Semalam mesti ramai yang makan tanpa kawalan atau dalam bahasa lain orang gelar, makan tak ingat dunia. Mana tidaknya, pergi rumah A hidangan sup kaki ayam, pergi masjid B makan nasi kurma kaki kambing.
Semua jenis hidangan ini memang lazat tetapi kandungan kalorinya sangat tinggi terutamanya daging lembu. Bahagian kakinya sangat popular hingga ada yang menggelarkan sup ini sebagai sup gearbox. Namun, harus diingat, kandungan kolesterolnya sangat tinggi, jadi hati-hati.
Untuk itu, anda boleh mula dengan berjalan mendaki bukit kerana banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan. Lagi pula Raya Aidiladha pula bakal tiba!
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Ads
Anda silap! Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Cara betul gunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Ads
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
#1: Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Ads
#2: Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
#3: Jadikan treadmill rutin harian
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ikan sardin juga mempunyai 1001 khasiat yang mungkin kita tidak ketahui. Mungkin ada yang merasakan menu sardin ini menu masa kecemasan kerana senang di masak dikala memerlukan.
Tapi rupanya ada banyak khasiat dari menu ikan sardin ini. Jom tengok 7 manfaatnya kepada tubuh badan.
1. Pembentukan Otot
Ikan sardin adalah salah satu sumber makanan yang dengan protein. Protein yang dimakan tersebut dapat membantu dalam pembentukan otot pada badan kita.
2. Kulit Lebih Sihat
Jika anda inginkan kulit yang sihat, cantik malah bersinar, amalkan makan ikan sardin kerana ianya kaya dengan lemak Omega 3. Lemak ini berperanan untuk meningkatkan sel-sel kulit, mengurangkan radang kulit sekaligus menjadikan kulit lebih sihat.
3. Meningkatkan Antibodi
Antibodi badan dapat ditingkatkan dengan mengamalkan makan ikan sardin kerana kajian menunjukkan minyak ikan sardin dapat meningkatkan sel-sel sistem antibodi.
4. Melindungi Daripada Penyakit Jantung
Lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam kesihatan kerana zat yang terkandung dalam ikan sardin dapat melindungi jantung daripada pelbagai penyakit. Bahkan lemak tersebut juga membantu menurunkan paras kolesterol, tekanan darah tinggi yang dikaitkan dengan penyakit jantung.
5. Perkembangan Otak
Lemak Omega 3 sangat diperlukan dalam jumlah besar untuk perkembangan otak. Ia dapat menguatkan memori dan meningkatkan daya tumpuan.
6. Membantu Pertumbuhan & Menguatkan Tulang
Vitamin D yang terkandung dalam ikan sardin membantu menyerap kalsium di dalam badan, sekaligus membantu pertumbuhan tulang yang kuat dan sihat malah mencegah Osteoporosis.
7. Darah Beku
Gumpalan darah dalam arteri sangat berbahaya untuk jantung. Jadi, lemak Omega 3 yang ditemui dalam ikan sardin ini baik untuk mencegah pembekuan darah daripada berlaku.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Terdapat beberapa sebab yang mengakibatkan kesakitan kaki dan lutut. Bagaimanapun, di kalangan pakar ortopedik mengatakan bahawa masalah kaki dan lutut tidak hanya berlaku pada golongan orang tua sahaja.
Malah kebanyakan orang muda malah remaja kini juga turut tidak ketinggalan dari mengalami masalah yang sama. Malah jika anda berada di hospital ketika ini hampir 50% daripada mereka yang mengalami masalah lutut adalah daripada mereka yang berusia 17 – 30 dan ada yang terpaksa dibedah.
Antara penyebab masalah pada kaki dan lutut termasuklah kecederaan pada otot akibat aktiviti sukan ataupun kemalangan, osteoarthritis yang melibatkan hakisan tulang rawan atau terdapat ketumbuhan di lutut.
JOm lihat perkara yang perlu kamu lakukan atau elakkan :
Elakkan berdiri tegak sepanjang masa. Sekali sekala anda harus juga bengkokkan lutut berselang-seli antara kedua-dua kaki untuk menyeimbangkan bebanan berat badan anda.
Pastikan kaki dan lutut anda berada dalam keadaan yang selesa setiap kali anda duduk. Ubah cara duduk dan baring anda jika berasa tidak selesa ketika itu.
Letakkan bantal di bawah pelipat kaki apabila tidur terlentang supaya tidak berlaku ketegangan pada otot ketika tidur.
Jangan mencangkung atau bertinggung ketika melakukan kerja. Duduk di atas bangku rendah supaya dapat melakukan tugas dengan selesa.
Elakkan daripada berada dalam posisi yang sama lebih dari 30 minit. Ubah posisi duduk atau baring anda itu sekali sekala.
Sekiranya lutut sakit, jangan terlalu rajin berjalan jauh ia akan ia akan memburukkan lagi keadaan.
Hadkan perjalanan anda dan tunggu sehingga anda benar-benar sembuh.
Hentikan sebarang senaman atau aktiviti yang dilakukan sekiranya terasa sakit. Ini bermaksud otot-otot kaki anda memerlukan rehat yang secukupnya dari sebarang tekanan beban.
Tuam dengan air batu atau air panas bagi mengurangkan kesakitan. Air batu berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Air panas boleh mengurangkan ketegangan pada otot.
Lutut dan kaki kita ini tentu sekali akan berasa haus juga nanti apabila digunakan pada kadar yang maksima terutamanya bagi atlet. Mereka bersenam dan berlatih dengan kerap dan menyebabkan ketegangan pada tisu dan otot-otot kaki. Jadi, jagalah kaki dan lutut anda sebaik mungkin.
Cegah ia sebelum melarat kerana anda bakal menggunakannya buat masa yang lama. Dapatkan suplemen yang bersesuaian untuk penjagaan kaki dan lutut yang lebih optimum. Ada juga alternatif semulajadi untuk penjagaan lutut dan kaki jadi tak salah jika anda mulai mengambilnya sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nampaknya acara larian kini kembali rancak dianjurkan di seluruh negara. Selepas kira-kira dua tahun terhenti akibat pandemik, kini aktiviti larian dilihat diadakan setiap minggu di pelbagai lokasi.
Ia pastinya berita yang cukup menggembirakan buat peminat larian. Salah satu jarak larian yang popular terutamanya di kalangan pelari kasual ialah 10 kilometer atau dikenali sebagai 10K.
Ia merupakan jarak pengenalan sebelum seseorang melakukan larian lebih jauh seperti half marathon. Larian 10k memerlukan anda untuk ada stamina, kesungguhan, motivasi diri serta persediaan fizikal yang baik.
Jadi buat yang baru ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini, MASKULIN nasihatkan agar melakukan persediaan. Selain bersedia dari segi fizikal dan mental anda juga harus makan dengan cara yang betul.
DIET DAN AMALAN SEBELUM MELAKUKAN LARIAN 10K
Ingat, sasaran anda ialah menghabiskan larian pada jarak 10k dengan selamat dan selesa. Sebelum mulakan larian anda harus makan dengan betul. Ikuti beberapa tip daripada MASKULIN di bawah.
1.
Pastikan pada malam sebelum hari larian anda minum air dengan cukup. Pada sebelah pagi semasa buang air kecil perhatikan warnanya. Jika ia terlalu kekuningan itu bermakna anda sangat kekurangan air. Jauhi minuman yang boleh menyebabkan anda alami dehidrasi.
2.
Sebelum larian makanlah sedikit makanan berasaskan karbohidrat. Antara makanan yang boleh anda ambil ialah pasta, nasi, roti, bijirin dan kentang. Sedikit protein juga tidak mengapa namun jauhi makanan tinggi lemak seperti keju, pastri dan krim.
3.
Sebaiknya makanlah sebelum 2 hingga 3 jam sebelum anda mulakan larian. Menu yang anda boleh ambil adalah seperti yang kami kongsi di atas.
4.
Minum air secukupnya sebelum melakukan larian. Sebaiknya minum minuman sodium atau minuman mengandungi elektrolit. Badan anda memerlukan air mencukupi untuk menjalani larian sejauh 10 kilometer.
All the best buat anda yang ingin mencuba melakukan larian pada jarak ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.