WALAUPUN SESETENGAH ORANG MEMILIKI TUBUH BADAN YANG CANTIK DAN LANGSING, NAMUN TIDAK SEMUA BEBAS DARIPADA MENGALAMI MASALAH SELULIT.
SELULIT MERUPAKAN TANDA KEREGANGAN KULIT APABILA SEL LEMAK MEMBESAR YANG MENEKAN DINDING KAPILARI DAN MENYEBABKAN PENAHANAN AIR. LEMAK YANG BERCANTUM DENGAN KOLAGEN AKHIRNYA MEMBENTUK SELULIT.
Biasanya selulit terbentuk pada paha, pinggul, lengan, betis dan perut. Perubahan metabolisme badan, diet yang tidak seimbang, fisiologi dan faktor genetik juga antara punca terjadinya masalah selulit.
Tetapi malangnya, selulit agak mustahil untuk dihilangkan. Walau apa cara sekali pun dilakukan, kesan selulit tidak akan hilang. Ia hanya boleh dikurangkan agar tidak menjadi terlalu ketara.
Cara Hilangkan Selulit
LAKUKAN SENAMAN
Ini adalah cara hilangkan selulit yang paling mudah, tidak memerlukan belanja yang mahal dan anda mampu lakukannya.
Senaman boleh membakar lemak dan membuatkan otot-otot menjadi tegang.
Anda juga boleh melakukan aktiviti jalan kaki 10000 langkah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, atau jogging setiap minggu.
Tidak perlu bersenam setiap hari, anda boleh lakukan senaman 3 hari dalam seminggu ataupun lakukan kerja-kerja rumah boleh juga dikira senaman. Contohnya, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.
Jika anda di tempat kerja, elakkan menggunakan perkhidmatan lif. Sebaiknya, gunakan tangga untuk membakar lemak sekaligus dapat mengurangkan selulit.
MENGAMALKAN POLA PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jadikan Piramid Makanan sebagai rujukan, kurangkan dan lebihkan mana yang perlu.
Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Juga jadikan buah-buahan sebagai snek dan juga menu sayur-sayuran wajib dihidangkan ketika makan.
Elakkan makan makanan yang berlemak, bersantan dan berkolesterol. Makanan ini boleh menyumbang dan mendorong pembentukan selulit.
RAWATAN HILANGKAN SELULIT YANG DISEDIAKAN OLEH PUSAT-PUSAT PELANGSINGAN
Rawatan Liposuction adalah rawatan yang sesuai untuk buang selulit iaitu dengan membuang lemak di bawah kulit. Rawatan ini agak mahal dan memberikan kesan yang tidak diingini serta bertahan hanya untuk sementara waktu.
Selain itu, terdapat pusat rawatan yang menggunakan mesin Endermologie iaitu menggunakan roller dan juga alat sedutan untuk membuang selulit.
MENGAMBIL SUPLEMEN
Suplemen menyingkirkan selulit atau membakar lemak/kolestrol yang banyak dijual di pasaran sekarang.
MENGGUNAKAN KRIM ATAU LOSYEN PEMECAH LEMAK
Krim atau losyen untuk selulit banyak dijual dipasaran.
Kebiasaannya, krim atau losyen yang bersifat panas.
Pastikan krim atau losyen yang dibeli mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan agar tidak ada kesan negatif berlaku.
URUTAN
Boleh membantu hilangkan selulit. Apabila urutan dilakukan, peredaran darah akan lebih lancar dan ini juga membantu untuk menghancurkan lemak-lemak yang terkumpul.