Bagi kebanyakan daripada kita semua, mempunyai akses Internet yang stabil dan laju merupakan satu keperluan yang sangat penting. Apatah lagi sekarang ramai yang harus bekerja dari rumah berikutan penularan wabak Covid-19. Kelajuan Internet untuk melakukan tugasan kerja dari rumah memang sangat penting.
Namun bila berdepan situasi kelajuan Internet tidak seperti apa yang anda langgan dengan syarikat telekomunikasi, ia pastinya sangat mengecewakan. Lebih parah apabila masalah ini berlanjutan dalam tempoh masa yang lama.
Walhal setiap bulan anda membayar sejum;ah wang untuk servis kelajuan seperti yang dijanjikan. Akan tetapi apa yang diperolehi setiap hari berlainan sama sekali.
Jika masalah ini berlaku sekali-sekala mungkin kita boleh tutup sebelah mata. Tapi bagaiamana jika ia berlarutan. Komplen sudah dilakukan menerusi panggilan telefon tetapi ia masih tidak berubah.
Usah risau sebagai pengguna hak anda sebenarnya boleh dilindungi. Anda boleh lakukan aduan secara di atas talian kepada Suruhanjaja Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Ikuti caranya di bawah:
Pertama sekali kita kenali dahulu sedikit sebanyak Sistem Aduan SKMM atau MCMC.
Sistem Aduan MCMC adalah satu saluran komunikasi menerusi Internet untuk pengguna membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya mengenai isu berkaitan sektor Komunikasi dan:
- Telekomunikasi
- Penyiaran
- Perkhidmatan Pos/kurier
- Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP)
LAMAN SESAWANG
Untuk melakukan aduan pertama sekali anda harus layari laman sesawang https://aduan.skmm.gov.my/. Di paparan hadapan, pilih ‘Aduan Baru’ dan tekan.
PILIH JENIS ADUAN
Selepas itu anda harus isikan pilihan ikut masalah dan jenis perkhidmatan yang digunakan. Sebagai contoh anda ingin membuat aduan atau komplen.
Pilih jenis aduan ‘Complaint’. Bagi perkhidmatan pula jenis talian Internet yang anda gunakan. Dalam kes ini mungkin anda menggunakan ‘High Speed Boradband’. Pilih nama pembekal talian Internet anda sekali.
BACA: Guna Telefon Pintar Lebih Lama, Lebih Tinggi Potensi Berat Badan Naik!
MAKLUMAT PERIBADI
Kemudian isikan maklumat peribadi anda berserta nombor kad pengenalan, nombor telefon, alat dan paling penting e-mel.
Huraikan masalah anda hadapi dengan baik diruangan yang disediakan. Aduan hendaklah padat dan jelas serta tidak meleret.
BUKTI SOKONGAN
Di bahagian akhir sekali, anda boleh muat naik bukti kelajuan Internet anda tidak seperti yang dijanjikan. Muat naik printscreen speed test yang anda lakukan di ruangan attachment.
Akhir sekali anda harus sahkan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan kemudian tekan butang Hantar/Submit.
Pihak SKMM akan hubungi anda dalam masa yang terdekat. Besar kemungkinan dalam tempoh 48 jam.
Semoga perkongsian ini boleh memberikan manfaat buat anda semua.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI