Setiap orang pasti pernah mengalami kekejangan otot. Apatah lagi jika ia berlaku secara tiba-tiba terutamanya ketika tidur membuatkan lena kita terganggu.
Selain waktu tidur, ia juga boleh berlaku ketika bersenam atau bersukan. Kesakitan dan ada ketikanya disertai dengan rasa kebas itu pastinya kurang menyenangkan sehingga boleh menghilangkan mood.
Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad, ada lima gejala kejang yang perlu anda beri perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan yang segera.
Jadi, pastikan anda tidak mengabaikan gejala-gejala kejang ini.
Kejang otot yang menyerang sewaktu baru bangun tidur adalah pengalaman yang kurang menyenangkan dan boleh mengganggu ‘mood’ anda sepanjang hari.
Biasanya kejang otot ini menyebabkan kesakitan pada jari kaki dan betis, iaitu antara bahagian yang kerap dilanda masalah ini.
Ads
Berdasarkan kajian American Academy of Family Physicians, 60% orang dewasa yang sering mengalami kekejangan otot pada awal pagi atau sebelah malamnya turut menghidapi masalah gangguan tidur atau insomnia.
Meskipun kejang otot adalah perkara biasa, tetapi ada serangan kejang otot tertentu perlu diambil serius kerana boleh menyebabkan komplikasi lebih serius.
Foto: FB Dr Zubaidi Hj Ahmad
Disenaraikan lima gejala kejang harus diberi perhatian dan memerlukan pemeriksaan kesihatan segera:
1. Kejang otot yang berlaku dalam tempoh panjang.
Kekejangan yang berlaku dalam tempoh singkat boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang, apatah lagi jika ia berlangsung dalam tempoh lama. Andai kejang menjejaskan fungsi harian anda, sebaik-baiknya dapatkan bantuan.
Kekejangan yang berlangsung dalam tempoh yang panjang boleh menjadi petanda gejala penyakit lebih serius. Selain dari itu, gejala kejang yang terlalu lama juga boleh disebabkan kolesterol tinggi selain gangguan saraf.
Ads
2. Kejang otot disertai bengkak, kemerahan dan perubahan warna pada bahagian terjejas.
Pengambilan ubat tertentu selain sering terbabit dengan perjalanan panjang contohnya duduk terlalu lama (sama ada di atas kenderaan atau di tempat kerja) boleh memungkinkan anda mengalami gejala kejang otot disertai kemerahan.
Kalau ada simptom lain termasuk bengkak dan perubahan warna pada kulit, itu menandakan ada gumpalan darah dalam tubuh. Pada awalnya gumpalan darah itu tidak bahaya, namun risiko boleh meningkat apabila berlaku saluran darah pecah dan menyumbang kepada serangan jantung atau strok. Ambil langkah pencegahan untuk mengelakkan anda berada pada tahap berkenaan.
3. Otot kaki yang kejang pada jarak sama ketika melakukan aktiviti olahraga.
Ini satu petanda bagi atlet yang gemar melakukan aktiviti larian jauh. Biasanya anda akan menghadapi saat otot betis seolah-olah ‘mengeras’.
Jika keadaan itu berlaku secara konsisten pada jarak hampir sama, ia mungkin gejala sindrom kompatmen. Ia merujuk kepada bahagian otot kaki mengembang sehingga memberi tekanan kepada bahagian lain. Kes terburuk membabitkan penyakit ialah saluran darah mahupun saraf tercedera dan terjejas akibat masalah berkenaan. Dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan larian.
4. Kekejangan yang disusuli rasa mual, demam dan muntah.
Kejang otot yang disertai rasa mual, demam dan berakhir dengan muntah menandakan masalah dalam badan. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh masalah dehidrasi.
Ads
Sebaik-baiknya ambil air mencukupi untuk mengembalikan elektrolit dalam badan. Namun dapatkan nasihat doktor jika gejala itu berlarutan.
5. Disertai rasa panas dan kebas di bahagian otot mengalami kejang.
Apabila kejang otot turut disertai rasa panas dan kebas, ia merujuk kepada gejala dipanggil hernia cakera. Setiap tulang belakang dilengkapi dengan cakera pertengahan, bertindak sebagai penyerap kejutan dan pautan. Apabila seseorang berjalan atau berdiri, cakera ini menyokong beban yang menegak ketika pergerakan.
Namun bagi yang mengalami masalah ini, biasanya saraf akan ditekan dan akhirnya menyebabkan kesakitan. Biasanya pesakit akan rasa pijar di bahagian tubuh bawah terutama kaki.
Bagi melegakan gejala terbabit, biasanya terapi panas digunakan untuk menghilangkan rasa sakit. Namun, sebaik-baiknya temui doktor untuk tahu tahap kesakitan serta rawatan sesuai.
Kira-kira sebulan dari sekarang salah satu acara sukan terbesar di dunia akan diadakan. Dan tidak dinafikan sukan paling popular bagi masyarakat global ialah bola sepak. Ia merupakan sukan yang bersifat cukup universal dan itulah salah satu sebab mengapa cukup digemari pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Selepas kali terakhir menyaksikan Rusia menjadi tuan rumah pada tahun 2018, edisi terbaru kejohanan bola sepak yang diadakan sekali setiap empat tahun bakal menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah.
Masih ingatkah anda momen bagaimana pasukan England tersungkur di peringkat separuh akhir di tangan Croatia yang diketuai pemain legendanya Luka Modric?
Atau bagaimana Piala Dunia di bumi Rusia menyaksikan terciptanya sejarah gol sendiri paling banyak. Pentas Piala Dunia yang lalu juga menyaksikan munculnya bintang global yang baharu dari Perancis, Kylian Mbappe’.
Jadi pasukan manakah yang bakal mendabik dada sebagai Juara Piala Dunia 2022?
KUALITI TERBAIK
Tidak semua daripada kita cukup bertuah untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar. Namun, kita tidak perlu berduka kerana setiap perlawanan boleh disaksikan menerusi siaran secara langsung.
Berbeza dengan generasi terdahulu yang menyaksikan siaran langsung dengan kualiti rendah di televisyen bersaiz gergasi, kita kini di era digital yang menawarkan kualiti visual dan audio terhebat!
Salah satu penyedia kesemua 64 perlawanan dalam format HD ialah NJOI. Mungkin anda tertanya-tanya apakah bezanya NJOI dan penyedia saluran siaran langsung yang lain?
TANPA KONTRAK & BIL
Antara tarikan utama yang anda boleh nikmati bersama NJOI ialah anda hanya perlu bayar apa yang anda ingin tonton. Dan paling penting anda tidak terikat dengan mana-mana kontrak atau pun bil bulanan.
Apa perlu anda lakukan hanyalah dapatkan NJOI HD Box pada harga tawaran RM414 (penjimatan RM95 harga biasa). Bukan itu sahaja pembelian tersebut melayakkan anda mendapat:
World Cup 2022 Pass
Pek HD 30 hari
baucar GO SHOP bernilai RM50 (untuk 50 pembelian terawal)
percuma sooka VIP+SPORTS 30 hari di mana anda boleh tonton siaran langsung sukan tempatan dan antarabangsa menerusi aplikasi di telefon pintar atau tablet.
Buat anda yang merupakan pengguna sedia ada NJOI juga tidak perlu risau. Anda boleh dapatkan WORLD CUP 2022 PASS dengan penjimatan sebanyak RM10. Bukan itu sahaja anda juga turut mendapat pelan sooka VIP+Sport 30 hari untuk tontonan sukan di telefon pintar atau tablet.
Pelanggan sedia NJOI juga bakal mendapat baucar GO SHOP bernilai RM30 (50 baucar setiap minggu).
Jadi jika anda mahu menonton dan menggunakan televisyen berkualiti HD terbaik di rumah jangan lupa untuk dapatkan Pas Piala Dunia 2022 sekarang menerusi My NJOI app. Tawaran masa terhad ini hanyalah sehingga 15 November 2022!
Jadi jangan lupa untuk muat turun aplikasi My NJOI sekarang untuk dapatkan pas menarik ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut gugur dan kelemumur memang merunsingkan kerana jika tidak dirawat dengan cepat boleh mengakibatkan rambut makin nipis dan botak.
Tidak dinafikan banyak produk untuk mengatasi masalah rambut dijual di pasaran namun ada ketikanya kita keliru yang mana elok untuk digunakan.
Mendapat keizinanan dari sumber asal, Shehnaz Khan, MASKULIN kongsikan posting beliau tentang lima produk yang disarankan untuk anda yang berdepan dengan masalah rambut.
Walaupun produk yang disarankannya ini agak mahal namun ia bagus untuk mengelakkan rambut makin gugur dan berkelemumur.
Semoga perkongsiannya ini dapat membantu mengatasi masalah yang anda hadapi.
Saja nak share siapa ada rambut gugur dan kelemumur tu boleh lah try ni ye. Mahal sikit tapi bagus 🙂 sebab She perasan mak ayah adik2 semua tegur rambut She lebat panjang cantik even hari2 gugur. Pelik kan. Tapi yang gugur banyak tapi tapi tapi anak rambut banyak sangat tumbuh.
Ha banyak kau tapi tapi hahahaha. Rambut gugur tu normal tapi kalau kurang dari 50 helai lah kalau lebih tu memang masalah. Tapi camne nak kira lak sehelai2? Hahahha test pakai tangan. Rasa2 segenggam gugur kulit kepala dah nampak and mula botak, ketahuilah awak dah ada masalah kulit kepala.
Rambut gugur disebabkan oleh kulit kepala kelemumur, berminyak, kering dan pemakanan. She share setiap detail di gambar 🥰
Ok lah semoga bermanfaat 🥰
Antara produk yang digunakannya:
1. Seborin Aktiv Hair Tonic Schwarzkopf
Tonik untuk kuatkan akar rambut dan khas untuk rambut nipis dan gugur. Dia bukan spray. So korang nak jimat korang beli botol spray kat MR DIY atau kedai RM2. Then spray kat kulit kepala. Sambil spray tu gsok2. 1 botol Seborin RM50. Jangan terkejut ye boleh pakai sampai 3, 4 bulan. Pakai setiap hari. Bau ubat biasalah.
2. Shampoo Alpecin
Untuk rambut gugur dan kuatkan akar rambut. Bau macam ais mentol. Pakai shampu ni biar 2, 3 minit then bilas. Lepas kau bilas kau akan rasa rambut kau kejung keras sikit. Normal sebab shampu ni tak ada paraben, sls. So kena pakai conditioner atau hair mask. Harga kat Watson RM34. Ni kalau lelaki pakai boleh lah tahan sebulan. Aku pakai 2 3 minggu habis. Tapi best ye sejuk je kat kepala best 😍
3. Hair Tonic Seborin
Tapi ni khas untuk kelumumur. Pakai ni kat tempat kelumumur. Seriusly ye recommmend. Bagus nak arwah. Hahahhaa. Harga RM50. Nak jimat letak dalam botol spray kang kau tonggang kat rambut habis basah rambut kau.
4. Hair Mask Keratin Smooth
Korang kalau buat treatment keratin kasi elokkan rambut rosak beratus ye. Kau beli ni je RM35 pakai semingu 3 kali je. Aku tak ada pakai conditioner sebab conditioner akan buat rambut cepat gugur.
Cara pakai, lepas shampu pakai alpacin tu, sapu benda ni dari tengah rambut sampai hujung. Biar 5-10 minit. Lepas tu bilas. Lembut gile and wangi.
5. L’Oreal Elseve Extraordinary Oil
Ni paling aku suka. Banyak2 hair oil, aku cube semua berminyak. Yang ni sumpah bagus gile kau letaklah banýak mana tetap rambut kau lembut gila bapak. Menyesal aku tak beli dulu. Ada 4, 5 jenis. Aku amik yang ni. Untuk all hair types. Kenapa aku amik L’Oreal? Sebab dia punya minyak tu light and meresap. Recommend for those ada masalah rambut kering, warna dan rambut kejung. Pakai 2, 3 titis kat tapak tangan then ratakan dari tengah rambut sampai hujung.
Memetik laman sesawang Beat Prostate Cancer, semua lelaki berisiko untuk menghidap kanser prostat. Lebih kurang satu dari setiap 94 lelaki di Malaysia akan didiagnos dengan penyakit itu, dengan kes paling tinggi dilaporkan dari kalangan lelaki berbangsa Cina, diikuti India dan Melayu, demikian menurut Laporan Pendaftaran Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016.
Faktor risiko ialah apa sahaja yang meningkatkan peluang seseorang menghidap penyakit seperti kanser prostat. Penyelidik telah mengenal pasti beberapa faktor risiko yang berkaitan dengan kanser prostat.
Usia
Usia adalah faktor risiko kanser prostat yang paling biasa. Apabila seorang lelaki meningkat usia, risiko kanser prostat juga meningkat.
Kanser prostat jarang berlaku pada lelaki yang berumur kurang daripada 40 tahun. Peluang menghidap kanser prostat meningkat selepas usia 50 tahun. Lelaki yang paling kerap didiagnosis adalah di antara usia 65 dan 74 tahun.
Sejarah Keluarga
Sekitar lima hingga 10 peratus daripada kes kanser prostat adalah keturunan. Kanser keturunan ini dikaitkan dengan mutasi gen yang diwarisi dan cenderung berlaku lebih awal dalam kehidupan berbanding kes tidak diwarisi (sporadik). Seseorang lelaki mungkin mempunyai peningkatan risiko kanser prostat jika:-
Dia mempunyai keluarga asas (first-degree relatives: ibu bapa, adik-beradik, anak) yang didiagnosis pada usia sebelum 65 tahun atau sejarah kanser prostat di sebelah keluarga bapa atau ibunya.
Dia mempunyai ahli keluarga yang didiagnosis dengan kanser payudara, kanser kolorektal, kanser ovari, kanser pankreas atau melanoma.
Dia mempunyai saudara perempuan yang disahkan menghidap kanser payudara yang berkaitan dengan BRCA (gen kanser payudara) pada usia sebelum 50 tahun.
Dengan kerjasama dengan Universiti Malaya (UM), MASKULIN tampil dengan sebuah kempen kesedaran kanser prostat sepanjang bulan November ini.
Bertemakan “Kuasa MASKULIN, Lawan Kanser Prostat”, kempen ini bertujuan mendidik dan memberikan informasi yang tepat mengenai kanser prostat kepada masyarakat umum, khususnya lelaki. Ini termasuk maklumat mengenai faktor risiko, cara pencegahan dan pilihan rawatan yang ada.
Untuk maklumat lanjut mengenai kanser prostat, layari laman sesawang Beat Prostate Cancer.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.