Mula muncul dan dikenali menerusi program nyanyian Akademi Fantasi musim keempat pada 2006, Dr. Diddy Hirdy kembali mengagumkan orang ramai apabila berjaya mengenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada tahun 2022.
Dr. Diddy, atau nama sebenarnya Syamsul Hirdi bin Muhid, 39, masih tampak cergas dan awet muda ketika ditemui Maskulin di pejabatnya di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Apa tidaknya, pelantun lagu “Hilang” ini menjelaskan yang beliau mempunyai rutin yang diamalkan sejak beliau menetap di Liverpool, England untuk menjalani pengajian PhD nya.
@maskulinmySejak dahulu lagi, Dr Diddy memperuntukkan waktu pagi untuk bersenam dahulu sebelum memulakan rutin harian. Patutlah alumni Akademi Fantasia musim 4 ini masih kekal cergas dan awet muda sehingga kini. #DiddyHirdy #maskulin #majalahmaskulin♬ original sound – Maskulin
Bersenam Sebelum Mulakan Hari
Berkongsi kepada Maskulin, setiap pagi beliau akan bangun seawal jam 4.30 pagi untuk bekerja sebagai pekerja pembersihan sebuah firma guaman di pusat bandar Liverpool.
Selepas bekerja selama dua jam sehingga jam 7.30 pagi, beliau akan ke salah sebuah pusat membeli-belah di sana untuk bersarapan.
Kemudian, baru lah Dr. Diddy akan ke universiti namun beliau tidak langsung masuk ke pejabat yang disediakan untuk pelajar PhD.
“Sampai universiti, saya pergi pusat kecergasan dahulu. Saya pergi gim,” jelasnya kepada Maskulin.
Ads
“Saya pergi gim dulu, bersenam. Mandi, dah bersihkan badan baru saya masuk pejabat dan mulakan hari saya sampailah petang”.
Sentiasa Bawa Bekal Makanan
Selain itu, Dr. Diddy turut menitik beratkan pengambilan makanan seimbang di mana beliau sentiasa membawa bekal yang disediakan di rumah.
“Saya makan benda-benda yang berkhasiat, protin dan sebagainya,” katanya.
Disebabkan rutin sedemikianlah bekas peserta Akademi Fantasia musim 4 ini mampu mengekalkan bentuk badan yang tegap dan menarik ketika bermastautin di negara tersebut.
Ads
“Kalau tengok gambar saya dekat Liverpool itu, memang badan saya teraturlah sebab rutin itu cantik, dia jaga elok”.
Sumber foto: Instagram @diddyhirdy.
Kekalkan Rutin Apabila Pulang Ke Malaysia Walaupun Sukar
Bagaimanapun, rutin itu agak sedikit tersasar apabila Dr. Diddy pulang ke Malaysia untuk kembali menabur bakti di tanah air pula.
Jelasnya, perbezaan budaya dan gaya hidup di kedua-dua negara ini agak menyukarkan beliau untuk kekal dengan rutin yang sihat itu.
“Makanan Malaysia sedap-sedap kan?” selorohnya.
Ads
“Makanan sihat sangat murah di sana (England). Sini (Malaysia), benda itu yang mahal”.
Menurut Dr Diddy lagi, masyarakat di England kerap berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam berbanding masyarakat Malaysia yang lebih gemar menggunakan kereta.
Beliau yang kini bertugas sebagai pensyarah di UUM itu tetap cuba untuk mengekalkan sedikit sebanyak rutin tersebut.
Tumpu Sihat & Cergas, Bina Badan Bukan Lagi Keutamaan
“Sekarang ini saya cuba untuk kembali kepada rutin yang lama, iaitu pagi-pagi saya akan ke gim dahulu di sekitar sini (Sintok, Kedah) sahaja lah, selama 30 minit ataupun satu jam paling maksimum untuk sekadar bersenam di atas pengisar injakan (treadmill) sahaja,” ujarnya.
Membina badan kini bukanlah menjadi keutamaan Dr. Diddy namun sekadar memastikan dirinya kekal cergas dan sihat, tambahnya yang merupakan Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), UUM berkuatkuasa awal tahun ini.
“Dari segi makan, saya mula berjaga-jaga jugalah sebab usia dah makin lanjut. Jadi kenalah jaga sikit makan,” katanya lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika anda amalkan senaman yang salah, mungkin otot bahagian belakang tidak akan terbentuk dengan baik.
Lebih teruk jika hanya menumpukan senaman di bahagian yang lain sahaja berkemungkinan anda boleh tercedera kerana berlakunya ketidakseimbangan dalam senaman.
Kestabilan seluruh otot badan juga sebenarnya sedikit sebanyak bergantung kepada otot bahagian belakang badan. Jadi inilah empat jenis senaman yang anda boleh lakukan ketika berada di gym.
LANGKAH 1 : Front Chin Up
Mula bergayut pada batang bar sambil kaki dalam posisi bengkokkan 45 darjah.
Seperti biasa , tarik nafas terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa sesi.
Semasa mengangkat bebanan, harus menghembus nafas dan sebaliknya.
Ulang 3 set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua dan menurun kepada 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 2 : Bent Over-Row
Bongkok 45 darjah, muka memandang hadapan, kedua tangan sedia menggenggam.
Kemudian tarik nafas dan angkat bebanan sehingga ke paras pusat, posisi kaki masih dalam kondisi 45 darjah. Hembus nafas ketika menurunkan bebanan.
Lakukan di hadapan cermin. Pastikan posisi kaki kekal sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama ; 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 3 : Seated Row
Sebelum menarik kabel, pastikan kedudukan kaki dan pinggang anda selesa.
Tarik kabel sehingga badan melentik sedikit ke belakang, ketika ini hembus nafas.
Lepas kabel sehingga badan membongkok sedikit ke hadapan, ketika ini tarik nafas.
Rasakan kontraksi otot bahagian belakang sepanjang sesi.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama, 12 kali ulangan bagi set kedua ; 10 kali ulangan pada set ketiga.
LANGKAH 4 : Lat Pulldown (Front)
Selesakan kedudukan, lentikkan badan terlebih dahulu sambil muka memandang atas.
Pegang batang di tahap paling maksimum atau paling hujung.
Kepakkan belakang badan.
Sama seperti sesi terdahulu, hembus nafas ketika menarik bebanan dan tarik nafas ketika melepaskan bebanan. Rasakan kontraksi di setiap tarikan kabel.
Ulang tiga set dengan 15 kali ulangan bagi set pertama; 12 kali ulangan bagi set kedua; 10 kali ulangan pada set ketiga.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kucupan seorang lelaki kepada pasangannya sebenarnya terselit rahsia yang perlu difahami. Ia mempunyai makna tertentu dan pasti menyeronokkan andai dapat menyingkap makna di sebaliknya. Di sebelik makna ciuman itu, ia menggambarkan sikap si jejaka terhadap pasangannya. Ayuh semak 6 rahsia ciuman lelaki pada bahagian tubuh wanita yang pastinya mempunyai maksud terbeza.
1. Ciuman Pada Tangan
Ciuman di belakang tangan wanita membawa tanda si lelaki menghormati anda.
Jarang berlaku kepada lelaki terhadap pasangan wanitanya kerana ia lebih kepada anak dan ibu.
Namun jika berlaku, ia membawa maksud lelaki berkenaan benar-benar menyanjung pasangannya sebagai seorang yang sangat istimewa dalam hidupnya.
2. Ciuman Pada Dahi
Ia membawa tanda begitu kasihnya lelaki terhadap pasangan wanitanya.
Saat dahi dikucup, wanita tersebut dapat merasakan getaran kasih si lelaki.
Selalunya dilakukan suami terhadap isteri.
3. Ciuman Di Pipi
Ciuman di pipi wanita oleh pasangan lelakinya membawa tanda si dia sangat sayang pada wanita tersebut.
Ciuman ini sering dilakukan suami kepada isteri dalam suasana ceria.
Kadangkala sebelum pergi dan pulang kerja, si suami akan mudah menghadiahkan ciuman di pipi menandakan si dia merindui isterinya.
4. Ciuman Di Bibir
Ciuman pada bibir wanita memberi makna si lelaki sedang menghadiahkan ciuman cinta.
Bagi sesetengah lelaki, tidak perlu mengungkapkan rasa cinta kerana ciuman di bibir wanita yang disayangi itu sudah memadai.
5. Ciuman Dari Belakang
Sesekali diberi kejutan oleh si suami yang memeluk anda dari belakang dan mengucup leher pasti membahagiakan.
Ia membawa maksud si suami sedang merindui anda dan mahu anda memahami kemahuannya itu.
6. Ciuman Di Telinga
Kecupan di telinga memberi tanda pujian yang bersifat intim.
Selalunya ia akan disusuli dengan bisikan lembut dan sebuah dakapan mesra.
Kenali sifat suami anda melalui cara ciumannya.
a.). Mata Tertutup
Lelaki jenis ini terdorong kepada suka berfantasi tatkala beliau mencium isterinya. Lelaki ini juga adalah jenis lelaki yang romantik dan mudah menjadi mesra dalam perhubungan.
b). Mata Terbuka
Lelaki jenis ini pula akan berhati-hati dalam meluahkan emosinya. Lelaki jenis ini mempunyai kecenderungan untuk mengongkong sesuatu perhubungan.
c). Cium dengan kuat
Lelaki jenis ini cuba menutup kelemahannya dengan mendominasi atau mengongkong apa yang akan dilakukan isterinya.
d).Cumbuan Lidah
Cumbuan jenis ini mengiringi sifat keghairahan yang tinggi.Lelaki jenis ini juga cenderung untu mengongkong isterinya apabila dia menusuk masuk lidahnya ke kerongkong si isteri.Jika si suami ini membenarkan isteri untuk memasukkan lidah ke dalam mulutnya , maka lelaki ini mempunyai sifat bertolak ansur dengan isterinya.
e). Cium sambil membelai manja
Lelaki jenis ini tahu akan kuasa seksual yang sebenarnya. Iaitu melalui kelembutan dan kehalusan. Lelaki ini penyabar dan peka tentang dan terhadap kemahuan anda. Beliau juga dapat menawarkan apa yang disukai oleh si isteri. Jenis suami ini adalah matang dari segi seks dan juga emosi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda masih boleh dapatkan six pack tanpa menggunakan sebarang alatan gym dengan menjadikan rumah sebagai gym peribadi. Bila lakukan di rumah pasti anda rasa lebih selesa, malah hasilnya juga setanding dengan mereka yang pergi ke gym.
Lakukan 5 teknik senaman mudah dan pantas ini untuk anda dapatkan perut six pack. Jom mula!
1. VERTICAL LEG CRUNCH
Jika anda orang baru dalam dunia kecergasan dan belum terbiasa melakukan latihan kecergasan yang berat-berat, maka anda disarankan melakukan latihan ringan ini saja terlebih dahulu.
Ia tidaklah terlalu ringan kerana masih memerlukan tenaga anda untuk melakukannya. Namun setidak-tidaknya cara ini masih santai untuk dilakukan kerana tidak memerlukan banyak pergerakan tapi lebih kepada menahan beban tubuh.
Ambil posisi baring.
Pegang belakang kepala dengan kedua tangan.
Angkat kedua kaki ke atas, lalu tahan beberapa saat.
Turunkan kembali dan lakukan latihan ini semampu otot.
2. JACKNIFE SIT-UP
Latihan ini merupakan sebahagian daripada latihan dari sit up. Jangan salah melakukan latihan ini kerana ia cukup sukar terutamanya bagi seseorang yang memiliki badan gemuk.
Latihan ini sangat efektif untuk membentuk otot perut kerana ia melibatkan hampir semua bahagian otot di sekitar perut (atas, tengah, bawah)
Ambil posisi baring.
Angkat kaki dan tangan secara bersamaan hingga menyentuh dengkul kaki.
Turunkan kembali ke posisi baring dan lakukan kembali ke gerakan ulangan.
Lakukan latihan ini sebanyak 15 kali dan ulang 4 set atau boleh disesuaikan dengan kemampuan anda.
3. PLANK
Latihan ini tidak memerlukan banyak pergerakan dan tenaga jika dibandingkan dengan latihan yang lain. Anda hanya perlu menahan berat badan dan memfokuskan pada otot perut.
Ambil posisi seperti push-up.
Gunakan kedua siku tangan untuk bertumpu pada lantai.
Luruskan punggung.
Rasakan kontraksi pada otot perut dan memfokuskan ke otot tubuh dari beban tubuh.
Tahan hingga beberapa minit.
4. SIT UP
Manfaat dari melakukan latihan ini cukup efektif dalam membentuk otot perut menjadi six pack. Lebih-lebih lagi ketika melakukannya, anda menambahkan dengan beban tambahan.
5. BICYCLE MANEUVER
Sambil tidur pun anda masih boleh membentuk otot perut. Hanya dengan mengangkat kedua kaki sambil baring dan mengayunkannya seperti sedang melakukan ayunan berbasikal.
Namun jangan remehkan latihan ini kerana ia dapat membantu pembentukan otot terutamanya untuk melatih otot perut bahagian bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.