Saban tahun setiap pengeluar kasut larian pasti akan cuba sedaya upaya untuk menghasilkan produk membantu kelajuan larian terbaik.
Kasut larian kini bukan lagi berlegar untuk keselesaan semata. Bagi pelari aktif mereka mahukan kasut larian yang mampu membantu mereka mendapatkan catatan masa larian yang lebih pantas.
Mungkin anda pernah mendengar tentang pelari maraton terkenal Eliud Kipchoge yang telah memecahkan rekod dunia dan menjadi manusia pertama berlari di bawah dua jam untuk maraton. Dan terbaru, Nike menghadirkan diri mereka dengan teknologi NEXT%.
Buat pengetahuan anda kasut yang dipakai oleh beliau ketika melakukan larian cukup bersejarah itu ialah Nike Air Zoom Alphafly NEXT%.
“Bagi pelari, melakukan rekod seperti larian satu batu selama empat minit atau maraton selama dua jam merupakan barometer yang menjadi buruan mereka. Inilah catatan masa yang mampu menguji potensi sebenar seorang pelari.
Apa yang dicapai oleh Eliud membuktikan bahawa teknologi mampu membantu larian lebih pantas,” jelas Timbalan Presiden Inovasi Kasut Nike, Tony Bignell.
Dengan misi itulah Nike memperkenalkan 3 kasut larian dalam famili NEXT%. Model-model kasut tersebut ialah Nike Air Zoom Alphafly NEXT%, Nike Air Zoom Tempo NEXT% dan Nike ZoomX Vaporfly NEXT%. Melengkapkan ‘famili’ pula kasut larian latihan untuk beginner, Nike Air Zoom Pegasus 37.
Kesemua model kasut larian hebat dari Nike kini telah berada di pasaran terutamanya di laman sesawang rasmi mereka.
Buat anda yang ingin meningkatkan kualiti serta mengejar masa terbaik peribadi, inilah seleksi kasut larian terbaik yang boleh anda cuba sekarang.
Jika anda ingin mencari kasut larian bajet, boleh dapatkan di sini.