Gaya Hidup

Kekal Segar Dengan Organic Chia Seed Oil and Honey Botaneco Garden

Share

Guardian Malaysia memperkenalkan rangkaian Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey, produk yang berinspirasikan kepada alam semula jadi yang berfungsi melembab serta melindungi kulit dan rambut kering dengan manfaat ramuan tradisional untuk rambut yang lebih terurus.

Pelancaran dengan bertemakan ‘Be A Mess Free Beauty’ berjaya menghasilkan ramuan kecantikan secara “DIY” menggunakan biji chia dan madu melalui tutorial di laman YouTube. Pada masa yang sama berkongsi manfaat dua ramuan tersebut untuk jenis kulit dan rambut yang kering hingga normal.

Tentu apabila anda berada di pejabat yangt erdedah dengan penghawa dingin, mandi, pengering rambut dengan tahap kepanasan yang tinggi serta penggunaan produk penjagaan diri yang tidak sesuai dengan kondisi kulit dan rambut boleh menyumbang kepada masalah kekeringan. Apabila usia kita semakin meningkat, kulit akan hilang keanjalan dan keremajaannya, sementara kulit kepala pula kurang menghasilkan minyak yang boleh menyebabkan masalah rambut kering.

Rangkaian baru produk Botaneco Garden Organic Chia Seed Oil and Honey menawarkan penyelesaian kepada pengguna yang peka terhadap alam sekitar dan mahukan produk penjagaan diri yang lembut dan efektif. Ia terdiri daripada syampu Deep Moist and Protect, perapi, minyak rambut, cucian badan, losyen serta krim tangan untuk penjagaan harian rambut dan kulit. Produk-produk ini memfokuskan ke atas ciri-ciri melembap serta melindungi kulit dan rambut dari jenis yang kering hingga jenis yang normal.

Rangkaian produk ini diformulasi dengan 100% minyak biji chia organik yang disahkan eco dari Jerman untuk memulihara kelembapan semula jadi kulit dan rambut. Di samping mengekalkan kelembapan dan diperkaya dengan ekstrak madu organik dari Perancis yang tinggi kandungan mineral, vitamin dan anti-oksidannya. Kombinasi minyak biji chia organic yang 100% disahkan eco dan ekstrak madu organic menawarkan tahap lembapan serta hidrasi yang ideal untuk jenis kulit kering dan

 

Published by
Maiya Deen