. Lagi-lagi kalau jenis kepala yang ‘bersinar’, ramai wanita jatuh cinta.

TARIKAN MISTERI

Ada kalanya, segelintir wanita itu tidak tahu kenapa mereka sukakan lelaki yang berambut seperti itu. Yang mereka rasa, kelibat lelaki botak sangat mendebarkan hatinya.

BELANJA LEBIH JIMAT

Wanita anggap lelaki seperti ini dapat jimat berbelanja terutamanya dari segi pengurusan rambut kerana lelaki botak tidak perlu pening cari syampu yang sesuai.

RINGKAS DAN KEMAS

Lelaki berambut kosong dilihat sebagai ringkas dan kemas. Paling menarik di mata wanita, golongan lelaki berkepala sebegini lebih cepat bersiap untuk keluar ke temu janji.

KEYAKINAN TINGGI

Biarlah apa orang nak kata, lelaki botak lebih percayakan diri sendiri dan mampu pergi ke mana-mana dengan selesa sekali gus menunjukkan tiada sikap hipokrit.

Jadi jika anda seorang jejaka yang botak berbanggalah dengan diri sendiri. Anda juga mampu tampil kacak seperti orang lain!

Ikuti tip fesyen menarik di YouTube MASKULIN ya!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim