Foto: BFM News

Antara golongan yang sering tersepit dalam kehidupan di bandar besar seperti Kuala Lumpur ialah dalam kategori B40.

Malah kerajaan telah mengenal pasti bahawa antara cabaran paling besar dihadapi oleh golongan ini ialah kadar sewa kediaman yang tinggi berbanding pendapatan mereka yang rendah.

Awal tahun ini, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlam telah mengumumkan bawaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) program rumah mikro yang disasarkan khusus untuk orang bujang yang tergolong dalam kategori B40.

FASA PERTAMA 

Dan semalam, Datuk Nor Hisham telah mendedahkan bahawa permohonan untuk fasa pertama boleh dilakukan bermula pada bulan Ogos 2019. Bagi program fasa pertama ini DBKL akan mengambil sebanyak 188 orang penyewa manakala untuk fasa kedua pula seramai 135 penyewa.

IKLAN
Kelayakan & Cara Memohon Rumah-Mikro RM100 Sebulan Khas Untuk Orang Bujang Di KL
Fasa pertama yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dijangka boleh didiami bermula pada Oktober 2019. Foto: BFM News

BACA: Designer Ini Kongsi Tip Cara Kesan Defect Bila Masuk Rumah Baru Dibeli

“Permohonan untuk fasa pertama akan bermula pada bulan Ogos dan penyewa yang layak dan terpilih akan mula memasuki kediaman mereka bermula pada bulan Oktober dengan sewa serendah RM100 seorang.

“Kami harap program ini mampu meringankan beban terutamanya di kalangan generasi muda yang memerlukan bantuan perumahan padaperingkat awal pekerjaan,” jelasnya yang turut menyatakan penyewa boleh memilih sama ada untuk menandatangani sewaan selama 12 atau 18 bulan.

IKLAN
Kelayakan & Cara Memohon Rumah-Mikro RM100 Sebulan Khas Untuk Orang Bujang Di KL
Ruang yang selesa dan sesuai untuk golongan bujang berpendapatan rendah di kawasan bandar.

KEDUDUKAN STRATEGIK

Difahamkam program perumahan ini berkongsepkan perkongsian ruang dengan setiap tingkat mengandungi sebanyak empat atau lima unit dengan keluasan 7 meter persegi. Setiap unit mempunyai tiga hingga enam buah katil dan almari.

Projek rumah mikro ini dilaporkan terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dengan dua buah bangunan tujuh tingkat yang diubahsuai. Selain itu, pihak DBKL juga akan melakukan renovasi beberapa buah bangunan lama seperti di Chow Kit untuk projek akan datang.

IKLAN

Setiap kawasan perumahan mikro ini juga menyediakan kawasan letak basikal dan motosikal, surau, dobi, ruang membaca dan bilik air.

Berikut merupakan syarat kelayakan program ini:

  • Rakyat Malaysia
  • Berusia antara 18 sehingga 35 tahun
  • Berpendapatan kurang RM2,000 ke bawah
  • Bekerja di Kuala Lumpur
  • Tidak mempunyai rumah dan kereta

Buat anda yang berminat boleh memohon di laman sesawang DBKL e-housing selepas ia dibuka pada bulan Ogos nanti.

Sumber: BERNAMA

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI