E-sukan kini menjadi salah sebuah industri yang cukup popular dan mampu menawarkan ganjaran cukup lumayan. Pengaruhnya di dalam budaya popular kini menjalar di segenap pelosok dunia. Jadi tidak hairanlah mengapa kejohanan e-suka sentiasa mendapat perhatian dan sambutan luar biasa. Di negara kita sendiri ia kini berkembang dengan cukup pesar sekali.
Disebabkan itulah Malaysia juga sentiasa menjadi destinasi pilihan penganjur bertaraf antara bangsa. Terbaru, syarikat e-sukan terkemuka dunia, ESL Gaming mengumumkan kejohanan ESL One Malaysia 2022 bakal kembali di Malaysia.
Kali ini ia dikuasakan oleh Intel dan akan berlangsung pada bermula 23 sehingga 28 Ogos 2022. Peringkat akhir kejohanan ini akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
FORMAT PERSAINGAN
Acara ini menandakan kejohanan pertama Dota 2 dengan kehadiran penonton di Asia Tenggara sejak lewat 2019 dan kembalinya ESL One ke rantau ini sejak ESL One Genting 2018.
Kejohanan ini tidak terikat kepada Dota Pro Circuit (DPC) dan membolehkan pemain untuk mengasah kemahiran sebelum memasuki The International (TI) 11 sambil memperoleh sebahagian daripada jumlah hadiah bernilai US$400,000 itu.
Ads
Bermula pada 23 Ogos, peringkat kumpulan akan menampilkan 12 pasukan Dota 2 terbaik dunia yang akan berentap dalam format ‘best-of-two round-robin’. Bersaing dalam persekitaran LAN, mereka akan berentap untuk satu daripada lapan tempat yang tersedia untuk peringkat playoff.
Kemudian, pemain akan bermain dalam format ‘best-of-three’ yang menyaksikan penyingkiran berganda, dengan peringkat akhir ditentukan secara ‘best-of-five’.
Peringkat playoff akan diadakan secara langsung di depan penonton di Arena of Stars di Resorts World Genting, Malaysia.
PENGALAMAN HEBAT
“Semasa kami menganjurkan ESL one di Genting pada 2017 dan 2018, kehadiran para peminat berjaya membawa atmosfera yang menakjubkan dan lokasi itu telah mengekalkan perasaan yang istimewa di hati kami,” kata Artem Bykov, Pengurus Besar Pengurusan Permainan di ESL Gaming.
Ads
“Mengembalikan dunia Dota 2 ke Arena of Stars merupakan peluang yang baik dan kami berbesar hati dapat menjemput semua ke satu lagi pengalaman e-sukan yang hebat.”
“E-sukan di serata Asia Tenggara menyaksikan pertumbuhan pesat secara online sejak dua tahun lalu, ketika acara langsung tidak boleh diadakan di rantau itu,” kata Nick Vanzetti, Timbalan Presiden Kanan ESL Gaming Asia Pasifik-Jepun.
“Ia sangat mengujakan bagi pihak kami kerana akhirnya berjaya menawarkan peminat di rantau ini keupayaan untuk berhubung secara fizikal semula, ketika kita kembali kepada acara e-sukan berskala stadium dengan ESL One Malaysia.”
Ads
“Kami berbesar hati dapat menjadi tuan rumah untuk kepulangan ESL One, kejohanan yang sangat dinanti-nantikan peminat e-sukan di rantau ini,” kata Roger Ong, Penolong Naib Presiden Hiburan & Acara Resorts World Genting.
“Arena of Stars telah menjadi lokasi ikonik untuk acara terkemuka sejak penubuhannya dan peminat ESL One pastinya boleh menantikan kejohanan kemunculan semula yang menakjubkan.”
Jualan tiket untuk ESL One Malaysia 2022 bermula pada Jumaat, 10 Jun pukul 3 petang waktu Malaysia. Pelbagai jenis tiket harian dan mingguan tersedia dengan harga antara RM69 dan RM399. Layari esl-one.com/malaysia untuk maklumat lanjut mengenai jenis tiket dan cara pembelian.
Layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut mengenai ESL One Malaysia 2022, dan ikuti ESL Dota 2 di Facebook dan Twitter rasmi mereka.
https://www.youtube.com/watch?v=4TNLoxXce30&t=31s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN tahu ramai di antara anda semua pastinya ada menjadi pengikut setia program aneka ragam Korea, ‘Running Man’. Program yang kini sudah memasuki tahun kelapannya sejak ditayangkan pada 2010 bukan sahaja popular di rantau Asia tetapi di seluruh dunia.
Walaupun popularitinya dikatakan sedikit menurun di Korea namun jumlah penonton global terhadap program yang menampilkan lapan orang ahli tetap ini masih lagi mendapat jumlah rating tinggi.
Di antara ahli Running Man yang popular ialah Kim Jong Kook dan Haha. Selain menjadi penghibur mereka berdua juga merupakan penyanyi yang mempunyai karier tersendiri.
PERTAMA DI MALAYSIA
Dan hari ini Macpiepro, penganjur pelbagai program hiburan dan konsert di negara kita telah mengumumkan bahawa mereka berdua bakal melangsungkan konsert duet sulung mereka yang pertama di Malaysia.
Mereka berdua akan muncul dalam konsert yang dikenali sebagai ‘HAHA & KIM JONG KOOK CONCERT IN 2019’ dan ia bakal dilangsungkan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 2 Mac 2019 bermula pada jam 6 petang.
Difahamkan penyanyi reggae yang juga rakan baik Haha iaitu Skull turut melakukan kemunculan istimewa di dalam konsert ini sebagai artis jemputan.
Menurut Macpiepro, tiket konsert boleh dibeli secara offline bermula pada 19 hingga 20 Januari 2019 di kedai gaya hidup Mcalls di NU Sentral, Sunway Pyramid, Mid Valley Megamall, Dataran Pahlawan Melaka Mengamall, Paradigm Mall JB dan Pusat Servis Mcalls MMall Pulau Pinang.
Ini merupakan peluang yang tak harus anda lepaskan untuk menyaksikan persembahan eksklusif bro sado Kim Jong Kook yang turut diberi nama panggilan ‘Sparta Kook’ melakukan persembahan nyanyian dan aneka ragam bersama Haha, penyanyi reggae cukup berpegaruh di Korea Selatan.
Siapa tahu Kim Jong Kook akan turut kongsikan tip diet dan senaman yang dilakukannya untuk mendapatkan body tegap seperti sekarang. Tahukah anda bahawa Kim Jong Kook kini sudah berusia 42 tahun!
Memang awet muda dan kagum betul MASKULIN tengok dia jaga bentuk badan dan kesihatannya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pepatah Melayu tidak pernah salah. Hidup ini umpama roda. Masa tak menjadikan kita kaya selama-lamanya, dan juga tidak menjadikan kita miskin yang kekal selamanya. Apa yang kita pelajari di sekolah itu tidak semuanya kita pelajari tentang hidup. Ia cuma 10% dari apa yang kita bakal hadapi dalam dunia realiti. Ini adalah perkara yang kamu tidak pernah pelajari waktu di sekolah, yang wajib kamu ambil tahu untuk kehidupan kamu yang bakal ditempuh.
1. Hidup Ini Tidak Pernah Adil
Kamu harus membiasakan diri dengan perkara ini. Berhenti mengharapkan agar kehidupan memberikan perkara yang kamu mahukan dan usah mengharapkan sesuatu yang ‘berhak’.
2. Dunia tiak hiraukan harga diri anda.
Mulakan sesuatu pada diri anda hari ini. Sekarang!
3. Anda tidak akan dapat jumlah gaji dalam enam angka selepas alam persekolahan.
Anda harus kerja kuat untuk mendapatkannya!
4. Jika kamu fikir guru kamu membebankan kamu, tunggu apabila kamu berjumpa dengan boss kamu!
Jika kamu dimarahi di dalam kelas, kini kamu ditemplak di dalam office yang agak besar ruangnya dan dipenuhi oleh beratus orang. Sudah sedia?
5. Tiada istilah memilih untuk harga diri
Usah berlagak. Hilangkan ego kamu. Ambil sahaja pekerjaan yang datang kepada kamu sebagai tanda stepping stone.
6. Jika kamu mess up dengan kehidupan, itu bukan salah ibubapa kamu.
Hentikan perilaku yang sering menyalahkan orang lain dan sudah tiba masanya untuk kamu berdiri atas kaki sendiri. Ambil dan jalankan tanggungjawab kamu.
7. Ibubapa kamu lebih ketahui tentang perihal diri kamu.
Usah menganggap kamu lebih baik atau lebih tahu dari orang lain. Cuba untuk menerima nasihat orang lain. Jadilah orang yang berfikiran terbuka.
8. Mungkin di sekolah kamu terbiasa dengan istilah ‘kalah menang’, tidak pada dunia realiti!
Keputusan exam kamu tidak menentukan masa hadapan kamu. Jika kamu gagal dalam peperiksaan, tidak bermkasud kamu gagal dalam hidup. Orang yang cemerlang dalam pendidikan, tidak bermaksud dia bisa hidup dengan penuh kejayaan, dan orang yang selalu gagal dalam exam, tidak bermaksud dia tidak boleh membina empayar nya sendiri.
9. Kehidupan tidak dibahagikan kepada semester
Apabila kehidupan kamu bermula, ia akan terus berterusan. Jadi gunakan masa kamu dengan sesuatu yang berguna.
10. Apa yang kamu lihat di televisyen itu tidak mungkin berlaku dalam hidupan realiti.
Dalam dunia realiti, orang akan keluar dari kedai kopi dan terus ke tempat kerja. Tidak ada drama yang berlaku selepas itu, selalunya.
11. Buat baik kepada mereka yang dilabel ‘nerd’.
Kamu mungkin akan bekerja dibawah mereka.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.