Walaupun ada sedikit kekurangan dan kelainan upaya, Allah kurniakan pula iltizam yang tinggi kepada mereka. Kami kongsikan 7 tokoh golongan kurang upaya atau kelainan upaya berbanding manusia normal yang tidak pernah patah semangat dan lebih berjaya daripada sesetengah manusia yang sempurna segala sifat.
Dilahirkan dengan penyakit distrofi otot, di mana otot menjadi lemah secara perlahan-lahan, Ralph ialah pengasas Braun Corporation, pengeluar yang menerajui bidang kerusi roda. Syarikatnya juga yang pertama mengeluarkan kenderaan van yang mesra kerusi roda.
Stephen Hawking adalah tokoh terkenal di dalam bidang akademik dan juga penerima pelbagai anugerah. Walaupun menderita penyakit motor neuron, beliau adalah salah seorang ahli fizik yang terkenal di dalam bidang sains. Banyak buku yang telah beliau terbitkan dan menjadi sangat popular.
Bukan semua bentuk kecacatan itu dalam bentuk fizikal. John Nash mengalami penyakit Skizofrenia Paranoid iaitu penyakit yang mengganggu fikiran dan mental. Namun begitu, penyakitnya tidak menghalang minatnya terhadap bidang matematik. Ilmunya dalam geometri serta persamaan dan pembezaan separa amatlah dikagumi dan kisahnya telah diadaptasikan di dalam filem bertajuk “The Beautiful Mind” lakonan Russell Crowe pada tahun 2001.
Nama Beethoven sangat tidak asing lagi terutamanya kepada penggemar muzik. Beliau adalah komposer muzik klasikal yang sangat terkenal. Walaupun beliau kehilangan pendengaran pada usia 26 tahun (perkara terburuk yang boleh terjadi kepada mana-mana pengarang lagu)
, Beethoven masih tetap meneruskan minatnya dalam menghasilkan seni. Kebanyakan karyanya yang digemari ramai sebenarnya dihasilkan beliau setelah menjadi pekak sepenuhnya.Brown ialah seorang penyair, pelukis dan penulis buku yang terkenal dan juga penghidap penyakit palsi serebrum. Dilahirkan di Ireland, Brown tidak dapat bergerak dengan sendirinya sehinggalah berumur 5 tahun di mana hanya kaki kirinya sahaja yang dapat berfungsi. Namun begitu, dengan hanya menggunakan kaki kirinya sahaja, beliau dapat melukis dan menggunakan mesin taip bagi menghasilkan puisi dan buku yang sangat popular sehingga ke hari ini.
Vincent Van Gough merupakan salah seorang pelukis paling berpengaruh dan terkenal dalam sejarah. Namun beliau menderita dengan kemurungan dan masalah mental dan beberapa kali pernah dimasukkan ke dalam hospital sakit jiwa. Walaupun meninggal dunia dengan cara membunuh diri, hasil seni lukisnya menjadi antara karya teragung sepanjang zaman.
Dilahirkan tanpa kedua-dua tangan dan kaki, Nick dibesarkan di Australia. Walaupun kurang upaya, kekurangannya membuatkan beliau berdikari dan belajar untuk menggunakan papan selaju, berenang, dan juga meluncur di pantai. Kini, Vujicic yang sudahpun berumahtangga dan dikurniakan anak telah menjadi seorang pakar motivasi dan menerima pelbagai anugerah.
Sumber : Illuminasi