Kekal Kacak Sepanjang Hari Dengan Cuci Muka Bila Bangun & Sebelum Tidur

Share

Bayangkan betapa banyak kotoran yang terkumpul di wajah anda selepas mengharungi hari yang panjang melakukan pelbagai aktviti.

Apatah lagi kita tinggal di negara bercuaca tropika yang mempunyai kadar kelembapan yang tinggi.Dan juga dengan musim panas yang sedang melanda negara yang seakan tiada penghujungnya.

Jadi apa alasan anda untuk tidak menjaga kulit wajah dengan mencucinya sebelum atau selepas tidur?

Mungkin sebelum tidur anda keluar bersama-sama kawan untuk menikmati teh tarik di kedai mamak sambil menonton perlawanan bola sepak, makan roti canai atau anda bermain futsal sehingga berpeluh-peluh.

Lebih teruk jika pulang sahaja ke rumah, anda tak mandi. Malah wajah langsung tak dibersihkan. Awas, jangan amalkan tabiat ini. Anda seharusnya bersihkan wajah sebelum tidur. Berikut lima sebab mengapa anda perlu cuci wajah sebelum atau selepas bangun.

ELAK BAKTERIA

Tanpa sedar anda kerap kali atau sepanjang hari menyentuh kulit wajah. Ia membuatkan wajah anda salah satu bahagian yang paling kotor. Ia sangat penting untuk membersihkan wajah anda untuk mengelak penyebaran bakteria penyebab jerawat yang boleh memburukkan lagi cela pada keseluruhan wajah.

KURANGKAN JERAWAT

Mencuci wajah anda pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan minyak dan menghalang penyebaran bakteria ke dalam liang-liang kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Ini bermakna, anda boleh hindar munculnya jerawat di wajah!

BACA: 8 Pencuci Muka Khusus Buat Lelaki Pilihan MASKULIN, Semuanya Ada Di Pasaran

MEMBENTUK TISU BARU

Pada waktu malam iaitu ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaik pulih dengan sendirinya. Jadi, adalah penting untuk wajah anda bersih agar kulit boleh bernafas membentuk tisu-tisu baru.

PROSES REGENERASI

Ketika tidur akan berlaku proses ‘regenerasi’ pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah anda dengan pencuci lembut bebas sulfat atau gel pembersih AHA/BHA dan gunakan serum atau pelembap berprestasi tinggi.

KULIT SENTIASA LEMBAP

Ia juga bertujuan untuk mengekalkan lembapan kulit wajah. Jadi, cuci wajah anda dan kemudian sapukan pelembap sebelum tidur untuk memastikan kulit sentiasa lembat dan hidrat.

Published by
Farizul Izwany Ibrahim