Tidak dapat dinafikan sepanjang bulan Ramadan aktiviti kecergasan yang kita lakukan akan sedikit sebanyak lebih berkurangan.
Menjalani ibadah puasa sememangnya menuntut kita untuk menggunakan tenaga dengan lebih baik sepanjang hari. Namun ia tidak bermakna anda tidak boleh melakukan senaman.
Apatah lagi jika anda dapat ketika berbuka puasa atau bersahur anda mengambil jumlah makanan yang banyak. Dengan senaman anda mampu ‘menebus’ balik dan membakar semula kalori yang diambil berlebihan tersebut.
Mungkin anda tertanya-tanya apakah bentuk senaman ideal dan juga masa yang palign sesuai untuk melakukan senaman?
Melakukan senaman ketika berpuasa pastinya sedikit berbeza berbanding hari-hari biasa. Untuk lebih selamat lakukanlah senaman dengan lebih moderate atau sederhana.
Berikut beberapa perkara penting perlu anda lakukan jika kurang pasti sama ada anda boleh bersenam ketika berpuasa atau tidak. Hubungi doktor anda sebelum melakukan senaman ketika berpuas jika anda hadapi perkara tersebut:
Perkara paling penting perlu anda ambil perhatian ialah tidak mengikut atau meniru orang lain. Ingat kondisi fizikal dan mental anda berbeza berbanding orang lain.
Jika anda seseorang yang kurang aktif dan tidak aktif secara fizikal
Anda harus:
Atau jika anda tidak ingin melakukan senaman secara harfiahnya, ada boleh:
Jika anda seorang yang aktif secara fizikal dan kerap bersenam
Anda harus:
BACA: TOM CRUISE Awet Muda & Kacak Diusia 61 Tahun, Ini Rahsianya!
Sebenanrya waktu untuk melakukan senaman sepanjag bulan puasa adalah terpulang kepada kemampuan anda.
Namun terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan bergantung kepada waktu yang anda pilih. Berikut tiga waktu senaman dengan kelebihan dan kekurangan yang boleh anda pertimbangkan.
Selepas Sahur
Kelebihan: Mungkin mempunyai lebih banyak tenaga selepas makan sebelum berpuasa sepanjang hari.
Kelemahan: Kemungkinan berdepan risiko dehidrasi kerana tidak akan ada peluang untuk minum air selepas itu sehingga waktu berbuka puasa.
Petang Sebelum Berbuka Puasa
Kelebihan: Anda akan ada peluang untuk makan dan jalni untuk pemulihan dan hidrat ketika berbuka puasa
Kelemahan: Sokongan pemakanan pra-senaman yang minimum
Malam Selepas Berbuka Puasa
Kelebihan: Masa ini dianggap paling sesuai kerana ia memberi anda peluang untuk mengisi dan menghidrat sebelum dan selepas bersenam.
Kelemahan: Harus diseimbangkan dengan kepentingan rehat atau tidur. Elakkan bersenam 1-2 jam sebelum tidur untuk membolehkan adrenalin anda turun bagi mendapatkan tidur yang berkualiti.
Jadi waktu senaman mana yang anda rasa paling baik untuk anda?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!