WALAUPUN SESETENGAH ORANG MEMILIKI TUBUH BADAN YANG CANTIK DAN LANGSING, NAMUN TIDAK SEMUA BEBAS DARIPADA MENGALAMI MASALAH SELULIT.
SELULIT MERUPAKAN TANDA KEREGANGAN KULIT APABILA SEL LEMAK MEMBESAR YANG MENEKAN DINDING KAPILARI DAN MENYEBABKAN PENAHANAN AIR. LEMAK YANG BERCANTUM DENGAN KOLAGEN AKHIRNYA MEMBENTUK SELULIT.
Biasanya selulit terbentuk pada paha, pinggul, lengan, betis dan perut. Perubahan metabolisme badan, diet yang tidak seimbang, fisiologi dan faktor genetik juga antara punca terjadinya masalah selulit.
Tetapi malangnya, selulit agak mustahil untuk dihilangkan. Walau apa cara sekali pun dilakukan, kesan selulit tidak akan hilang. Ia hanya boleh dikurangkan agar tidak menjadi terlalu ketara.
Cara Hilangkan Selulit
LAKUKAN SENAMAN
Ini adalah cara hilangkan selulit yang paling mudah, tidak memerlukan belanja yang mahal dan anda mampu lakukannya.
Senaman boleh membakar lemak dan membuatkan otot-otot menjadi tegang.
Anda juga boleh melakukan aktiviti jalan kaki 10000 langkah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, atau jogging setiap minggu.
Tidak perlu bersenam setiap hari, anda boleh lakukan senaman 3 hari dalam seminggu ataupun lakukan kerja-kerja rumah boleh juga dikira senaman. Contohnya, berkebun, mengemas rumah dan sebagainya.
Ads
Jika anda di tempat kerja, elakkan menggunakan perkhidmatan lif. Sebaiknya, gunakan tangga untuk membakar lemak sekaligus dapat mengurangkan selulit.
MENGAMALKAN POLA PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jadikan Piramid Makanan sebagai rujukan, kurangkan dan lebihkan mana yang perlu.
Banyakkan minum air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Juga jadikan buah-buahan sebagai snek dan juga menu sayur-sayuran wajib dihidangkan ketika makan.
Elakkan makan makanan yang berlemak, bersantan dan berkolesterol. Makanan ini boleh menyumbang dan mendorong pembentukan selulit.
Ads
RAWATAN HILANGKAN SELULITYANG DISEDIAKAN OLEH PUSAT-PUSAT PELANGSINGAN
Rawatan Liposuction adalah rawatan yang sesuai untuk buang selulit iaitu dengan membuang lemak di bawah kulit. Rawatan ini agak mahal dan memberikan kesan yang tidak diingini serta bertahan hanya untuk sementara waktu.
Selain itu, terdapat pusat rawatan yang menggunakan mesin Endermologie iaitu menggunakan roller dan juga alat sedutan untuk membuang selulit.
Ads
MENGAMBIL SUPLEMEN
Suplemen menyingkirkan selulit atau membakar lemak/kolestrol yang banyak dijual di pasaran sekarang.
MENGGUNAKANKRIM ATAU LOSYEN PEMECAH LEMAK
Krim atau losyen untuk selulit banyak dijual dipasaran.
Kebiasaannya, krim atau losyen yang bersifat panas.
Pastikan krim atau losyen yang dibeli mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan agar tidak ada kesan negatif berlaku.
URUTAN
Boleh membantu hilangkan selulit. Apabila urutan dilakukan, peredaran darah akan lebih lancar dan ini juga membantu untuk menghancurkan lemak-lemak yang terkumpul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Badan memerlukan waktu tidur yang cukup dan sempurna. Walaubagaimanapun cuba elakkan untuk tidur di waktu pagi kerana telalu banyak keburukan untuk tubuh badan kita malah orang-orang soleh terdahulu sangat membenci tidur pagi. Ibnul Qayyim ketika menjelaskan masalah banyak tidur iaitu bahawa banyak tidur dapat mematikan hati dan membuat badan merasa malas serta suka membuang-buang waktu.
“Banyak tidur dapat mengakibatkan lalai dan malas-malasan. Banyak tidur ada yang termasuk dilarang dan ada pula yang dapat menimbulkan bahaya bagi badan.
Waktu tidur yang paling bermanfaat iaitu :
1. Tidur ketika sangat mengantuk
2.Tidur di awal malam – lebih manfaat daripada tidur di akhir malam,
3. Tidur di Waktu tengah hari
Tidur yang dilarang adalah tidur ketika selesai selepas solat subuh hingga matahari terbit. Kerana pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar.
BAHAYA TIDUR PAGI
Pertama Tidak sesuai dengan petunjuk Al Qur’an dan As Sunnah.
Kedua Bukan termasuk akhlak dan kebiasaan para salafush Soleh (generasi terbaik umat ini), bahkan merupakan perbuatan yang dibenci.
Ketiga Tidak mendapat berkat di dalam waktu dan amalannya.
Keempat Menyebabkan malas dan tidak bertenaga Sepanjang Hari
Kelima Menghalang datangnya rezeki
Ibnul Qayyim berkata, “Empat hal yang menghambat datangnya Rezeki adalah 1 tidur di waktu pagi, 2 sedikit solat, 3 malas-malasan dan 4 berkhianat.Perbuatan Khianat.” (Zaadul Ma’ad, 4/378)
Keenam Menyebabkan berbagai penyakit badan, di antaranya adalah melemahkan syahwat. (Zaadul Ma’ad, 4/222)
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Arrrghh…isnin datang lagi!” Pasti itu rungutan yang sering diluahkan apabila tibanya hari Isnin. Setelah berseronok pada hujung minggu, bangkit awal pada pagi hari Isnin antara cabaran terbesar bagi mereka yang sudah berkerjaya.
Apa itu ‘Monday Blues’? Boleh dikatakan masalah global menyelubungi pekerja yang kebanyakan waktu teknikal bekerja setiap minggu bermula pada hari Isnin. Akibat dua hari sebelum terisi dengan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, kemalasan serta mood untuk bekerja pada hari seterusnya seolah-olah sudah tiada.
TIP UNTUK ATASI
1) Bangun lebih awal
Set jam penggera anda seawal yang boleh. Selepas membuka mata, ambil sedikit momen untuk menarik nafas panjang dan renggangkan badan di atas katil. Pasti anda akan lebih segar dan lebih bertenaga.
2) Sarapan ringan
Jangan biarkan perut kosong pada awal permulaan hari Isnin. Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi amat penting bagi menstabilkan momentum fizikal agar lebih bertenaga. Pengambilan bijirin (cereal) dan susu antara pilihan yang bijak. Anda juga boleh memilih untuk menikmati dua keping roti bersama segelas jus.
3) Mendengar muzik Ya, tidak dinafikan trafik pada hari Isnin kebiasaannya sesak. Oleh itu, jangan ambil peduli akan kesesakan tersebut. Sebaliknya berfikiran positif dan putarkan radio atau mainkan lagu-lagu kegemaran anda. Apa jua genre, muzik terbukti menenangkan dan mampu menyegarkan mata anda.
4) Elak terus membuka komputer Jangan biarkan anda terbeban dengan tugasan setibanya sampai di pejabat. Elakkan dari terus membuka komputer dan membaca lambakan e-mel yang boleh membuatkan anda tertekan. Seeloknya selesakan dahulu diri anda dengan menyusun jadual kerja.
5) Senyuman dan bicara ringan Mulakan hari anda yang positif dengan senyuman. Ambil masa dan pergilah menyapa rakan sekerja serta kongsi aktiviti sepanjang hari minggu anda bersama mereka bagi meningkatkan keterujaan. Gelak ketawa mampu membangkitkan mood anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Helai-helai rambut putih atau uban akan muncul bila usia kita semakin tua. Namun, ada juga uban yang tumbuh lebih awal pada usia yang masih muda. Uban yang muncul pada usia muda ini boleh jadi petanda bahawa anda kekurangan nutrisi atau kerana faktor genetik.
Mewarnakan uban dengan inai atau pewarna menjadi salah satu cara untuk melindungi masalah rambut ini namun melakukannya terus menerus sudah tentu memenatkan dan kurang baik untuk kesihatan rambut.
Tapi ada lagi satu cara mengatasi masalah uban ini iaitu dengan meningkatkan nutrisi tubuh. Berikut adalah jenis makanan yang mampu memberi khasiat pada rambut dan mengelakkan timbulnya uban pada usia muda.
Ini 5 jenis makanan yang boleh menyingkirkan uban secara semulajadi.
1. Sayuran hijau
Pengambilan sayur berwarna hijau pekat untuk mendapatkan khasiat vitamin B adalah penting. Kulit kepala memerlukan vitamin B-6 dan B-12 untuk menghasilkan sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen serta nutrisi.
Warna rambut juga berkaitan dengan hormon dan vitamin B-2 memainkan peranan penting dalam penghasilan hormon.
2. Coklat
Unsur dalam coklat diperlukan untuk menghasilkan melanin, sumber warna rambut. Selain itu anda boleh memperoleh zat yang sama dalam kacang dal atau cendawan.
3. Salmon
Ikan salmon ini memang baik untuk kesihatan termasuk rambut. Unsur selenium dalam salmon membantu menghasilkan hormon yang penting bagi rambut. Proses ini juga membantu mineral memerangi radikal bebas yang mengakibatkan kemunculan uban.
4. Buah beri
Buah-buahan jenis beri, terutama strawberi mampu meningkatkan penyerapan vitamin C yang membantu penghasilkan kolagen selain memerangi radikal bebas.
5. Almond
Anda juga makan kacang almond sebagai kudapan mendapat khasiat vitamin E. Di samping itu almond juga bermanfaat menurunkan kadar kolesterol jahat dalam darah.
Semua makanan ini bukan saja baik untuk rambut malah berkhasiat untuk kesihatan tubuh juga, jadi tak rugi jika mengamalkannya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : Vanillakismis.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.