Redza Rosli Bersyukur Rezeki Bertambah-Tambah Selepas Kahwin

Perkahwinan bukan hanya menyatukan dua hati, tetapi juga membawa perubahan besar dalam kehidupan seseorang lelaki.

Pelakon terkenal, Redza Rosli, adalah contoh nyata bagaimana seorang lelaki boleh mengimbangi antara tanggungjawab sebagai suami dan tuntutan kerjayanya.

Selepas berkahwin, Redza mengakui rezekinya semakin bertambah, sesuatu yang dianggapnya sebagai berkat doa ibu bapa serta keikhlasan dalam mencari nafkah.

Kekuatan Seorang Lelaki Bertambah dengan Doa dan Restu Isteri!
Foto : Harian Metro

Keikhlasan Dalam Mencari Rezeki

Bagi Redza, setiap kali dia keluar rumah untuk bekerja, niatnya jelas  mencari rezeki bukan hanya untuk dirinya sendiri, tetapi juga untuk isterinya, kedua ibu bapanya, mentuanya, dan adik-beradiknya.

Dengan sokongan isteri yang memahami jadual padatnya sebagai pelakon, Redza lebih bersemangat dalam bekerja.

“Bila saya keluar rumah, saya tahu saya bekerja untuk keluarga. Isteri saya faham dan sentiasa memberi restu setiap pagi sebelum saya pergi bekerja,” katanya.

Ketenangan Hati, Kunci Kejayaan

Sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga, Redza percaya bahawa ketenangan hati memainkan peranan besar dalam memastikan rezeki yang diperoleh sentiasa diberkati.

Ads

Baginya, menjauhkan diri daripada gosip dan memilih untuk fokus kepada keluarga adalah keputusan terbaik.

Kekuatan Seorang Lelaki Bertambah dengan Doa dan Restu Isteri!
Foto : Murai MY

“Apa sahaja gosip, saya tak masuk campur. Saya lebih suka fokus kepada keluarga dan kerja saya. Saya percaya Allah itu Maha Adil. Apa yang kita lakukan, pasti ada balasannya,” ujarnya lagi.

Doa dan Restu, Sumber Kekuatan Seorang Lelaki

Bagi Redza, keberkatan rezeki bukan sekadar usaha, tetapi juga datang daripada doa isteri dan ibu bapanya.

“Setiap kali saya keluar bekerja, saya selalu minta isteri saya doakan saya, supaya rezeki saya lancar, mood saya baik ketika

Ads

berlakon dan mata saya dijaga daripada perkara yang tidak baik,” katanya.

BACA LAGI : Nadiem Makarim, Dari Bina Syarikat ‘Unicorn’ Gojek Kepada Pemimpin Pendidikan

Kekuatan Seorang Lelaki Bertambah dengan Doa dan Restu Isteri!
Foto : ohBulan!

Kepercayaan kepada kuasa doa ini menjadi pegangan hidupnya dalam menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki yang bertanggungjawab.

Ads

Seorang lelaki sejati bukan sekadar mencari nafkah tetapi juga menjaga kesejahteraan emosi dan spiritual keluarganya.

Redza Rosli membuktikan bahawa lelaki yang berprinsip, ikhlas dalam bekerja, dan menghargai keluarga akan sentiasa mendapat keberkatan dalam hidupnya.

Dalam dunia hiburan yang penuh cabaran, Redza memilih untuk kekal berfokus pada yang penting, keluarganya.

Ini adalah bukti bahawa maskuliniti bukan hanya tentang kekuatan fizikal, tetapi juga kecekalan dalam menghadapi kehidupan dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video menarik seperti di bawah.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI